Sabtu, 19 Februari 2011

Handbag COACH

#622 Coach Madison Sophia Leather RM999
Approx measurement: 14.5" x 10" x 3"
RM999 (deposit RM500)
*Item in US


#623 Coach 14449 Alex Sateen RM798



Approx measurement: 13" x 11" x 6"
RM798 (DEPOSIT RM400)
*Item in US


#624 Coach Poppy Signature Groovy RM555
Approx measuremnet: 11" x 7" x 4"
RM555 (deposit RM300)
*Item in US


#625 Coach 44091 Poppy Denim Pouch RM555
 
Approx measurement: 9" x 6" x 3"
RM555
*Available in Msia


#626 Coach 16052 Poppy Graffiti RM698



Approx measurement: 16" x 12" x 4.5"
RM698
*Available in Msia


Coach 13906 Signature Garnet

Was RM7xx
Now RM699 Only
15" x 9.5" x 5.5"

 Coach 15758 Mia Sateen Tote
 

Was RM798
Now RM768
12.75" L x 10.5" W x 5.25 ”D



Coach 15568 Alexandra

Normal RM955
Now RM855
10" (L) x 13” (H) x 5.5” (W)


 
 Coach 15402 Mia Satchel

Was RM798
Now RM755
13(L) x 10(H) x 5 1/2(W)



 
 Coach 15302 Crossbody - Pink

Now RM588
12 (L) x 6.5 (H) 4 (W)


 

Coach 15302 Crossbody - Khaki
Now RM588
12 (L) x 6.5 (H) 4 (W)



Coach 13548 Signature Stripe Pink
Now RM555 Only
12"L x 9 1/2"H x 4"W


Coach 15142 Black Patent Tote

Now RM588
14 (L) x 9.5 (H) x 4 (W)


Coach 14707 Zoe Leather White

Was RM648
Now RM599
10” H x 12 ½” L x 4" W


Coach 14689 Signature Crossbody

Was RM598
Now RM555
11" X 10 1/2" X 2"




##########################################################################

All items displayed in this page 100% original & authentic..

For COACH, you can go and check at COACH Boutique, if you can prove that the item is not authentic, 100% money back Guaranteed!

Most of the item is from Factory Outlet, hence no coach box and dustbag.

Box and dustbag is available at additional cost. Pls ask tq :)

Some of the items here are already available in Msia

Some are still at US - Do email to know the availability of the items k..

Delivery Method

1) COD - 50% deposit required. This is to ensure no back off after order has been made

2) Pos Laju - Full Payment required

3) Installment? - Sorry no installment payment at the moment ;)

Item in Malaysia

Delivery Method
i) Poslaju - 100% full payment required

ii) COD - 50% deposit required

Item in US

i) Delivery time around 2-4 weeks time

ii) 100% full payment required

iii) Price is inclusive shipping from US to Malaysia and custom tax (if any!)

No booking available at the moment, first comes first served basis...

Please note that picture shown here might be differ from the actual items due to lighting and other factors as well..

Serious buyer only ^_*

Special discount for return customers ya ;)

Have Fun & Enjoy your shopping...

Good SOLD are not refundable or exchangable...

I am not the authorized dealer or agent of any designers' products in this blog. All trademark, brand names n logos mentioned are for identification purposes only and registered of their respective companies...





Jumaat, 18 Februari 2011

Menu Diet : Hari ke-7

7.15 pagi
Minum alpha lipid
Air suam secawan

7.30 pagi
Minum SD2

10.30 pagi
Teh O Lemon suam
Lempeng sebiji
Roti gardenia 2 keping

12.30 tengahari
Air masak
Nasi putih sepinggan + 1/2 ketul ayam goreng mamak  + sambal bilis + sayur kobis

4.30 petang
Teh O lemon suam
Lempeng  sebiji cicah sambal bilis

6.30 petang
Air masak
nasi putih semangkuk kecil + sambal bilis+ sayur kobis

9.30 malam
Minum Alpha lipid
Jus lemon tanpa gula segelas

Aktiviti hari ni utk kuarkan peluh : kemas rumah 30 minit

nota kaki: keputusannya...GAGAL!!!...adoilah...apsal ler suka sangat makan ni...

Jodoh dan Cinta

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
" Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."


Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"
"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"Maksud abang?"

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal. "Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?" "Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang.

Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."


"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.


Jodoh Urusan Allah

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."


"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.

Derita anak kecil

Jumaat, 18 Februari 2011

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Noriah Idris
am@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.
“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.

SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub.

Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.

Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.

“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.

Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.

“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.

Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.

“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.

“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.

“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.

Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).

“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.

Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.

Dia yang membuat laporan polis berhubung kes terbabit bagaimanapun pelik apabila belum ada tindakan undang-undang diambil walaupun sudah berulang kali mendapatkan penjelasan.

“Saya mahukan keadilan terhadap nasib bayi saya. Penderitaan Sheena terlalu teruk dan saya tidak boleh memaafkan apa yang berlaku begitu sahaja. Saya yakin polis mampu merungkai apa yang berlaku dan membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.


nota kaki : Memang kejam pengasuh tu, harap polis segera bertindak. Semoga baby ni cepat sembuh hendakNYA amin.

Saman ekor : Kerajaan cari duit haram dari rakyat

Yunus Sauman Sabin   

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.
Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.
Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.
Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak.

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.
Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.


nota kaki : memang pun, macam-macam rakyat dipaksa kena bayar itu dan ini.....

Khamis, 17 Februari 2011

Broker hartanah, perumahan dan khidmat peguam

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pada yang berniat nak jual atau nak sewakan rumah,apartment,flat, kedai tapi masih belum ada pembeli atau penyewa...

Dan memerlukan broker, insyaallah saya boleh bantu anda. Saya akan tolong mempromosikan aset anda dan jika saya berjaya, barulah anda bayar komisyen kepada saya.

Begitu juga dengan hartanah, pada owner tanah yang tengah cari pembeli jika perlukan khidmat saya sila emailkan butiran lanjut ya.

Sebenarnya dah lama saya tak aktif ni, dulu ada juga jadi broker ni, suami saya dulu agen hartanah tapi dah lama tak aktif sebab bz.

Jadi sekarang ni rasa dah boleh aktif semula...

Selain tu, jika anda perlukan khidmat peguam saya juga boleh dapatkan peguam yang bagus untuk mengedalikan sebarang kes anda.

Jika minat sila email saya : adhz_permata@yahoo.com

PENTING!!!

UNTUK MAKLUMAN, PADA YANG INGIN BERKERJASAMA DENGAN SAYA, DISINI SAYA MAKLUMKAN, JIKA SAYA DAPAT CARI BUYER UNTUK ANDA. ANDA PERLU MEMBAYAR KOMISYEN 3 PERCENT UNTUK SAYA DAN JIKA SAYA BERJAYA JUAL HARGA LEBIH MAHAL DARI HARGA YANG ANDA CADANGKAN, LEBIHAN TERSEBUT AKAN MENJADI MILIK SAYA. HARAP ANDA SEMUA JELAS YA.

Menu Diet : Hari ke- 6

Hmm..menu semalam...lupa lak pula makan apa...huhu

camner ek...?

Mungkin dalam kategori kantoi kot...hahaha

Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan-bahan ;
400gm ikan bilis yang telah dibersihkan-digoreng hingga sedikit garing
20 biji cabai kering-potong ,rendam air panas 15 minit dan dikisar (bagi yg tak tahan pedas blh kurangkan kuantiti cabai)
2 inci belacan-dikisar
5 ulas bawang merah-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 keping asam gelugor
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
3 cawan air
minyak utk menumis
*bagi yang suka ajinomoto blh taruk sedikit ajinomoto

Caranya;
-Panaskan minyak, tumiskan semua bahan kisar tadi hingga naik bau
-Masukkan air kacau dan masukkan asam keping
-Bila mendidih masukkan gula dan garam
-Apabila kuah hampir pekat, masukkan ikan bilis yang telah digoreng
-Bila dah secukup rasa, tutup api

Tips : Saper yang nak sambal tumis yang aromanya lebih best boleh taruk daun pandan. Pehtu makan ngan nasi lemak...fuhhh enak dan lazat...huhu

Selain makan sambal tumis bilis ni ngan nasi putih, boleh gak buat cicah ngan lempeng...cam kat bawah ni...memang layan abis....


Lempeng (lebihan cekodok bawang yang diubahsuai) cicah ngan sambal bilis

Mahligai pendatang

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

HILANG...Azhari menunjukkan alat penghawa dingin pejabatnya yang dicuri.

AMPANG: Sekurang-kurangnya empat rumah kedai dikenal pasti diubah suai menjadi tempat kediaman warga asing secara haram bagi mengaut keuntungan atas angin berikutan kadar sewa yang dikenakan pemiliknya mencecah RM2,000 setiap lot.
Pemilik kedai, Azhari Yaacob, 34, berkata dia hairan bagaimana pemilik rumah kedai di Taman Putra, di sini, sewenang-wenangnya mengubah suai premis mereka kepada rumah sewa sedangkan ia disediakan bagi tujuan komersial.

Katanya, tindakan itu bukan saja menimbulkan kekeliruan, malah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku termasuk peningkatan kes jenayah ragut dan pecah rumah.
“Saya hairan kerana lesen yang diberikan bagi menjalankan perniagaan atau pemilik boleh menjadikan tingkat atas sebagai pejabat operasi mereka saja.

“Pemilik lot terbabit berani bertindak demikian kerana tiada pemantauan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Katanya, setiap lot rumah terbabit diubah suai dengan menggunakan papan penghadang yang memuatkan 10 bilik kecil manakala kadar sewanya kira-kira RM200 sebilik.

BERTABURAN...Azahari menunjukkan coli dan seluar dalam wanita yang ditemui
 di bumbung rumah kedai.

“Kebanyakan penghuni warga asing yang menyewa di situ terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.

“Bermula dengan satu lot kini jumlahnya semakin bertambah, sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai penempatan ‘rasmi’ mereka,” katanya yang memberitahu kadar sewa asal RM1,000 hingga RM1,200.

Menurut Azhari, tambah membimbangkan apabila kehadiran warga asing itu menyebabkan berlakunya peningkatan kadar jenayah di kawasan berkenaan.

“Sudah empat kali pejabat saya dipecah masuk. Baru-baru ini, berlaku lagi, malah pelbagai peralatan dicuri seperti tiga set komputer dan satu laptop termasuk wang RM100,” katanya.

Selain itu, katanya, kehadiran mereka juga menyebabkan perniagaan warga tempatan terjejas teruk apabila mereka semakin monopoli aktiviti perniagaan termasuk di pusat beli-belah berhampiran.

Lebih menjijikkan, mereka turut menjadikan bahagian bumbung rumah kedai itu sebagai tempat melepaskan nafsu kerana atap rumah terbabit lapang tanpa halangan.

Tinjauan Metroplus di kawasan itu menemui pakaian dalam wanita bertaburan di bumbung rumah kedai dan disyaki dijadikan sebagai jalan pintas untuk memadu asmara.


nota kaki : Apa nak heran, seperti yang kita semua tau..sebenarnya secara umumnya MALAYSIA adalah SYURGA PENDATANG....semua warga asing boleh didapati di Malaysia ni. Yang sadisnya warga asing yang besepah kat Malaysia ni kebanyakkannya yang tiada pendidikan, pembawa penyakit ,tak bertamadun serta banyak gak jadi samseng kat MALAYSIA ni....

Kerajaan Malaysia memang suka bawa masuk segala mak nenek warga asing ke negara kita...maklumlah kita  kan 1 MALAYSIA .....

Hmm...apsal aku rasa cakap tak serupa bikin ni?....Alamak baru teringat aku sendiri sekarang terpaksa berjiran ngan Indon a.k.a boyan!!!!....hari2 terpaksa mendengar puak-puak boyan ni berborak dengan bahasa boyan mereka. Cakap berdegar-degar macam dah kampung mereka dah kat Segambut ni.....rasa macam nak bom jer tuan rumah sewa tu...yang ko pegi bagi indon sewa rumah tu buat per??? 

Siaplah Malaysia nanti, dah lah hampir seluruh Segambut ni dipenuhi ngan boyan...sekarang ni pun penuh ngan bohjan dan bohsia keturunan boyan..... 

Oklah to be continue...kalau citer pasal warga asing ni memang berjela-jela...huhu 

Rabu, 16 Februari 2011

Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

fatamorgana71  
Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.
Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.


nota kaki : memang pun saya setuju, rakyat sekarang memang dibebani dengan kos yang semakin meningkat. Tak payah amek orang lain, saya sendiri pun ni haa...kalau dulu nak shopping main belasah jer masuk troli. Tapi sekarang ni kena bawa kalculator kalau nak g beli keperluan dapur dan anak-anak.

Sebenarnya dari pengalaman saya masa  tengah tunggu keputusan SPM dulu, masa tu saya kerja cashier kat Shopping Duty . Kebanyakan pelancong dari Jepun dan Korea, dorang akan bawa kalculator masa tengah shopping dan kira ngan kalkulator cam biasa jer depan umum. Tapi kat Malaysia rasanya tak banyak yang buat camtu kan? Tu sebab kalau tengah shopping , saya akan kira secara sembunyi2...huhu...

Menu Diet : Hari ke-5

7.00 pagi
Minum Alpha Lipid (dah seminggu bekalan abis, baru beli stok baru..huhu)
Air suam secawan

7.30 pagi
Minum SD2
Air suam secawan

8.00 pagi
Teh O panas secawan
2 biji lempeng inti ayam

10.00 pagi
Jus Lemon + Teh O suam =Teh O lemon suam segelas...hehehe

1.00 tengahari
Air masak
nasi putih 2 mangkuk kecil (fuh siap bertambah jadi 2 mangkuk) + ikan goreng + kuah tomyam

5.00 petang
Teh O suam
Roti gardenia cicah ngan teh

8.00 malam
Air masak
Roti gardenia 2 keping cicah ayam berlada

10.30 malam
minum alpha lipid
minum jus lemon

nota kaki: Hmm...keputusannya kira cukup makanlah diet semalam....takdelah memuaskan sangat...

Set ENVY REVELL

Envy Body Slim (Corset) ENP-5

Pinggang Saiz : 26"-38"
WM:RM 103.80
EM:RM114.2O

Envy Body Slim (Girdle) ENP-4
Pinggang Saiz : 36"-46"
WM : RM93.90
EM : 103.30

5 KELEBIHAN MEMAKAI ENVY CORSET DAN ENVY GIRDLE:

1. Terdapat Infra Merah Jauh (FIR) Infra Merah Jauh mempunyai daya tembus, serap dan rangsangan kepada manusia dengan meningkatkan peredaran darah dan optimakan perjalanan sistem saraf. FIR yang ditanam di fabrik Envy menguraikan lemak dan menjalankan detoksifikasi (menyingkir air yang tersimpan dalam badan). Ia juga berkesan sekali dalam rawatan dan pencegahan sakit belakang.


2. Fabrik Super Elastik
Envy Corset dan Envy Girdle diperbuat daripada fabrik super elastik merupakan fabrik kejayaan penyelidikan klinikal sains yang bersifat kenyal dengan tenunan mikro. Fabrik yang terdiri 10 % spandeks dan 90% nailon ini merupakan bahan terbaik dengan indeks kekenyalan tinggi untuk menyokong tulang belakang, kedudukan postur badan dan pembentukan potongan badan yang cantik.

3. Daya telus yang lebih baik
Jaringan fabriknya berupaya membebaskan haba badan dengan cepat dan selesa dipakai semasa cuaca panas di samping mempunyai daya penyerapan peluh sebanyak 40%. Fabrik Envy yang lembut dan telus ini mencegah masalah rangsangan kulit walaupun dipakai selama 24 jam. Ia dihiasi dengan kain "lace" yang telus untuk mengelakkan pembiakan kuman.

4. Di lengkapi dengan 12 kerangka besi
Envy Corset dan Envy Girdle ini dilengkapi dengan 12 kerangka untuk menyokong postur tulang belakang yang betul dan mencegah kesakitan tulang belakang. Ia juga membentuk bidang dada yang sempurna, menjadikannya kelihatan lebih cantik. Kerangka besi ini sederhana keras dengan kualiti yang tinggi supaya tahan lasak dan tidak menukar bentuknya selepas dipakai.

5. Potongan 4D (4 dimensi)
Dengan rekabentuk 4D yang terdiri daripada potongan berbilang keping serta menitik beratkan bahagian bahagian badan yang tertentu, bentuk badan dapat dibentukkan dan dibetulkan dengan cepat selepas pemakaian Envy Corset dan Envy Girdle.



ENVY MEMBENTUK POTONGAN TUBUH YANG CANTIK SECARA LANGSUNG!
CIRI-CIRI KEISTIMEWAANNYA

• Membentuk potongan badan yang cantik secara semula jadi.
• Pemakaian setiap hari dalam jangka masa panjang akan mengembalikan bentuk badan cantik tanpa kesan sampingan.
• Ia menaikkan payudara, menyusutkan saiz pinggang, menaikkan punggung anda dan melangsingkan pinggul anda.
• Fabrik berliang liang halus yang menggalakkan perpeluhan dan kegatalan kulit.
• Mempunyai Infra Merah untuk melancarkan pengaliran darah, menyingkir lemak dan mencegah badan berbau.
• Menyokong tulang belakang dan bahagian tepi badan.

ENVY GIRDLE (ENV-4)
• Envy Girdle membantu mengempiskan perut, melangsingkan pinggul dan pinggang.
• Potongan fabrik di bahagian belakang Envy Girdle berbentuk ‘apel untuk membentuk punggung supaya bulat dan padat.
• 2 kerangka besi yang boleh dilentur di bahagian belakang Envy Girdle untuk menyokong pinggul anda dan mengurangkan bahagian bonjol lemak.
• Direka panjang hingga ke lutut supaya selesa semasa pakai.
• Berenda lebar supaya Envy Girdle tidak bergulung di bahagian peha.

ENVY CORSET (ENV-5)
• Envy Corset membantu mengempiskan perut, melangsingkan pinggang dan menaikkan payudara.
• Membentuk dan menyokong postur bahagian atas badan.
• Kerangka besi yang boleh dilentur (4 di bahagian depan, 4 di belakang dan 2 di tepi) supaya tidak mengembong dan menyokong tulang belakang

• Empat baris cangkuk baju pada korset depan untuk memudahkan pemakaian.
a. Sokongan sederhana oleh 10 kerangka besi lembut.
b. Potongan bersilang di bahagian belakang corset menarik bahagian tepi badan untuk mencantikkan potongan badan bahagian atas
Envy Body Slim Corset ENP-3
(RM 58.80)

Envy Body Slim Girdle ENP-2
(RM 55.80)

** Caj Pos Laju : RM8.00 **

REVELL : Masker Kaki (produk Jepun)

Ingin atasi masalah tumit pecah-pecah dan kaki/tumit yang berbelulang ?

Dapatkan Masker Kaki, produk teknologi lembut dan halus. Bukan hanya pada tumit, hujung jari kaki dan tapak kaki, tetapi pada seluruh kaki. Cara mudah dan ringkas !

Hanya gunakan sekali saja. Menyingkirkan kulit mati dan menjadikan kulit kaki yang menua nampak halus dan putih.

Mengandungi bahan pelembab, Glucanolactone, Asid Laktid, Sodium Lactate, Dipotassium, Glycyrhizate, Allatoin dan Asid Glycolic. Tanpa pewangi.

Cara guna
*Cuci kaki sebelum menggunakan produk.
*Potong Masker dengan gunting mengikut garisan pada produk.
*Masukkan kaki ke dalam Masker Kaki dan rendamkan selama 1 hingga 1 1/2 jam.
*Setelah direndam, cuci kaki sekali lagi dengan bersih dan keringkannya.
*Tapak kaki anda akan mula menjadi kasar selepas 2-3 hari.
*Kulit mati pada tapak kaki anda akan mengelupas keluar setelah 5-7 hari.
*Sekitar 2 minggu kemudiannya, tapak kaki anda akan menjadi halus dan cantik!

Pencegahan
-Tidak disarankan kepada kulit hiper-sensitif, kaki /tumit terluka kerana tahap pH rendah. Hentikan penggunaan dan berjumpa dengan doktor jika luka, gatal, bengkak atau gejala yang lain terus berlaku.
-Tidak digalakkan ke mana-mana ketika memakai masker kaki untuk mengelakkan ia bocor atau rosak.
-Sila gunakan sejurus pembalut masker dibuka dan selepas dipakai, ia tidak boleh digunakan semula.
-Jauhkan daripada kanak-kanak. Simpan di tempat sejuk dan jauhkan daripada sinar matahari.




Harga Masker Kaki :-
WM : RM49.90
EM : RM53.80

Caj pos laju : RM8.00

Selasa, 15 Februari 2011

Blog Alpha Lipid

Pada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk Alpha Lipid dan Slim Diet II serta cara menjadi pengedar sila masuk blog kat bawah ni:

Blog Rasmi Alpha lipid : http://alphalipidbest.blogspot.com/

Blog pengedar alpha lipid dalam group saya  : http://alphalipid-ayu.blogspot.com/

Menjual secara borong pakaian kanak-kanak berjenama

Saper-saper yang minat nak bisnes baju, saya ada juga menjual secara borong pakaian kanak-kanak berjenama ni. Kalau minat sila email atau YM atau call atau sms ya.

Shah Rukh Khan ke Langkawi pula

Selasa, 15 Februari 2011

KEDATANGAN artis Bollywood atau Hollywood menjalani penggambaran filem di negara kita memang sudah biasa kita dengar. Tapi sejak akhir-akhir ini SS rasa agak jarang juga berbanding sebelum ini.
Kalau sebelum ini memang banyak juga terutama lakonan Shah Rukh Khan hingga dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka kerana sumbangan besarnya mempromosikan negeri bersejarah itu di mata dunia melalui filem Don.

Walaupun menerima pelbagai maklum balas daripada peminat dan pengkritik dunia seni, namun gelaran berkenaan sememangnya membuka lembaran baru bagi hero filem My Name Is Khan itu.
Tidak dinafikan populariti pelakon, pengarah dan penerbit itu menjadi ikutan kebanyakan peminat di negara kelahirannya India termasuk seluruh dunia. Secara tidak langsung, penganugerahan berkenaan memperkenalkan Melaka di India. SS pasti memang ramai peminat filem dari Bollywood kerana penceritaan, lagu dan barisan pelakonnya yang meninggalkan impak tersendiri bagi penonton. Seperti selebriti lain, SS percaya kunjungan selebriti antarabangsa termasuk dari Bollywood cukup dinanti-nantikan masyarakat tempatan. Masing-masing turut menantikan peluang melihat lebih dekat bintang pujaan mereka.

Kini, Shah Rukh kembali ke Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya, Don 2, sekuel filem yang popular pada 2006. Bintang kacak itu tiba di Kuala Lumpur kelmarin bersama Priyanka Chopra dan 60 orang kru filem berkenaan. SS dengar, bintang kacak tanah air, Adi Putra juga turut berlakon.

Lebih menggembirakan, Shah Rukh tidak hanya menjalani penggambaran di negara bersejarah Melaka, malah pulau legenda Langkawi juga bakal menyambut ketibaan Shah Rukh pada Sabtu ini selepas selesai penggambaran di Melaka.

SS difahamkan oleh rakan yang kini bercuti di Langkawi, berita ketibaan Shah Rukh di pulau itu sudah menjadi buah mulut penduduk Langkawi sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, bukan Shah Rukh saja malah bersama dua lagi bintang hebat, Amitabh Bachchan dan aktres jelita, Rani Mukherjee. Hotel lima bintang yang terkenal di Tanjung Rhu dikatakan menjadi pilihan bintang Bollywood ini sepanjang berada di Langkawi. SS tidak pasti pula berapa lama mereka berada di sana. Tentunya ramai orang Langkawi ingin mengambil peluang melihat lebih dekat pelakon pujaan mereka itu dan berharap mereka tidak menghampakan harapan penduduk Langkawi. Maklumlah, ketika sibuk menjalani penggambaran, mereka tidak suka diganggu tapi kalau sedang berjalan-jalan di pulau itu, apa salahnya kan.


Sumber : metro hiburan

nota kaki : Hmm...betul ka ramai orang langkawi yang dok pi tunggu ....???
Kalau saya..hmm tak kuasa aih nak p berjemoq tengah panas semata-mata nak tengok shah rukh khan ni....setakat minat camtu jer cukup lah....Jangankan artis hindustan, artis malaysia yang tahap DIVA pun tak ingin saya nak tunggu semata-mata nak menatap mereka...huhu

Menu Diet : Hari ke-4

Semalam lupa nak update menu diet...ngantuk sangat coz baru balik dari temujanji bisnes.
Ok menu semalam.....

7.30 pagi
Minum SD2
Air suam secawan

10.00 pagi
Teh O suam
2 biji lempeng berinti daging

12.00 tengahari
Air masak
Semangkuk nasi putih + tomyan ayam (seketul ayam) + telur goreng masak kicap (1/4 telur)
Ratah semangkuk kuah tomyam

1.00 tengahari
Air masak
Ratah semangkuk tomyam(seketul ayam)
Roti Gardenia cicah air teh o panas

9.00 malam
Air masak
Semangkuk nasi putih + semangkuk tomyam (seketul ayam)


aktiviti utk kuarkan peluh = kemas rumah 1/2 jam

nota kaki: -
-mengantuk punya pasal lupa nak minum jus lemon..
-Keputusan hari ni, hmm...memuaskan lah kot...

Kejatuhan Mubarak Ada Campurtangan Allah

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat   
Saya pernah belajar di Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

Hari ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?

Jika di Padang Arafah, musim haji terakhir baru-baru ini mencatat kehadiran jemaah yang wukuf seramai 2.7 juta orang (angka rasmi), di Dataran Tahrir rupa-rupanya lebih ramai daripada itu. Siapakah yang mengerah mereka jika tidak naluri mereka sendiri yang digerakkan oleh Allah SWT?

Mereka berkampung selama 18 hari tanpa terjamin urusan makan minum dan pengurusan seharian semata-mata untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak.

Mesir menyaksikan sejarah penindasan kepada para ulama yang begitu lama. Jauh sebelum itu, musuh Allah SWT yang bernama Firaun sendiri pernah ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firaun yang mengaku dirinya tuhan ditenggelamkan di laut setelah Allah SWT membenarkan Nabi Musa bersama pengikutnya melalui laut sama yang telah dibekukan sepanjang lebih kurang 40km.

Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim. Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch Quraisy. Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasaNya?

Sayangnya, musuh Allah SWT tidak pernah belajar dari sejarah. Sekali lagi kesilapan Firaun diulangi oleh pemerintah Mesir dengan membunuh para ulama. Almarhum Syeikh Abdul Qadir Audah, Almarhum Syed Qutb dan ramai lagi para ulama terkorban di bumi Mesir hasil kezaliman pemerintah Mesir. Demikian juga ulama yang terpaksa keluar dari Mesir seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi ekoran keselamatan yang sentiasa terancam oleh polisi kerajaan Mesir.

Harapan saya, rakyat Mesir akan mendapat pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat serta beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.

Sumber : harakah daily rencana

Isnin, 14 Februari 2011

Tomyam Ayam



Bahan-bahan ;
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
1 peket pes tomyam adabi
2 pokok sawi-dipotong (nak bubuh carrot,bunga kobis, putik jagung pun boleh)
5 biji cili kering-dikisar
2 biji tomato-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 cm halia-dikisar
2 batang serai-diketuk
1cm lengkuas-diketuk
2 biji cili padi-diketuk (kalau nak lebih pedas boleh taruh lebih)
1 biji bawang besar-dihiris
1/2 biji limau nipis-perah ambil jus
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
6 helai daun limau purut-dicarikkan
Minyak utk menumis
Air bergantung pada kuah yang dikehendaki

Caranya ;
-Panaskan minyak, tumis bahan kisar, lengkuas dan serai sehingga bau wangi
-Masukkan pes tomyam adabi , kacau dan masukkan air
-Kacau, masukkan ayam, gula dan garam
-Bila mendidih masukkan jus limau nipis dan daun limau purut
-Masukkan sawi ,hirisan bawang besar,cili padi , kacau dan bila dah secukup rasa bolehlah tutup api


nota kaki : Nak makan dengan mee maggi, mee kuning,bihun atau kuetiaw pun boleh. Saya boh sawi sebab sayuran yang biasa yang ada dlm ramuan tomyam takde, tinggal sawi jer dlm peti ais.....so boh sawi jelah....huhu

Lempeng Berinti Daging

Alkisahnya, sabtu lepas baru jer pestime makan kat taman, beli kat akak yang menjual disitu. Bila makan rasa sedaplah pulak...jadinya pagi tadi mulalah mencuba buat sendiri utk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah...huhu

Jom saper nak cuba boleh buat....

inti daging belum gaul ngan kobis

Lempeng dah siap dan boleh dimakan

Bahan untuk inti;
300 gm daging lembu-dipotong kecil/dicincang
3 biji bawang merah-dikisar
2 biji bawang putih-dikisar
2 biji cabai kering-dikisar
1cm halia-dikisar
1 sudu besar lada hitam-dikisar
2 sudu besar sos tiram
3 cawan air
1/4 Kobis-dibersihkan dan dicincang halus

Caranya ;
-Tumiskan bahan kisar tadi dengan sedikit minyak
-Sampai naik minyak masukkan air dan  sos tiram
-Kacau hingga kering (kiranya ramuan tu dah sebati ngan daging)
-Angkat dan gaulkan daging bersama dengan kobis yang telah dicincang

Bahan Utk Buat Lempeng ;
1/2 kg tepung gandum
2 cawan susu UHT ducth lady (nak brand lain pun takpe..janji susu segar)
2 cawan air suam
1 biji telur (jgn lupa basuh dulu sebelum pecahkan telur)
1 sudu besar mentega
Sedikit garam (lebih kurang 1 sudu teh)

Caranya ;
-Satukan semua bahannya dan gaul hingga sebati (adunannya macam cair dan likat yer)
-Panaskan kuali, taruk sikit jer minyak (lebih kurang 1 sudu teh jer)
-Tuangkan adunan tadi dlm kuali dan leperkan jadi bulat dan nipis
-Dah masak angkat dan bolehlah terus masukkan inti tadi dan gulung
-Ulang hingga habis adunan tadi

Tips:
-kalau nak tekstur lempeng yang menarik elok guna kuali non-stick
-kalau nak tukarkan ngan ayam pun boleh.


Nota kaki: Masa buat tadi,anak-anak tak sabar nak makan, panas-panas dah masuk mulut. Masa nak g sekolah siap pesan suruh simpan bakinya nanti balik sekolah nak makan lagi...hehe





Daging Masak Cabai


Bahan-bahan ;
1/2kg daging lembu-dipotong dadu
10 biji cabai kering-dikisar
5 biji bawang merah-dikisar
3 biji bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1 inci lengkuas-dikisar
3 batang serai-diketuk @ dikisar (mana-mana pun boleh)
6 biji buah pelaga
5 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
4-5 cawan air (bergantung pada kepekatan)
Garam dan gula secukup rasa

Caranya ;
-Panaskan kuali dan masukkan daging dahulu, goreng tanpa minyak dahulu (utk lembutkan daging)
-Masak daging hingga air daging kering, ketepikan daging baru masukkan minyak ditengahnya
-Tumiskan bahan kisar tadi termasuk serai dan buah pelaga hingga naik minyak
-Masukkan air, sos cili serta kacau sekali dengan daging tadi
-Apabila mendidih masukkan garam, gula dan daun limau purut yang dicarikkan
-Kacau hingga kuahnya pekat dan hampir kering
-Bila dah secukup rasa, kira dah masaklah tu dan bolehlah dihidangkan

Nabi Muhammad penyelamat maruah wanita daripada kehinaan

Oleh Ibrahim Abdullah
2011/02/14

FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati Allah (pada masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Memperingati dan meraikan kelahiran Baginda SAW adalah satu tuntutan dan bukti kecintaan kita terhadap baginda. Hendaklah kita mewujudkan perasaan kasih sayang yang tinggi terhadap Nabi akhir zaman yang menduduki tempat itu dalam senarai ‘The 100 Most Influential People in History’ seperti yang dipaparkan dalam tulisan Michael Hart.

Kehebatan Nabi SAW dan kelahiran baginda telahpun diberitakan menerusi kitab Taurat dan Injil. Namun fakta itu disembunyikan oleh golongan Yahudi dan Nasrani disebabkan Nabi Muhammad SAW bukanlah daripada kalangan mereka tetapi orang Arab.
Dalam al-Quran banyak diceritakan mengenai kelahiran Nabi SAW sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam. Firman Allah bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 107)

Menurut jumhur ulama bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Suasana dunia ketika baginda dilahirkan ke dunia terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu empayar Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi (penyembah api).

Ketika itu kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. Mereka dilayan sebagai alat memuaskan nafsu semata-mata. Mereka diperdagangkan, perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban bagi masyarakat Jahiliah.
Kelahiran anak perempuan adalah satu kehinaan di sisi masyarakat Arab Jahiliah. Mereka sanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara lumrah. Bangsa Arab berada dalam keadaan huru-hara, tiada pemimpin negara kerana mereka lebih berbangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang kecil boleh mengakibatkan perseteruan berkurun tahun lamanya.
Tegasnya, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, dunia berada di persimpangan kegelapan moral dan tauhid walaupun tegaknya dua tamadun empayar manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

Diceritakan bahawa kelahiran Nabi SAW itu dikenali Tahun Gajah sempena tewasnya tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah bagi masyarakat dunia bertumpu ke gereja yang dibina di Syam, ibu kota Yaman seperti dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud: ”Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap tentera bergajah (yang hendak meruntuhkan Kaabah).” (Surah al-Fiil, ayat 1)
Kemudian pada akhir ayat Allah berfirman bermaksud: “Dan Allah mengutuskan ke atas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu daripada tanah yang dibakar (sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah al-Fiil, ayat 5)

Bapa Nabi SAW ialah Abdullah bin Abdul Muttalib seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika baginda berusia enam bulan dalam kandungan. Dikisahkan ketika baginda dilahirkan, Nabi SAW tidak menangis seperti bayi lain. Apabila Nabi berpaling ke arah Parsi, api sembahan kaum Majusi di Parsi (Iran) terpadam dengan tiba-tiba. Apabila berpaling ke arah ibu kota Rom, istana maharaja Rom bergegar, Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi berkenaan.

Perkara ajaib yang berlaku adalah mukjizat kenabian yang Allah tunjukkan bagi tujuan agar masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan mengenali dengan Nabi Muhammad SAW. Ia juga sebagai suatu hikmah yang mana ia dapat menjawab segala tohmahan orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi Nabi yang sebenarnya dipelihara oleh Allah sejak lahir lagi.

Siti Aminah, bonda Nabi ditakdirkan meninggal dunia ketika usia Nabi enam tahun. Kemudian baginda dipelihara datuknya Abdul Muttalib. Pada usia lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudara Nabi memeliharanya sehingga baginda meningkat dewasa dan membawanya ke Syam untuk berjumpa pendeta Nasrani, Buhara/Bahira serta melihat tanda nubuwah Nabi. Pendeta itu memperingatkan Abu Talib agar menjaga Muhammad daripada orang Yahudi dan Nasrani, jika mengetahuinya mereka akan membunuh anak saudaranya itu.
Pengajaran dan iktibar daripada kisah perjalanan hidup (sirah) Nabi Muhammad SAW ketika lahir dan dibesarkan oleh Abu Talib penuh dengan liku, menjadi anak yatim pada usia kecil memang satu dugaan besar. Ini membentuk jiwa yang kental, sabar dan tabah.

Mukjizat yang berlaku terhadap Nabi pada saat kelahirannya dan sepanjang zaman membuktikan bahawa Nabi akhir zaman itu sebagai pemimpin dan penyelamat umat manusia sejagat.

Memperingati ulang tahun kelahiran Nabi SAW memang digalakkan tetapi hendaklah bersesuaian dengan cara yang tidak bercanggah dengan syariat agama.
Hendaklah umat Islam mengikuti sunnahnya, bercakap benar (siddiq), beramanah (amanah), menyampaikan (tabligh) dan bijaksana (fatanah). Antara sunnah harian Nabi ialah membaca doa sebelum dan selepas makan. Membaca doa sebelum dan apabila bangun tidur. Membaca doa sebelum keluar dan ketika balik ke rumah. Masuk tandas dengan kaki kiri dan doa, keluar tandas dengan kaki kanan dan doa. Mengucup hujung jari selepas makan, membaca doa selepas wuduk, membaca doa semasa pergi ke masjid, masuk masjid dan keluar masjid, membaca doa ketika memulakan (menaiki) kenderaan.

Sirah Nabi ketika kecil tidak pernah menyembah berhala dan terbabit dalam kehidupan sosial Arab Jahiliah yang penuh kekufuran dan kesyirikan. Menyayangi orang miskin, ibu tunggal, anak yatim dan berusaha membantu mereka, selain menghindari semua kejahatan Jahiliah seperti judi, minuman keras dan sebagainya. Berkelakuan lemah lembut sehingga Baginda dikenali sebagai as-Siddiq (yang benar) dan al-Amin (yang dipercayai).

Nabi SAW pernah melihat Yahudi berpuasa asyura sempena memperingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Firaun, dan bersabda : “Kami adalah lebih berhak daripada kamu mengenai Musa (amalan berpuasa).” Maknanya, Nabi sendiri memperingati peristiwa agama. Maka sudah tentulah kita umat Islam perlu mengingati kelahiran Nabi SAW.

Kita digalakkan memohon kepada Allah SWT agar diberi dorongan dan kekuatan untuk terus berusaha menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang terbaik (khaira ummah) dan sebagai ummatan wasata (umat pilihan/umat teladan) dan menjadi saksi di antara sekalian umat manusia sejagat.

Firman Allah bermaksud: “Supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia. Oleh itu dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, dan Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” (Surah al-Hajj, ayat 78)