Khamis, 5 Julai 2012

Nisfu Sya`ban 5 Julai 2012


Masa        :         Waktu Maghrib hingga Subuh (4 Julai - 5 Julai)

Fadhilat     :        1. 300 pintu langit Rahmat dibuka seluas-luasnya (satu pintu langit seluas barat ke timur
                           bumi)

                2.        Doa dimakbulkan oleh Allah Ta’ala.

                3.        Kehebatan Fadhilat malam ini adalah kedua selepas malam Lailatul Qadar.

                4.     Malaikat Jibril dan 7,000 malaikat pengiring turun kebumi membawa rahmat/
                        rezeki bagi mereka yang memohon pada malam tersebut.
                        (Nota: Malaikat Rahmat tidak akan masok ke dalam rumah yang terdapat arak
                         dan patong)

Amalan yang Utama (Afdal) :

                1.        Qiyamullail pada malam Nisfu Sha’ban (mulai 3.00 / 4.00 pagi)

                2.        Baca surah Yaasin 3 X pada malam Nisfu Sha’ban.

                3.        Berpuasalah pada 14, 15 dan 16 Sha’ban.

                4.        Zikirullah.

                5.        Berdoa memohon :

                         i.        Tetapkan iman dan mati dalam iman
                        ii.        Sihatkan badan untuk dapat beramal soleh
                        iii.        Murah Rezeki dan diberkati

Insyaallah, permohonan di atas akan diperkenankan kecuali :

        1.        Mereka yang derhaka kepada dua orang tuanya.
        2.        Mereka yang memutuskan silaturrahum (berterusan tidak bertegur sapa)
        3.        Mereka yang berterusan bertengkar
        4.        Mereka yang mengadu dumba
        5.        Mereka yang berterusan meminum arak
        6.        Mereka yang berterusan berzina
        7.        Mereka yang melakukan riba’ dan redho dengannya

        (Nota: Jalan Mengatasi 7 perkara di atas adalah dengan bertaubat Nasuha)

Moga kita dapat memanafaatkan masa dan ruang yang ada bagi merebut tawaran yang diberi cuma sekali sahaja dalam setahun.

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban makaAllah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Akuperkenankan permintannya, adakah orang yangmeminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yangbertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


*********************************************************************************


Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib : Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 2.

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 4 Julai 2012)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

2. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya ParaMalaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd Nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


*********************************************************************************


Syaaban:

Di bawah arasy , Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.