Rabu, 13 Julai 2011

Jom shopping kat sini



Buat semua pelanggan yang dihormati...selamat bershopping dan bersantai dari saya....

Macam-maca ada...dari sekecil-kecil barang hinggalah ke besar iaitu hartanah...

Jangan segan jangan malu...nak order atau nak tanya silalah call, sms, ym atau tinggalkan komen anda di sini...

Ahad, 10 Julai 2011

Jalan-jalan makan sate

Tengahari tadi rasa lapar sate pulak...jadinya kami satu keluarga pun apalagi bersiap-siap dan pergilah lunch ngan sate kajang haji shamuri di jejantas sungai buloh.

Dah lama sebenarnya tak makan sate kajang ni....selalunya 3-4 tahun dulu kalau nak makan sate kajang kena g Kajang. Dah tentulah lambat dan jauh nak sampai kan...tapi sekarang ni g kat jejantas sungai buloh jer...hehehe.

Dalam perjalanan nak g sana, dok dalam kereta baru perasan yang suami dan anak 3 orang tu pakai baju warna kuning.....fuhhh nasib baik lah bukan semalam (sabtu / 9.7.2011) kalau tidak abislah kena tahan ngan polis yang jadi pak turut kerajaan tu.

Sakit hati dan bertambah marah jadinya bila tengok kelakuan polis pada orang ramai semalam (tengok kat internet). Memang polis-polis yang buat tindakan yang zalim pada orang awam semalam memang saya doakan mereka akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat...amin ya robbil alamin.
Begitu juga dengan pihak atasan yang kita semua tahu merekalah sebenarnya yang memegang` remote control` dari jauh dalam menghuru-harakan demo bersih (yang kita tahu dilakukan secara aman sebenarnya) tapi pihak polis dan pihak kerajaan yang menghuru-harakan demo tersebut. Semoga pihak berkuasa yang terlibat dalam melayan rakyat dengan zalim akan menerima balasan dari ALLAH YANG MAHA AGONG di dunia dan di akhirat kelak...amin ya robbil alamin.