Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013





Salam semua...

Nampak gayanya hari ni Isnin bersamaan 31/12/2012 hari akhir kita di tahun 2012 (kalendar mat saleh..huhu).

Esok kita bakal melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2013 (kalau ikut kalendar Islam , kita dah pun dalam tahun baru sekarang ni kan...)

Apappun sempena tahun 2013 ni , moga kehidupan saya yang setakat ni alhamdulillah sangat bersyukur pada ALLAH atas kebahagian disamping suami dan anak-anak tercinta serta emak,ayah dan adik-adik, kemurahan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk seluruh keluarga saya. Sememangnya tiada yang lain yang saya perlukan melainkan pertolongan dari ALLAH YANG MAHA ESA atas segala keberkatan dan kenikmatan dariNYA....amin.

Semoga anda semua juga sentiasa sihat,bahagia dan murah rezeki hendakNYA..amin.


p/s : buat pelanggan semua, bisnes saya tetap seperti biasa, masih lagi beroperasi yer...huhu...

Rabu, 14 November 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


Doa Akhir Tahun:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun:
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Khamis, 1 November 2012

Kenapa Dunia Sembunyikan Fakta Besar Tentang Ka`bah?




Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.
Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.
Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.
Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.
Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.
Makkah atau Greenwich
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.
Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit
Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)
sumber dari :-blog amekaw

Rabu, 17 Oktober 2012

Pembelian melalui internet...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sekarang ni zaman moden dan canggih dengan kemudahan IT di sana sini, jadi saya percaya ramai orang di luar sana yang membuat pembelian keperluan harian melalui internet saja.

Mudah je kan..hanya dihujung jari jer...kita boleh pilih apa jer barang dan perkhidmatan yang kita perlukan.

Begitu juga dengan saya, selain saya berniaga secara online, saya sendiri juga suka shopping secara online.

Percaya atau tidak hampir kebanyakkan benda saya cari di internet dan beli secara online..huhu...
Alhamdulillah setakat ni saya belum pernah ditipu. Yang penting selidik dulu peniaga online yang ingin kita berurusan tu.

Seperti saya sendiri, apabila berniaga secara online mahupun secara terus dengan pelanggan saya tidak pernah terniat pun dihati untuk menipu pelanggan dan saya betul2 ikhlas dan jujur apabila berurusan dalam perniagaan yang saya jalankan.

Ok jangan terkejut yer... hampir separuh aset dan barang serta kemudahan yang saya beli dan gunakan selama ni saya cari di internet...very the senang kan...hehe...

Antaranya:-

ASET 

1. Cari dalam internet. Rumah double storey saya cari di internet tahun 2004 dahulu...call ownernya (belum tengok lagi rumah tu coz takde gambar). Nego harga rumah tu dalam telefon jer...alhamdulillah owner pun baik dan bagi harga yang saya sangat puashati, lepas tu baru jumpa dan tengok rumah. Bila  dah berbincang dan semua setuju, jadi amek lawyer (lawyer pun kawan hubby gak...hehe), bayar deposit serta buat loan. So rumah tu pun jadi milik kami. Harga rumah tu RM72,000.00 (harga asal RM77,000.00)
p.s: sekarang ni rumah tu saya sewakan, sebab kami tak tinggal di selangor lagi.

2. Kereta terpakai, baru jer lagi saya beli. Bulan september lepas, cari dalam mudah.my jer. Bila tengok harga dan keta tu ok, saya call owner terus. Bila nego harga, dan dia berikan harga yang saya puashati barulah set hari dan masa untuk jumpa tengok keta. Jadi bila dah jumpa dan tengok keta depan mata dan puashati baru bayar deposit ( sediakan surat sekali utk tandatangan-penting tu tau). Lepas tu baru buat loan dan alhamdulillah keta tu dahpun jadi milik saya sekarang. Harga kereta tu RM66,000.00 (harga asal RM68,000.00)
p.s: ramai gak kawan2 suami, saudara mara saya dan saudara suami serta jiran yang puji keta ni cantik (owner lama keta ni memang jaga betul), siap ada sorang cikgu tu sampai 2-3 kali ulang kata berkenan sangat ngan sportrim keta tu..haha...tapi saya dan suami takdelah nak menunjuk (minta dijauhkan perasaan riak dan takbur...amin)

BARANG RUMAH

1. Beli dari forum kat internet. Set kusyen kayu 3+2+1 dan 2 meja kopi,katil bujang serta tilam,dan meja serbaguna (sangat berat dan kukuh), semuanya barang terpakai. Saya beli tahun 2005 dulu, tengok dalam gambar jer dan call untuk bincang harga minta kurang. Bila penjual tu bagi, saya setuju terus bankin duit. Hujung minggu sewa lori pergi amek kat rumah dia. Memang berbaloi sebab semuanya tahan lama, cuma sekarang ni dah pindah randah saya jual murah2 jer set kusyen kayu tu (payah nak bawa, banyak sangat barang2). Tinggal katil bujang dan meja serbaguna jer yang masih elok lagi saya guna sekeluarga. Harga RM400.00 semuanya (harga asal RM500.00)

2.Sofa terpakai imported dari UK, saya beli dari mudah.my juga. Saya cuma tengok dalam gambar dan blog jer tanpa jumpa dengan penjual tu pun..huhu.. Saya beli tahun 2011, dah berkenan sangat call penjual tu dan bincang pasal harga, bila dah puashati saya pun transfer duit jer. Sekarang sofa tu pun dah jadi sebahagian barang yang selalu dipuji bila tetamu datang rumah. Sebabnya cantik dan lembut, sedap jer bila dok atas sofa tu...huhu...Harga sofa RM1,300.00 (harga asal RM1600,00)

LAIN-LAIN

1. Tudung dan telekung- hampir 10 kali beli tudung kat internet.Harga tak ingat sebab beli banyak kali.

2.Pakaian anak2 - Hampir 5 kali beli baju anak2 kat internet. Harga tak ingat sebab banyak kali beli.

3.Produk kesihatan- Tak ingat, yang pasti lebih 10 kali beli kat internet...hehe..Harga..macam2 lah kan...

4.Makanan- Dekat 20 kali juga beli biskut raya,kuih, tempah kek dan cupcake melalui internet (walhal tak rasa pun lagi). Tapi alhamdulillah bila dapat, sedap jer....Harga tak ingat sebab berkali-kali beli kat internet..hehe...

5.Permainan anak2- Pun beli gak kat tenet, macam PSP tu...Harga RM50.00

6.Pakaian sendiri- pernah gak beli jubah 3 helai melalui blog.Harga tak ingat sebab banyak kali beli.

7.Handbag jenama COACH , cuma tengok gambar jer dan bankin duit. Harga termasuk poslaju RM770.00

8.Perkhidmatan lori sewa untuk pindah rumah pun saya cari kat internet jer...amek 2 lori tu ( satu lori 5 tan, sebuah lagi lori 1 tan)..banyak giler barang2...tu pun sebelum tu dah sedekahkan dan jual murah2 banyak barang2 kat orang....

9. Apa lagi yer....nanti kalau saya ingat saya tambah yer...hehe...

Isnin, 8 Oktober 2012

Berlatih naik kereta dengan suami...

Alkisahnya pagi ahad semalam barulah saya berpeluang berlatih kereta sendiri dengan suami...hehehe...

Sebenarnya dah 2 minggu suami saya belikan kereta untuk saya, tapi tak berpeluang nak bawa kereta tu sebab suami sibuk. Selalu kalau bawa kereta saya tu, saya dok sebelah jer...huhu...

Ingat lagi dulu saya ada bagitau nak test kereta?...Alhamdulillah lulus juga setelah 2 kali test kereta..hahaha..
Lesen kereta dah dapat sebelum puasa lepas lagi, tapi lepas lulus tu , cuma bawa 2-3 kali jer kereta suami ( tu pun suami kena dok sebelah).

Memang kena berleter gak ngan suami semalam masa dia dok ajar tu...dia bagi markah 60% jer....wakaka...
Lagi satu masa dah lulus lesen kereta dulu pun, suami dah bagitau awal-awal yang saya perlu naik keta ngan suami sebanyak 30 kali dulu dengan dia dok sebelah saya untuk lulus kereta dengan dia...Haa amek kau!!..kena test ngan cik abang lak lepas lulus ngan JPJ...huhu...

Selepas cukup 30 kali test bawa keta ngan hubby, barulah dia bagi saya bawa keta sorang2 dan bawa anak2 sekali di jalan raya. Sekarang ni baru 2 kali bawa keta secara rasmi di jalan raya ( ada lak rasmi tak rasmi yer...hehe). Maksudnya yang sebelum2 ni ada gak bawa keta suami tu, tapi tak dikira lak sebab bawa sekejap jer tak sampai 1 jam. Yang rasmi ni kira bawa di jalan raya serta cara2 `reverse` keta, memotong di jalan raya, cara nak berhenti di bahu jalan raya dan sebagainya. Kiranya masa yang diambil dalam 3 jam  jugalah di jalan raya, kawasan perumahan, kawasan kilang, kawasan jalan kecil, kawasan berlopak (cara nak elak lopak masa ada kereta depan dan belakang) dan banyak lagilah. Memang teliti hubby saya ni dan tegas oooo.. bila ajar keta ni...huhu....

Ahad, 7 Oktober 2012

Sedang Berusaha Berdiet Semula...

Salam semua...

Hmm..macam mana nak gitau ek....sebenarnya saya sekarang ni dalam proses sedang berdiet semula. Selepas raya puasa lepas berat badan naik mencanak-canak tak turun-turun pun...huhu...

Adeh..memang pedih hati ni dok tengok lemak yang membonjol sana sini...memang keciwa betul...

Ni semua sebab diri sendiri gak yang asyik melantak itu ini...senaman pun dah malas buat.

Memang teruk betul saya ni, ada jer alasan malas bersenam.

Dulu sebelum puasa memang diet teratur dan rajin bersenam... berat masa tu 51kg, badan fit dan ringan jer masa tu. Pakai baju apapun senang...perut pun kempis...syok jer...hehe...

Tapi sekarang ni hah..berat badan dah menjangkau 56kg....aduhhh...sakitnya mata bila tengok jarum timbangan tu....Dah ler lama tak amek supplement untuk bantu kurangkan kolestrol.

Apapun dlam 2-3 hari ni saya dah mula bersenam kembali dan mula kawal makan juga. Nasi adalah musuh utama saya, jika makan nasi memang dah tak ingat dunia dah...siap bertambah lagi. Itulah masalah utama saya, tak boleh mula makan nasi...kalau makan nasi mesti nak makan banyak...makan sikit walaupun sebenarnya dah kenyang tapi mesti nak tambah gak....masalah kan???

Lagi satu saya juga dah start minum susu SUNLAC utk bantu kurangkan kolestrol dan cepat kenyang. Dulu minum susu SD2 Alpha Lipid. Tapi sejak dah pindah ni, susah nak beli kat HQ saya cuba cari produk lain yang senang nak dapat dan kebetulan susu SUNLAC ni khasiatnya sama juga dengan susu SD2 Alpha Lipid. Dan paling best harganya jauh lebih murah sangat berbanding SD2 Alpha Lipid ( walaupun saya ni pengedar Alpha Lipid serta menjual produk ni tapi saya prefer gak yang lebih murah).

Jadi bagi saper-saper yang tingin nak kuruskan badan secara sihat yang minat nak beli SD2 Alpha Lipid tapi tak mampu sebab harganya mahal RM180 setin, saya syorkan boleh juga beli susu SUNLAC ni.

Saya pun ada menjual susu SUNLAC ni, harganya RM20.00 sepeket (700gm) + RM10.00(caj poslaju) = RM30.00. Berminat boleh call atau sms saya yer..(saya jual mahal sikit dari farmasi sebab saya amek sikit-sikit dari supplier, jadi tak dapatlah harga borong murah dari farmasi...untung ler RM4-RM5 jer sepeket...jadi ler...huhu)

Selasa, 25 September 2012

Mee udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum dan selamat pagi selasa semuanya...

Saja jer pagi ni terajin sikit nak kemaskini blog yang tak seberapa ni...hehe

Hari sabtu lepas, saja ler bawa mak dan adik2 yang datang dari kampung g pekena mee udang Kuala Sepetang (kiranya ni kali ke-2 lah bagi saya sendiri sejak dok kat Perak ni). Nak bagi keluarga dari kampung lak merasa...sedap ker tak?

Maklumlah kan dulu, ada segmen `mee udang kuala sepetang` dalam program Majalah 3 kat TV3 kan. Rasanya pengacaranya Nurul Syuhada tu kan?...

Masa saya tengok rancangan tu dulu, punyalah terliur nak makan..tapi rasa macam tak mungkinlah...sebab masa tu masih menetap di KL.

Tak sangka lak awal tahun ni kena pindah ke Perak...jadi bolehlah merasa...huhu...

Apapun yang Nurul Syuhada promote mee udang dulu kat kedai lain, saya pergi kat kedai lain. Maklumlah banyak sangat restoran mee udang di sepanjang jalan Kuala Sepetang ni. Pandai-pandailah pilih...kalau nasib baik dapatlah makan kat kedai yang sedap mee udangnya...hehe...

Mee Udang Kuala Sepetang....layannn...

Isnin, 10 September 2012

BerryGen

Ok produk dari Tupperware yang buatkan saya menjadi penggunanya yang setia ialah ialah Berry Gen.

Berry Gen ialah sejenis minuman kesihatan yang diperbuat daripada buah berry dan buahan lain seperti anggur,apple dan lain2. Banyak sumber vitamin yang sangat bagus utk kulit kita, baik wanita mahupun lelaki.

Fungsinya yang paling saya suka adalah seperti kolagen yang sememangnya dicari-cari oleh wanita mahupun lelaki utk memperbaiki struktur kulit seluruh badan dan tambah tenaga serta cergaskan anggota tubuh.

Jadi apalagi bagi yang sayangkan tubuh anda ,pentingkan penjagaan muka untuk sentiasa awet muda dan berkulit cantik,halus dan putih jom order sekarang!!!




BerryGen (1) 15gm x 20s
Harga : RM219.00

Caj poslaju : RM7.00(sm)
                    RM8.00(ss)

Produk Tupperware

Ok pada sesiapa yang nak order apa-apa barang Tupperware atau nak jadi ahli Tupperware boleh jer order ngan saya mulai sekarang.

Sebenarnya dah lama jadi ahli Tupperware ni, tapi hanya untuk guna sendiri saja.

Baru hari ni terdetik nak aktif jual produk Tupperware ni...memandangkan seperti yang ramai dah tahu barangan Tupperware ni memang berkualiti dan digemari oleh kaum wanita.

Ok jadi bagi yang berminat nak jadi ahli atau order, boleh contact saya seperti no.phone yang tertera tu yer...


Cara nak jadi ahli Tupperware ialah emailkan butiran seperti dibawah yer:-


---PERSONAL DETAILS---
NAME/ NAMA PEMOHON (seperti yang tertera pada Kad Pengenalan):
IC NO:
CITIZENSHIP/ WARGANEGARA:
RACE/ BANGSA:
DATE OF BIRTH/ TARIKH LAHIR:
OCCUPATION/ PEKERJAAN:
MAILING ADDRESS/ ALAMAT SURAT-MENYURAT:
STATE/ NEGERI:
POSCODE/ POSKOD:
HP NO/ NO. HP:
HOUSE TEL NO/ NO TEL RUMAH:
OFFICE TEL NO/ NO TEL PEJABAT:
EMAIL:
---- SPOUSE'S DETAILS-----
SPOUSE NAME/ NAMA SUAMI:
IC NO:
CITIZENSHIP/ WARGANEGARA:
RACE/ BANGSA:
DATE OF BIRTH/ TARIKH LAHIR:
OCCUPATION/ PEKERJAAN:





p/s: nanti saya akan masukkan gambar-gambar produk tupperware yer...tunggu...

Khamis, 5 Julai 2012

Nisfu Sya`ban 5 Julai 2012


Masa        :         Waktu Maghrib hingga Subuh (4 Julai - 5 Julai)

Fadhilat     :        1. 300 pintu langit Rahmat dibuka seluas-luasnya (satu pintu langit seluas barat ke timur
                           bumi)

                2.        Doa dimakbulkan oleh Allah Ta’ala.

                3.        Kehebatan Fadhilat malam ini adalah kedua selepas malam Lailatul Qadar.

                4.     Malaikat Jibril dan 7,000 malaikat pengiring turun kebumi membawa rahmat/
                        rezeki bagi mereka yang memohon pada malam tersebut.
                        (Nota: Malaikat Rahmat tidak akan masok ke dalam rumah yang terdapat arak
                         dan patong)

Amalan yang Utama (Afdal) :

                1.        Qiyamullail pada malam Nisfu Sha’ban (mulai 3.00 / 4.00 pagi)

                2.        Baca surah Yaasin 3 X pada malam Nisfu Sha’ban.

                3.        Berpuasalah pada 14, 15 dan 16 Sha’ban.

                4.        Zikirullah.

                5.        Berdoa memohon :

                         i.        Tetapkan iman dan mati dalam iman
                        ii.        Sihatkan badan untuk dapat beramal soleh
                        iii.        Murah Rezeki dan diberkati

Insyaallah, permohonan di atas akan diperkenankan kecuali :

        1.        Mereka yang derhaka kepada dua orang tuanya.
        2.        Mereka yang memutuskan silaturrahum (berterusan tidak bertegur sapa)
        3.        Mereka yang berterusan bertengkar
        4.        Mereka yang mengadu dumba
        5.        Mereka yang berterusan meminum arak
        6.        Mereka yang berterusan berzina
        7.        Mereka yang melakukan riba’ dan redho dengannya

        (Nota: Jalan Mengatasi 7 perkara di atas adalah dengan bertaubat Nasuha)

Moga kita dapat memanafaatkan masa dan ruang yang ada bagi merebut tawaran yang diberi cuma sekali sahaja dalam setahun.

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban makaAllah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Akuperkenankan permintannya, adakah orang yangmeminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yangbertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


*********************************************************************************


Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib : Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 2.

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 4 Julai 2012)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

2. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya ParaMalaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd Nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


*********************************************************************************


Syaaban:

Di bawah arasy , Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 

Isnin, 25 Jun 2012

ESOK 26HB.JUN 2012, ADA TEST KETA...JENG..JENG..

Salam semua...

Lama sudah tak updated blog saya ni...biasalah sibuk dengan urusan keluarga dan juga bisnes.

Namun dalam kesibukan tu, saya juga sekarang ni tengah sibuk dok belajar keta..baru nak amek lesen keta...hahaha....

Tu lah dedulu masa umur 18 tahun eksyen tak nak amek lesen keta...amek lesen motor jer. Ayah saya masa tu siap offer nak beli keta kancil kalau saya amek lesen keta sekali masa tu. Tapi saya ni dengan selamba jer menolak tawaran tu...siap cakap `buat apa amek lesen keta,bukannya nak naik keta pun...`

Haa..sekarang ni menyesal tak sudah..apa taknya umur dah 35 tahun baru nak amek lesen keta...huhu...
Dulu masa mula2 kawin, tahun 2000 memang ada gak plan nak amek lesen keta..siap suami yang ajar bawa keta (masa tu keta iswara), siap tukar power stereng lagi nak mudahkan isterinya bawa keta nanti. Tapi tengah2 syok dan baru pandai belajar bawa keta, kena lak alahan (alahan mengandung..huhu).

Alahan mengandung lak memang teruk saya ni....jadinya terus terhenti cam tu jer plan nak gi daftar belajar keta...hehe...
Dan seterusnya lepas dapat anak sibuk pula ngan kerja itu dan ini sampailah dah ada 4 orang anak sekarang ni...baru ada kelapangan nak belajar keta semula.

Apapun apa yang saya nak luahkan kat sini, sebenarnya sekarang ni saya rasa berdebar-debar lak nak hadapi test JPJ esok. Memang lah dah lulus ujian penilaian keta dan insyaallah boleh bawa keta masa dok belajar tu....tapi bila dah namanya peperiksaan ni...hati ni rasa lain sikit.

Ada sikit rasa gementar dan berdebar-debar menantikan esok...huhu...

Semoga saya dapat bawa keta dengan baik esok, dan dikurniakan ketenangan,keyakinan dan kemahiran oleh ALLAH YANG MAHA PENGURNIA DAN PENGAMPUN...amin.

p.s: Korang yang baca blog saya ni tolonglah doakan saya berjaya yer....nanti saya updated kat sini lepas test JPS esok...harap lulus hendaknya nak kongsikan berita baik ngan korang nanti...hehehe...

Ahad, 13 Mei 2012

Pakej Beli Borong 50 Helai RM1000

Pakej Borong Pakaian Kanak-kanak Berjenama RM1000 ( 50 helai)

Bagi yang minat nak memulakan perniagaan pakaian kanak-kanak berjenama, saya , menawarkan Pakej RM1000 untuk 50 helai.

Pakaian tidak boleh dipilih, semuanya saya telah listkan sesuai dengan permintaan dan sambutan pelanggan.
Antara jenama yang saya akan berikan ialah bergantung pada stock yang ada seperti dibawah:-
1.GAP
2.GUESS
3.BURBERRY
4.CARTERS
5.OSHKOSH
6.OLD NAVY
7.POLO RALPH LAUREN
8.SARA
9.MOTHERCARE
10.ZARA
11.BABYGAP
12.ANGRY BIRD
13.LEVI`S
14.DKNY
15.TIMBERLAND
16.DAN LAIN-LAIN

Pakaian yang dimasukkan dalam pakej tersebut adalah bercampur saiz dari 6 bulan hingga 14 tahun(bergantung pada saiz yang ada dan juga bercampur pelbagai jenama.

Pakej Borong RM1000 untuk 50 helai ini adalah termasuk sekali dengan caj poslaju. Jadinya anda hanya perlu bayar RM1000 secara bankin dalam akaun saya( no akaun ada di blog), dan saya akan poslaju pakaian tersebut.

Di bawah adalah gambar-gambar stock di dalam pakej tersebut (bergantung pada stock yang ada sewaktu anda order, tak semua gambar dimasukkan dalam blog ni).


















p/s: Insyaallah jika ada kelapangan saya akan updated gambar dari masa ke semasa.

Tak Jadi Nak Bersara Bisnes

Salam semua....

Hmm nampaknya niat saya untuk bersara terus dari meniaga pakaian kanak-kanak branded ni terpaksa dibatalkan...huhu...

Sebabnya makin banyak pula saya dapat order yang tak putus-putus...dah dah banyak juga yang saya tolak order dan bagitau yang saya dah tak buka kedai lagi.

Tapi bila fikir balik, rasa rugi pula nak bersara terus....yelah saya ni dari kecik lagi minat bisnes dan otak lak asyik pk bab bisnes jer...hahaha....

Jadinya dengan berbesar hati saya ingin berniaga semula secara online, dah tak nak buka kedai lagi. Yelah dah dok kat Perak ni kawasan kampung lak malas nak buka kedai. Nak bisnes sambil jaga anak2 jer....

Apapun saya ada tawaran bisnes terbaru yang bagus bagi sesiapa yang nak jual baju kanak-kanak branded ni. Saya akan teruskan jual secara borong dan retail secara online.

Pakej untuk beli secara borong akan saya kemaskini nanti yer...

Jumaat, 27 April 2012

150 HELAI STOK PAKAIAN KANAK-KANAK BRANDED HARGA RM2000

salam semua...

ok saya ingin jual dan clearkan separuh stok pakaian kanak-kanak branded yang ada di rumah saya sekarang ni. Ini kerana saya telah berpindah dan duduk di Perak sekarang bukan lagi di KL dan Selangor. Jadinya dah tak buka kedai lagilah.

Saya nak jual separuh dari stok yang ada iaitu sebanyak 150 helai pakaian branded iaitu jenama GAP,GUESS,CARTER,LEVI's,NOVA,DKNY,POLO RALPH LAUREN,ZARA,TIMBERLAND,BURBERRY dan banyak lagi.

Harga ialah RM2000 utk 150 helai (pakaian adalah bercampur pelbagai jenama macam diatas dan campur pelbagai saiz dari 6 bulan hingga 14 tahun).
Tidak boleh dipilih atau dikurangkan kerana pakaian tu memang baru dan berkualiti serta sentiasa ada sambutan. Nak jual sebab baru pindah dan banyak sangat barang dalam rumah.

Harga adalah dibawah harga modal dan takde amek untung. Cuma bagi yang luar Perak perlu bankin dalam akaun maybank macam biasa dan perlu dikenakan caj poslaju iaitu RM30 utk 150 helai baju tersebut.

Berminat sila call atau sms segera 012-97623561.

Hanya pembeli yang serius sahaja ya.TQ



updated : 13/5/2012---> tawaran ni telah ditutup sebab stock diatas telahpun dijual.

Khamis, 26 April 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Lama benar tak menaip utk blog saya ni...huhu....Bukan apa sibuk semenjak dua menjak ni.

Apapun saja nak bagitau semua pada 10hb.April 2012(hari selasa), iaitu 2 minggu lepas saya telah meninggalkan KL dan Selangor buat selamanya kerana telah berpindah ke Perak. Kiranya sekarang ni dah jadi orang Perak lah pulak...hehe...

Apapun KL dan Selangor tetap akan saya pergi juga nanti tapi dah tak menjadi orang sana dah ler....hehe...

Perniagaan saya tetap berjalan seperti biasa cumanya utk yang ingin dapatkan t.shirt dewasa berjenama seperti PUMA,NIKE,ADIDAS,GAP,GUCCI dan lain2 terpaksa saya tolak kerana susah nak ambil stok sebab sekarang saya dah dok jauh di Perak.

Harap pelanggan yang selalu email, sms dan call saya tu faham kenapa saya tak dapat bekalkan lagi stok t.shirt berkenaan untuk anda semua dan harap maaflah yer.

Jumaat, 9 Mac 2012

SOLAT : TERAPI PENYEMBUHAN SEMULAJADI


Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 'tip-top', antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi..

ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
  
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya....

Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year....

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua akan lebih BERSYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai ummat Islam..sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.

Selasa, 28 Februari 2012

Pengaruh doa dalam kehidupan


Lima adab pastikan permohonan dimakbul

DOA adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar Allah SWT. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56 bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”

Ketika menjelaskan perkara sama, Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan, (Riwayat Tirmizi) Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah SWT dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang. Di saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.

Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT? Seorang sahabat Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

‘Wahai Sa'ad, makanlah makanan baik (lagi halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak dikabulkan doanya selama 40 hari.

“Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram maka neraka layak untuknya”. (Riwayat Thabrani)

Berdasarkan besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab tertentu. Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis, antara lain adab berdoa itu ialah:

Pertama: Suci daripada hadas besar dan kecil;

Kedua: Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW;

Ketiga: Berdoa dengan ikhlas, suara perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu dan yakin Allah akan mengabulkan doa sama ada cepat atau lambat;

Keempat: Berdoa terus menerus sama ada ketika senang atau susah tanpa putus asa;

Kelima: Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kerosakan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”.

Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Dalam hal ini ingin saya mengingatkan umat Islam bahawa terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadis Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”. (Riwayat Tirmizi)

Adalah menjadi tanggungjawab ulama, sidang pembaca dan umat Islam sekalian supaya berhati-hati tatkala berdoa. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi kalau mereka itu orang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.

Dengan sikap berhati-hati ketika berdoa, insya-Allah kehidupan kita terjauh daripada melakukan pelbagai bentuk kezaliman, pembohongan, ketidakadilan, fitnah-memfitnah dan penganiayaan dalam keluarga, masyarakat, pertubuhan dan organisasi.

Berdasarkan peringatan Allah SWT dan Rasulullah SAW itu, amat yakin mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak terlepas begitu saja. Sebagai peringatan berhubung tingkah laku kita, marilah kita menghayati firman Allah SWT ini.

Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.’ (Surah Fussilat:46)

Rabu, 18 Januari 2012

Rumah Double Storey Bukit Beruntung Untuk Dijual

Salam...
Rumah teres double storey untuk dijual di Bukit Beruntung Seksyen BB7 

Harga : RM190K

Butirannya:

Rumah dijaga elok dan sekarang ada penyewa
Keluasan : 20 X 70
Bilik : 4 
bilik air: 2

Leasehold : 99 tahun
Non Bumi Lot
ruang tamu telah buat plaster ceiling
dapur ada table top konkrit
bilik air tingkat atas, mozek lantai telah ditukar semuanya
Belakang rumah : ada tanah 10 kaki lagi (semuanya telah disimen)
Parking : Muat 2 biji kereta
Lokasi : 5 km dari tol bukit beruntung
Kemudahan lain:
-dekat dengan sekolah kebangsaan bukit beruntung 2 (jalan kaki 2-3 minit sahaja)
-selang sebuah rumah ada taska
-masjid 1.5km dari rumah
-surau 100 meter dari rumah
-TESCO 1 km dari rumah
-Petronas 1 km dari rumah
-dekat dengan bandar dan banyak kedai makan 
-dekat dengan pasar malam
Kawasan majoriti penduduk melayu
kawasan yang tenang 

Berminat sila call atau sms atau email untuk temujanji lihat rumah.
012-9762351