Sabtu, 29 Januari 2011

LAMPU HIASAN UNTUK DI LET GO

Saya ada nak jual lampu yang dibeli lama jugak lah, tapi tak dapat nak pasang sebab plaster ceiling rumah saya tu rupanya tak sesuai nak pasang lampu ni. Ceiling ruang tamu tu rupanya rendah jer, jadi kalau pasang lampu ni memang sangat tak sesuai . Maklumlah beli lampu ni untuk rumah yang dah lama saya tak tengok sebab buat sewa.

Jadi bila penyewa bagitau kata lampu rosak, ingat nak tukar dengan beli lampu yang baru ni....alih-alih bila bawa nak pergi pasang, tak sesuai lak.

Lampu ni masih dalam kotak lagi, ada dua set semuanya.

Ini gambar lampu pameran yang saya amek kat kedai yang saya beli tu .


Harga Asal : RM300 X 2 kotak = RM600
Harga nak let go = RM400

Minat nak beli sila sms @ call @ email yer...
*Barang kena amek sendiri yer...

TQ

Peniaga kita kena himpit

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

MINTA SIASAT...penduduk menggesa MPKj kenal pasti sama ada peniaga ada lesen atau tidak.


KAJANG: Mengejutkan. Tapi itulah kenyataannya apabila tujuh daripada 12 lot kedai di Taman Sri Indah, Balakong, dekat sini, yang disediakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diusahakan warga asing.
Sebahagian daripada mereka sudah mengumpul kekayaan dengan memiliki kenderaan sendiri dan rumah yang selesa sedangkan pada masa sama ramai di kalangan penduduk tempatan terpaksa bertarung dengan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan sesuap nasi.

Kelibat warga asing kelihatan di mana-mana, malah mereka memonopoli ruang niaga terutama pada waktu tengah hari seolah-olah berada di negara mereka.

Tinjauan Metroplus di kawasan itu mendapati, medan selera berkenaan dipenuhi warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.
 
TUMPUAN...penduduk mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat kehadiran peniaga asing.

Ada di antara mereka menjalankan perniagaan kedai menjual makanan dan minuman manakala di satu sudut lain kelihatan peniaga runcit warga Myanmar turut menjual sirih yang mengakibatkan kawasan persekitaran di situ kotor dan tidak terurus.

Difahamkan, mereka turut menjadikan flat berhampiran sebagai kawasan berkumpul kerana majoriti penduduk yang tinggal di situ adalah pendatang dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan rakyat tempatan.

Sumber : metro online

Komen saya :
Memang Malaysia ni dah macam tubuh manusia yang ada penyakit yang kritikal lebih kurang macam kanser tahap 4 dah...Nak berubat memang tak boleh nak sembuh pun. Begitulah perumpaan Malaysia ni penuh dengan pelbagai warga asing, setiap hari makin bertambah-tambah warga asing dari pelbagai negara.

Kebanyakkan warga asing yang masuk negara kita ni banyak yang jenis takde pendidikan dan dari kawasan ulu yang miskin dan tahap kesihatan mereka memang meragukan. Salah satu faktor pembawa jangkitan penyakit adalah daripada warga asing ni.

Kita sendiri memang rasa tak aman terpaksa hidup dengan kehadiran warga asing ni.Mereka ni datang dari pelbagai negara dan budaya yang mereka bawa masuk memang banyak yang kebanyakkannya jenis tak ikut undang-undang. Mereka buat macam negara mereka sendiri.

Kita sebagai peniaga pun dah susah nak cari makan. Apa taknya sana-sini kena bersaing dengan warga asing yang kalau berniaga mereka akan offer harga murah. Maklumlah warga asing ni tak perlu nak bayar cukai itu dan ini kan....Kita orang Malaysia ni memang banyak benda harus dibayar dan banyak komitmen.

Apapun dalang dlm kes ni adalah pihak berkuasa Malaysia juga kan...kalau tidak takkan mudah sangat warga asing boleh masuk negara kita ni???

Jumaat, 28 Januari 2011

Resepi Ikan Bakar Air Asam Jawa

Ikan Bakar Air Asam

Bahan-bahan:-
2 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang putih-dikisar
1/2 biji bawang besar-dikisar
1 batang serai serai-dikisar
1/2 sudu serbuk kunyit
sedikit garam dan daun pisang

Cara membuat;
-Gaulkan kesemua bahan di atas
-Perapkan selama 10 minit dan balut dengan daun pisang
-Bakar hingga masak

Bahan-bahan utk air asam;
100gram asam jawa
1 biji bawang besar-dihiris
3 tangkai cili merah-dihiris
1 biji tomato-dihiris
1/2 cawan air masak dan sedikit garam

Cara membuat;
-Campurkan asam jawa dengan air masak
-Ramas hingga sebati dan asingkan bijinya
-Masukkan bawang besar,cili merah,tomato yang dihiris tadi dan sedikit garam.

Layan lagu hindustan Filem Mohabbatein


Lagu Hindustan: Humko humise churalo

Kredit pada tuan punya youtube : PremGatha

Sesekali layan lagu hindustan memang syok...tambah lak heronya shah rukh kan...hehe
Apapun lagu ni mengingatkan saya pada Aruah Tokwan yang meninggal dunia sudah setahun lebih...muziknya yang sayu buatkan saya begitu rindu pada Aruah Tokwan (Haji Hamid b.Saad).

Al-Fatihah untuk Aruah Tokwan, dan pohon pembaca yang budiman sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Aruah Tokwan saya.

Semoga Aruah Tokwan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh disisi Yang Maha Esa, amin.

Jom Layan Dikir Barat-oh Kasih Ku-rosalinda


Best lagu ni...huhuhu...
Tapi penyanyi dia gelek dan pakai seksi kemain....

Sumber dan kredit pada tuan punya blog dan youtube ni : SAMAKITA

Warga asing sempat lari

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my

 
SERAH PASPORT...warga asing menyerahkan pasport dan permit kerja untuk pemeriksaan lanjut

AMPANG: Bagai berjaya menghidu kehadiran pihak berkuasa menyebabkan pendatang tanpa izin sempat melarikan diri lebih awal dan mengunci pintu rumah kongsi mereka di sebuah tapak pembinaan di Andaman Ukay, dekat sini, ketika diserbu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 1 pagi itu, polis bersama 112 anggota dan pegawai imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menyerbu rumah kongsi berkenaan, namun hanya segelintir penghuni yang ada manakala yang lainnya dipercayai sudah melarikan diri.

Dianggarkan, lebih 200 pendatang warga Indonesia menghuni rumah kongsi berkenaan, tetapi dalam operasi itu hanya 36 orang termasuk lapan wanita dan lima kanak-kanak ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner, Amiruddin Jamaluddin berkata, Ops Nyah Khas berkenaan dijalankan selepas kegiatan pecah rumah semakin menjadi-jadi di sekitar Ampang sehingga menimbulkan kegusaran penduduk.

“Kawasan sekitar Ampang yang dikelilingi hutan dan berbukit menjadi sarang pendatang tanpa izin melakukan jenayah bersembunyi supaya tidak ditangkap.

“Buat masa ini, kita akan meneruskan operasi di sekitar tapak pembinaan yang menjadi tempat tinggal mereka dalam usaha membanteras kegiatan pecah rumah seterusnya menjamin keselamatan penduduk sekitarnya,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan, awal pagi semalam. Beliau berkata, orang awam diminta menyalurkan maklumat jika mengetahui lokasi pendatang asing berkumpul supaya dapat membantu polis menahan mereka.

“Selain itu, kita juga akan membuat perjumpaan dengan pemaju bagi mengenal pasti mereka mengambil pekerja yang sah dan setakat ini mereka memberikan kerjasama yang baik.

“Pemaju yang belum berberbuat sedemikian diminta tampil memberi kerjasama supaya dapat membanteras kegiatan pecah rumah di kawasan Ampang,” katanya.
 
Katanya, semua warga Indonesia yang ditahan itu dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut.

Sumber : harian metro

p/s: Paling tak suka warga indon ni, dah lah datang malaysia ...pastu buat macam negara mereka pula. Bila datang negara kita, langsung tak hormat undang-undang Malaysia. Mereka ni pengotor dan tak boleh diberi muka sebab banyak yang jenis  "ada udang disebalik batu".

Penipuan Internet: Tiga Rakyat Tempatan Rugi Lebih Setengah Juta

 
LABUAN: Tiga rakyat tempatan, termasuk dua wanita rugi RM567,230 didakwa ditipu kenalan yang dikenali dalam laman web sosial Facebook dan blog yang merupakan kes pertama di pulau itu.
Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran berkata dua wanita yang terbabit merupakan seorang jururawat dan seorang penasihat institut pengajian tinggi kerugian, sementara seorang lelaki merupakan kakitangan kerajaan.

Jururawat itu ditipu RM430,000 pada 18 Nov lepas, kaunselor itu ditipu RM130,430 pada 21 Januari lalu dan penjawat awam pula kerugian RM6,800 pada 22 Januari lepas, katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata modus operandi penipuan itu memakan masa hampir setahun dengan menggunakan taktik pujuk rayu sehingga mangsa tanpa berfikir panjang memasukkan jumlah duit yang agar besar ke dalam akaun kenalan mereka ini.

Sebaik menerima wang itu, kenalan baru mereka itu terus menghilangkan diri, katanya.
Beliau berkata unit khas polis Labuan kini sedang mengesan pemegang akaun tersebut bagi membolehkan identiti dalang sindiket itu dikenal pasti. - BERNAMA

Sumber : mstar berita jenayah

Kes Denggi Menurun, Indeks Pembiakan Aedes Masih Tinggi

 
KUALA LUMPUR: Kes demam denggi sepanjang minggu lepas turun 18 peratus dengan hanya 489 kes dilaporkan berbanding 596 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata indeks pembiakan nyamuk Aedes bagaimanapun masih tinggi, di mana daripada 111 lokaliti yang dipantau, 228 premis didapati positif dengan 507 tempat pembiakan nyamuk Aedes ditemui.

Beliau berkata jumlah terkumpul kes demam denggi sehingga Sabtu lepas ialah 1,606 kes, iaitu penurunan 47 peratus atau 1,424 kes berbanding 3,030 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu bagi penyakit Chikungunya pula tiada kes baru dilaporkan sepanjang minggu lepas.
"Jumlah terkumpul kes itu ialah dua, penurunan 99 peratus atau 209 kes berbanding 211 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, " katanya. - BERNAMA

Sumber : mstar berita

Khamis, 27 Januari 2011

PAKAIAN KANAK-KANAK JENAMA GAP


GAP Jeans Sweater
Saiz : 11Y-12Y
Harga Asal : RM100.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM80.00


GAP Top Collar Boy
Saiz : 2Y-5Y
Harga Asal : RM47.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM37.60


Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

OFFER!!! :-
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!


Pakaian Kanak-kanak Jenama CARTER


Jumper Girl (Butterfly)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60


Jumper Boy (Jalur)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60


Jumper Boy (No.83)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60

Bodysuit Boy (Koboi)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60


 Jumper Belang Merah
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60

Jumper Boy " I`m Monster"
Saiz :  3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60




Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

PENTING :-
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!

Pakaian Kanak-Kanak Jenama CALVIN KLEIN


Calvin Klein Boy Set
Saiz : 4Y-7Y
Harga Asal : RM75.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM60.00


Calvin Klein Boy Top
Saiz : 2Y-10Y
Harga Asal : RM45.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM36.00



Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

PENTING :-
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!

ADA YANG MENDAKWA ALPHA LIPID TIDAK BERKUALITI

Saya dapat tahu dari ahli saya, ada yang mempertikaikan kualiti susu alpha lipid ni dan cara penyediaan produk ni. Pihak yang mempertikaikan tu baca dalam blog si aidid katanya.


Apa yang boleh saya komen di sini,tak semua apa yg si aidid tu selidik tu betul...tak perlu nak percaya 100% dlm blog dia tu...Saya minum ok jer..

Kalau dah si aidid tu pakar sangat minta tolong suruh dia buktikan penyelidikan dia tu kat PM kita najib dan bekas PM kita Pak Lah, sebabnya Najib dan Pak Lah dan family dorang pun memang amalkan susu alpha lipid ni...Tak percaya apa yg sy bagitau?...Untuk Para Pengedar Alpha Lipid sila tanya Up-line kita semua abang Nik dan Up-line saya sendiri En.Samhan.Tanya dorang betul tak Najib dan Pak Lah pun amalkan susu alpha lipid ni?

Kalau tak puas hati juga, telefon KPDN saja minta pihak KPDN buat penyiasatan dengan syarikat New Image ni.

Saya harap pihak New Image ambil perhatian dalam hal ini ya....sila buktikan produk Alpha Lipid ni sememangnya berkualiti dan terjamin keberkesanannya. Dan harap sangat New Image sentiasa menjaga imej syarikat dengan sentiasa menjaga dan mempertingkatkan  kualiti produk ini.

Khasiat Ayat-ayat Suci

Surah Al-Fatihah

(a) Terhindar dari kecelakaan kecuali ajal
Bagi mereka yang membaca surah Al-Fatihah (1 X) ketika hendak tidur, kemudian membaca Surah Al-Ikhlas (1 X), Surah Al-Falaq (1 X) dan Surah An-Nas (1 X) maka terhindarlah dari kecelakaan kecuali ajal.

(b) Penawar bagi demam panas
Surah Al-Fatihah jika dibaca (41 X) pada segelas air dan diminum, kemudian diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insya Allah akan segera sembuh.

(c) Penghindar kesusahan hidup
Apabila surah ini dibaca berulang kali (7 X) selepas solat fardhu, insya Allah orang yang mengamalkannya dihindarkan dari segala kesusahan hidup.

(d) Rezeki dipermudahkan
Kemudian surah ini dibaca (41 X) selepas solat Subuh berulang-ulang kali, insya Allah akan dimudahkan rezeki, dapat menyelesaikan hutang dan akan disenangi orang bila bertemu dengannya.

Pakaian Kanak-kanak Berjenama RALPH LAUREN

RALPH LAUREN Dress Green Polkadot
Saiz : 9M,12M,18M24M
Harga Asal : RM65.00
Diskaun: 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
-SOLD-


RALPH LAUREN Dress White Polkadot
Saiz : 9M,12M,18M24M
Harga Asal : RM65.00
Diskaun: 20%
Selepas Diskaun : RM52.00


RALPH LAUREN Dress Yellow Polkadot
Saiz : 9M,12M,18M24M
Harga Asal : RM65.00
Diskaun: 20%
Selepas Diskaun : RM52.00


Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

PENTING :-
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!

Silap beli rokok, empat beradik kena terajang

Oleh Hadzlan Hassan dan Nojie Nadzirah

2011/01/27

Mangsa dera dihalau bapa

PERMAISURI: Hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok bapanya, empat beradik menjadi mangsa terajang lelaki tidak bertanggungjawab itu, sebelum dihalau dari rumah dan bermalam dalam hujan lebat di hutan berhampiran Guntung di sini, semalam.
Empat beradik berkenaan termasuk tiga perempuan berusia 8, 10 dan 14 tahun dan seorang adik lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa sendiri termasuk beberapa kes sebelum ini, sebelum dihalau dari rumah kira-kira jam 1 pagi akibat kesilapan kecil itu.

Lebih menyedihkan, sifat kejam bapa kanak-kanak terbabit bukan kali pertama berlaku kepada mereka, malah sudah beberapa kali diterajang, disepak dan dihentak dengan hulu parang dan dicucuh dengan puntung rokok.
Kesan kecederaan itu dikenal pasti apabila mereka dibawa polis ke Hospital Setiu untuk rawatan semalam, selepas mereka ditemui orang awam dalam keadaan menyedihkan dan kesejukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan semua kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Hospital Setiu.

Katanya, laporan dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya, sebelum mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan, sebelelum mereka didapati cedera akibat didera", katanya.

Sementara itu kira-kira jam 7.30 malam tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 58 tahun, iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan.

Sumber : berita harian online

Tiz Zaqyah Tekejut Fasha Putus Cinta

 
 

Premis Sekolah Agama Swasta Diserbu Suruh Pelajar Kutip Derma

PORT DICKSON: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini menyerbu sebuah sekolah agama swasta dekat sini kerana dikatakan mengguna pelajar bawah umur untuk mengutip derma di sekitar bandar ini dan Seremban.
 
Sekolah itu yang mempunyai kira-kira 50 pelajar lelaki dan perempuan diserbu oleh anggota penguatkuasa dari JHEAINS, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis.
Tiga orang tenaga pengajar, seorang daripadanya merupakan Penyelia Zon Selatan pusat tahfiz terkenal di Utara Semenanjung telah dibawa ke Balai Polis Lukut untuk diambil keterangan.

Jurucakap JHEAINS berkata, pihaknya semakin kerap menerima aduan dari orang ramai yang terserempak dengan para pelajar dari sekolah itu yang sering meminta derma menerusi jualan produk berunsur agama seperti video cakera padat, kalender Islam dan cenderamata, kebanyakannya berharga RM10.
Resit untuk nilai RM10 disediakan kepada penderma, katanya.

Salah seorang tenaga pengajar yang ditahan memberi alasan bahawa penjualan barangan itu oleh pelajar merupakan sebahagian dari kurikulum pengajian.

MPPD turut mengeluarkan saman terhadap tuan punya premis empat tingkat sekolah berkenaan yang terletak di Chuah, atas kesalahan mengubah struktur bangunan tanpa kebenaran. - BERNAMA

Sumber : mstar online

Bohong : PAS desak calon BN tarik diri


Harakahdaily   


 
LABIS, 26 Jan:  PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.
Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.
“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.
Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.
(Gambar: Dokumen saman Mansor terhadap Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Azhar adalah ADO yang bertanggungjawab terhadap kes kecuaian (negligent) ini. Mansor telah menang dalam kes ini)

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.
Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah  Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.
Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.
Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

(Gambar: Dokumen saman yang difailkan Norhana binti Mohd Ali terhadap Azhar secara langsung)
Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah  Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,
Pengarah PRK N05 Tenang
merangkap Naib Presiden PAS.

Sumber : Harakahdaily

Rabu, 26 Januari 2011

Mayat Yang Keluar Ulat Hidup-hidup

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.


Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.

Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut.

Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.

 Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.

Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

5 Ujian Allah SWT Tanda Allah Mencintai Kita

1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.
وما أخذ منك إلا ليعطيك
2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.
وما أبكاك إلا ليضحكك
3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
وما حرمك إلا ليتفضل عليك
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.
وما ابتلاك إلا لأنه يحبك
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.
جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه

Semua mereka yang menerima  bala atau  ujian  Allah SWT,  Allah SWT  akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :
Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku

sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Pakaian Kanak-kanak Jenama ZARA


Dress  ZARA
Saiz : 4Y-10Y
Harga Asal : RM57.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM45.60


Blouse ZARA
Saiz : 2Y-6Y
Harga Asal : RM57.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM45.60


Blouse Bunga ZARA
Saiz : 2Y-6Y
Harga Asal : RM57.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM45.60


Top Dress ZARA
Saiz : 2Y-6Y
Harga Asal : RM57.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM45.60


Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

PENTING :-
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!

Pakaian Kanak-Kanak Jenama NEXT

Dress NEXT Girl Oren
Saiz : 1Y-5Y
Harga Asal : RM55.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM44.00


Dress NEXT Girl Pink
Saiz : 1Y-5Y
Harga Asal : RM55.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM44.00


Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

PENTING :-
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!



Awas!!! Email Penipu...Jangan Mudah Terpedaya

Ok saja nak kongsikan cara penipuan yang dilakukan melalui email yang dihantar secara rambang kepada kita semua. Sebenarnya saya dah banyak kali dapat email tipu macam ni dan rasanya anda semua pun pernah dapat email tipu ni. Bengang betul bila ada manusia yang suka ambil kesempatan nak tipu sesama kita ni dan kalau kita tak percaya pun tapi memang menyusahkan sebab nak kena delete dan menggangu tumpuan kita kan...
Kat bawah saya tempek semula email yang baru dapat pula pagi tadi, harap pada yang belum pernah dapat ambil maklum yang email dibawah adalah tipu semata-mata.
Salam,
Saya Azimah Binti Alias, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya  menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang.

Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja  dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (THULITE LIQUID). Para Thulite Liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,200.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD  dan  syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
 saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama  berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya   mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.

di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga  dan cara bayaran  maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.


Wassalam...

Azimah Binti Alias.
Ini antara 2 email minah ni yang berkali-kali dok spam saya:-
p/s: ada juga yg guna nama Aminah (dari Arab Saudi), pehtu negro pun ada gak(dah delete email tu)...
pendek kata memang macam2 dan banyaklah jenis email penipu nak cari mangsa ni...
JADI HARAP ANDA BERHATI-HATI YER....










Bahaya pembaziran Rosmah

Bahaya pembaziran Rosmah
Mohd Rashidi Hassan   

TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan membuat perbelanjaan yang besar semasa mengunjungi negara-negara Arab baru-baru ini.

Kunjungan Rosmah ke negara terbabit, mendapat respon yang amat negatif dari kalangan rakyat.

Negatif kerana rakyat terkejut dengan dakwaan perbelanjaan yang amat besar oleh isteri Perdana Menteri.

Rakyat juga mempersoalkan apakah kewajarannya Rosmah mengunjungi negara-negara terbabit, kerana Malaysia sudah mempunyai sistem pemerintahan sendiri, ada kerajaan dan ada menteri yang bertugas pada bidang-bidang yang telah dikhususnya.

Sehingga ada kalangan rakyat mempertikaikan, apakah peranan Rosmah sebenarnya. Isteri PM atau orang politik yang berjawatan Menteri, atau punyai jawatan yang lebih tinggi daripada itu.

Sehingga dilaporkan dalam media internet, Rosmah menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam.

Jika benar begitu, ianya merupakan suatu perbelanjaan yang amat boros. Jika perbelanjaan beliau menggunakan peruntukan dari kerajaan, rakyat mahu mengetahui apakah beliau layak menerima peruntukan sebesar itu?

Jika penginapan itu ditaja, rakyat harus dibekalkan jawapan secara jujur, siapa yang menaja dan mengapa beliau ditaja

Namun Rosmah mendakwa lawatannya ke luar negara adalah di atas jemputan, mewakili rakyat Malaysia dan apa yang beliau lakukan adalah untuk faedah rakyat dari semua kaum, agama dan parti.

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

"Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh perdana Menteri, timbalan perdana menteri dan kabinet.

"Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya."

Itu kata Rosmah. Namun, ada satu soalan yang tertanya-tanya dalam benak fikiran rakyat, yang masih belum terunkai.

Iaitu, adakah apa yang dilakukan oleh sekarang ini, juga dilakukan oleh isteri bekas-bekas PM semasa mereka memerintah?

Cerita-cerita mengenai dominasi Rosmah dalam pemerintahan negara bukannya benda baru. Persepsi negatif ke atas beliau timbul apabila banyak laporan dan juga secara berfakta dikemukakan.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, suatu program yang diketuai oleh isteri PM diberi peruntukan ratusan juta, sebagaimana yang diterima Rosmah untuk projek Permata beliau.

Hal ini dipertikaikan rakyat, kerana negara sudah mempunyai Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga, kerajaan mempunyai Kemas, Tabika Perpaduan, pra-Sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Untuk apa lagi diwujudkan suatu program atau sistem baru yang memainkan peranan yang sama?

Rakyat bertanya mengapa tidak diperkemas dan diperkukuhkan atau dilakukan penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada?

Dalam perkara lain, Rosmah juga dilaporkan membuat perbelanjaan yang besar, dalam istilah lain disebut shopping (membeli belah) yang nilai yang amat besar sewaktu berkunjung ke luar negara.

Mungkin juga beliau menggunakan wang sendiri, namun selaku isteri seorang PM, beliau harus sedar bahawa beliau juga punyai tanggungjawab kepada masyarakat.

Beliau harus sedar bahawa rakyat semakin terhimpit dengan krisis ekonomi, kenaikan harga barangan mendadak, semakin ramai dihimpit kemiskinan dan tidak mempunyai wang untuk makan dan belanja sekolah anak.

Selaku isteri PM Rosmah harus sedar, bahawa segala gerak lakunya diperhati dan dinilai oleh masyarakat. Ramai rakyat di luar sana yang memerhati dan mengetahui stail Rosmah.

Beliau ada hak untuk menafikan sebarang dakwaan terhadapnya, namun yang penting sekali, Rosmah harus mengelak daripada timbulnya sebarang fitnah ke atas beliau yang akan terpalit kepada PM sendiri.

Rosmah mendakwa beliau tidak mencampuri urusan politik, tetapi mengapa beliau anjurkan program sidang wanita pertama yang menelan belanja jutaan ringgit.

Rakyat mengetahui dengan jelas, terlalu sedikit isteri PM atau Presiden luar yang hadir.

Jelas, program sebegini besar tidak mendapat sambutan kerana ia tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Justeru, apakah Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mahupun Rosmah sedar bahawa, persidangan tersebut tidak membawa apa-apa hasilnya kepada negara? Malah ianya hanya membazirkan wang rakyat.

Justeru, Najib dan Rosmah harus sedar bahawa tingkah laku mereka menjadi ukuran dan penilaian rakyat kerana mereka adalah pemimpin dan isteri pemimpin.

Mereka juga harus sedar bahawa antara sebab Presiden Tunisia, Zine el-Abidine Ben Ali digulingkan adalah kerana pembaziran yang dilakukan oleh isteri beliau Leila Trabelsi.

Leila digelar 'Imelda Marcos', melarikan diri dengan jongkong emas yang nilainya terlalu tinggi.

Rosmah harus muhasabah diri, usah jadi seperti Imelda, usah jadi seperti Leila.

Rakyat Malaysia umumnya mereka yang sangat baik dan berdisiplin. Belum pernah mereka menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

Tetapi apa yang pasti, mereka akan menumbangkan Kerajaan Umno-BN pimpinan Najib dan Rosmah menerusi Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Sumber : Harakah online