Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013





Salam semua...

Nampak gayanya hari ni Isnin bersamaan 31/12/2012 hari akhir kita di tahun 2012 (kalendar mat saleh..huhu).

Esok kita bakal melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2013 (kalau ikut kalendar Islam , kita dah pun dalam tahun baru sekarang ni kan...)

Apappun sempena tahun 2013 ni , moga kehidupan saya yang setakat ni alhamdulillah sangat bersyukur pada ALLAH atas kebahagian disamping suami dan anak-anak tercinta serta emak,ayah dan adik-adik, kemurahan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk seluruh keluarga saya. Sememangnya tiada yang lain yang saya perlukan melainkan pertolongan dari ALLAH YANG MAHA ESA atas segala keberkatan dan kenikmatan dariNYA....amin.

Semoga anda semua juga sentiasa sihat,bahagia dan murah rezeki hendakNYA..amin.


p/s : buat pelanggan semua, bisnes saya tetap seperti biasa, masih lagi beroperasi yer...huhu...