Rabu, 17 Oktober 2012

Pembelian melalui internet...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sekarang ni zaman moden dan canggih dengan kemudahan IT di sana sini, jadi saya percaya ramai orang di luar sana yang membuat pembelian keperluan harian melalui internet saja.

Mudah je kan..hanya dihujung jari jer...kita boleh pilih apa jer barang dan perkhidmatan yang kita perlukan.

Begitu juga dengan saya, selain saya berniaga secara online, saya sendiri juga suka shopping secara online.

Percaya atau tidak hampir kebanyakkan benda saya cari di internet dan beli secara online..huhu...
Alhamdulillah setakat ni saya belum pernah ditipu. Yang penting selidik dulu peniaga online yang ingin kita berurusan tu.

Seperti saya sendiri, apabila berniaga secara online mahupun secara terus dengan pelanggan saya tidak pernah terniat pun dihati untuk menipu pelanggan dan saya betul2 ikhlas dan jujur apabila berurusan dalam perniagaan yang saya jalankan.

Ok jangan terkejut yer... hampir separuh aset dan barang serta kemudahan yang saya beli dan gunakan selama ni saya cari di internet...very the senang kan...hehe...

Antaranya:-

ASET 

1. Cari dalam internet. Rumah double storey saya cari di internet tahun 2004 dahulu...call ownernya (belum tengok lagi rumah tu coz takde gambar). Nego harga rumah tu dalam telefon jer...alhamdulillah owner pun baik dan bagi harga yang saya sangat puashati, lepas tu baru jumpa dan tengok rumah. Bila  dah berbincang dan semua setuju, jadi amek lawyer (lawyer pun kawan hubby gak...hehe), bayar deposit serta buat loan. So rumah tu pun jadi milik kami. Harga rumah tu RM72,000.00 (harga asal RM77,000.00)
p.s: sekarang ni rumah tu saya sewakan, sebab kami tak tinggal di selangor lagi.

2. Kereta terpakai, baru jer lagi saya beli. Bulan september lepas, cari dalam mudah.my jer. Bila tengok harga dan keta tu ok, saya call owner terus. Bila nego harga, dan dia berikan harga yang saya puashati barulah set hari dan masa untuk jumpa tengok keta. Jadi bila dah jumpa dan tengok keta depan mata dan puashati baru bayar deposit ( sediakan surat sekali utk tandatangan-penting tu tau). Lepas tu baru buat loan dan alhamdulillah keta tu dahpun jadi milik saya sekarang. Harga kereta tu RM66,000.00 (harga asal RM68,000.00)
p.s: ramai gak kawan2 suami, saudara mara saya dan saudara suami serta jiran yang puji keta ni cantik (owner lama keta ni memang jaga betul), siap ada sorang cikgu tu sampai 2-3 kali ulang kata berkenan sangat ngan sportrim keta tu..haha...tapi saya dan suami takdelah nak menunjuk (minta dijauhkan perasaan riak dan takbur...amin)

BARANG RUMAH

1. Beli dari forum kat internet. Set kusyen kayu 3+2+1 dan 2 meja kopi,katil bujang serta tilam,dan meja serbaguna (sangat berat dan kukuh), semuanya barang terpakai. Saya beli tahun 2005 dulu, tengok dalam gambar jer dan call untuk bincang harga minta kurang. Bila penjual tu bagi, saya setuju terus bankin duit. Hujung minggu sewa lori pergi amek kat rumah dia. Memang berbaloi sebab semuanya tahan lama, cuma sekarang ni dah pindah randah saya jual murah2 jer set kusyen kayu tu (payah nak bawa, banyak sangat barang2). Tinggal katil bujang dan meja serbaguna jer yang masih elok lagi saya guna sekeluarga. Harga RM400.00 semuanya (harga asal RM500.00)

2.Sofa terpakai imported dari UK, saya beli dari mudah.my juga. Saya cuma tengok dalam gambar dan blog jer tanpa jumpa dengan penjual tu pun..huhu.. Saya beli tahun 2011, dah berkenan sangat call penjual tu dan bincang pasal harga, bila dah puashati saya pun transfer duit jer. Sekarang sofa tu pun dah jadi sebahagian barang yang selalu dipuji bila tetamu datang rumah. Sebabnya cantik dan lembut, sedap jer bila dok atas sofa tu...huhu...Harga sofa RM1,300.00 (harga asal RM1600,00)

LAIN-LAIN

1. Tudung dan telekung- hampir 10 kali beli tudung kat internet.Harga tak ingat sebab beli banyak kali.

2.Pakaian anak2 - Hampir 5 kali beli baju anak2 kat internet. Harga tak ingat sebab banyak kali beli.

3.Produk kesihatan- Tak ingat, yang pasti lebih 10 kali beli kat internet...hehe..Harga..macam2 lah kan...

4.Makanan- Dekat 20 kali juga beli biskut raya,kuih, tempah kek dan cupcake melalui internet (walhal tak rasa pun lagi). Tapi alhamdulillah bila dapat, sedap jer....Harga tak ingat sebab berkali-kali beli kat internet..hehe...

5.Permainan anak2- Pun beli gak kat tenet, macam PSP tu...Harga RM50.00

6.Pakaian sendiri- pernah gak beli jubah 3 helai melalui blog.Harga tak ingat sebab banyak kali beli.

7.Handbag jenama COACH , cuma tengok gambar jer dan bankin duit. Harga termasuk poslaju RM770.00

8.Perkhidmatan lori sewa untuk pindah rumah pun saya cari kat internet jer...amek 2 lori tu ( satu lori 5 tan, sebuah lagi lori 1 tan)..banyak giler barang2...tu pun sebelum tu dah sedekahkan dan jual murah2 banyak barang2 kat orang....

9. Apa lagi yer....nanti kalau saya ingat saya tambah yer...hehe...