Khamis, 28 April 2011

Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak menjadi jutawan?

Sebenarnya tajuk diatas saya ambil dari forum di internet ni.

Saya percaya pasti ramai juga yang berfikiran  macam diatas kan? Macam saya juga....

Jawapan dan luahan hati saya adalah macam kat bawah ni;-

nak kaya kena masuk politik dan pandai bodek....

lawak jer tu....huhu..

Sebenarnya ini bergantung pada rezeki, memang kadang kala kita akan terpk kita dah berkerja keras dan berusaha sedaya mungkin. Kadang2 sampai tak cukup tidor dan masa dengan anak2 pun terhad...

Dalam pada masa yang sama kita juga tidak putus2 sentiasa beribadat dan memohon doa padaNYA.....namun masih juga kehidupan kita tak berubah.

Namun percayalah lambat laun jika kita sentiasa sabar dan jika usaha kita tu masih belum datangkan hasil, kita jangan putus asa dan pk yang bukan2. Contohlahkan, kita ni bisnes dan dlm proses nak  dapat satu projek yang besar yang kalau dapat tu memang lumayanlah yang makan 7 keturunan tak abis...hehee.... Tapi tak sangka pulak saat2 akhir projek tu yg memang dah ada dlm genggaman kita, ada pulak halangan lain yang tak semena-mena timbul....memang perit kan....

Jadinya kita harus pk mungkin ALLAH nak uji kita ,mungkin ada hikmatnya disebalik itu dan nak berikan rezeki yang lebih banyak dan lebih baik lagi.

Sebaliknya kita kena terus melipatgandakan usaha kita tu dan makin dekatkan diri pada ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENGURNIA. Insyaallah kita akan dapat hasilnya juga walaupun lambat.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, yang macam2 bisnes saya buat (kami somi isterilah kan...hehe). Apa yang saya tak buat, semua bisnes yang halal saya buat janji masyukkkk...(bukan nak bangga diri tapi just nak gitau usaha kami nak hidup selesa dan beri kesenangan pd anak2 serta nak kaya cam orang lain gak). Sampaikan masa saya bekerja dulu pun saya tetap buat bisnes part time. Balik keja jer terus pegi  luar KL amek barang bisnes ngan suami sampai jam 1-2pagi baru sampai KL. Sebelum sampai rumah singgah rumah pengasuh dulu amek anak-anak.

Nasib baik dapat pengasuh yang sangat baik menjaga anak-anak saya dan sangat memahami kesibukan kami suami isteri.

Terima kasih yang tak terhingga pada keluarga pengasuh anak-anak saya yang memang kami dah anggap macam saudara sendiri.

Kalau nak citer susah payah kami somi isteri boleh buat sebuah buku novel tau...haha

Lagi satu bila dah dapat rezeki yang banyak jgn lupa bayar zakat dan sama2 lah kita kongsikan rezeki tu ngan ibu bapa,saudara mara dan rakan2 ikut kemampuan kita. Dapat banyak, kongsi lebih sikit, dapat sikit kongsi sikit.

Itulah cara saya amalkan.

Alhamdulillah sekarang usaha kami dulu mula menampakkan hasil, jika sedang dlm kesempitan dan dilanda masalah ,tiba2 jer ada rezeki dari bisnes dan projek yang datang. Selain tu,ALLAH buka minda dan hati kami somi isteri berfikir cara macam mana nak cari rezeki secara mudah dan beri kemudahan dengan pelbagai cara. Tinggalnya kena rajin dan usaha jer...

TIDAK KEMASKINI KATALOG PAKAIAN

Untuk makluman semua pelanggan, buat masa sekarang saya tak kemaskini katalog pakaian, jika berminat nak borong boleh bagitau saya bila nak datang kedai. Kita setkan tarikh dan jam berapa anda nak datang kedai. Jangan terus datang kedai, sebab sekarang saya hanya buka kedai untuk pelanggan yang betul-betul datang nak beli jer.

Sebabnya saya nak clear stok dan jual pada harga yang  murah dan anda boleh terus borong stok yang ada ikut kemampuan bajet awak.

Antara brand yang ada GAP,GUESS,OSHKOSH,ZARA,TIMBERLAND,BURBERRY, POLO RALPH LAUREN,LEVI`S,CARTERS,NOVA, DLL.