Isnin, 6 Jun 2011

Pelik, tong gas tak jual di sg.buloh!!!

Hmm...alkisahnya semalam datang kat sungai buloh ni...dok rumah kat sg.buloh sempena cuti sekolah ni.

Dah nak dok lama sini, suami g cari tong gas untuk buat memasak lah kan...yelah takkan asyik nak makan kedai jer tetiap hari selama dok bercuti sini.

Tak sangka lak hampir 8 buah kedai g cari semuanya tak jual tong gas...katanya petronas tak bagi jual. Bulan ogos nanti pula baru leh jual....

Pelik tul , apalah alasannya takde lak tuan2 kedai tu gitau...

Ingatkan memang semua tempat tak jual...rupanya tadi suami g cari kat KL , ada pun jual...murah lak tu kalau nak banding kat sg.buloh ni...

Hmm macam-macam hal...apa taknya dek kerana urgent nak pakai tong gas ni...semalam sampai kul 2 pagi dok survey kat tenet cari "tong gas memasak untuk dijual"...siap buat iklan dalam mudah.my dan forum lagi...hahaha