Salam semua...
Lama sudah tak updated blog saya ni...biasalah sibuk dengan urusan keluarga dan juga bisnes.
Namun dalam kesibukan tu, saya juga sekarang ni tengah sibuk dok belajar keta..baru nak amek lesen keta...hahaha....
Tu lah dedulu masa umur 18 tahun eksyen tak nak amek lesen keta...amek lesen motor jer. Ayah saya masa tu siap offer nak beli keta kancil kalau saya amek lesen keta sekali masa tu. Tapi saya ni dengan selamba jer menolak tawaran tu...siap cakap `buat apa amek lesen keta,bukannya nak naik keta pun...`
Haa..sekarang ni menyesal tak sudah..apa taknya umur dah 35 tahun baru nak amek lesen keta...huhu...
Dulu masa mula2 kawin, tahun 2000 memang ada gak plan nak amek lesen keta..siap suami yang ajar bawa keta (masa tu keta iswara), siap tukar power stereng lagi nak mudahkan isterinya bawa keta nanti. Tapi tengah2 syok dan baru pandai belajar bawa keta, kena lak alahan (alahan mengandung..huhu).
Alahan mengandung lak memang teruk saya ni....jadinya terus terhenti cam tu jer plan nak gi daftar belajar keta...hehe...
Dan seterusnya lepas dapat anak sibuk pula ngan kerja itu dan ini sampailah dah ada 4 orang anak sekarang ni...baru ada kelapangan nak belajar keta semula.
Apapun apa yang saya nak luahkan kat sini, sebenarnya sekarang ni saya rasa berdebar-debar lak nak hadapi test JPJ esok. Memang lah dah lulus ujian penilaian keta dan insyaallah boleh bawa keta masa dok belajar tu....tapi bila dah namanya peperiksaan ni...hati ni rasa lain sikit.
Ada sikit rasa gementar dan berdebar-debar menantikan esok...huhu...
Semoga saya dapat bawa keta dengan baik esok, dan dikurniakan ketenangan,keyakinan dan kemahiran oleh ALLAH YANG MAHA PENGURNIA DAN PENGAMPUN...amin.
p.s: Korang yang baca blog saya ni tolonglah doakan saya berjaya yer....nanti saya updated kat sini lepas test JPS esok...harap lulus hendaknya nak kongsikan berita baik ngan korang nanti...hehehe...
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan