Jumaat, 24 Jun 2011

Terima Kasih Buat Para Pelanggan

Hehehe...tajuk tak boleh blah....`Terima Kasih Buat Para Pelanggan`, gitu...sib baik bukan `Terima Kasih Buat Para Penonton`...kalau tidak ala-ala lagu dangdut indon lah pulak...huhuhu.....

Bukannya apa...tak sangka pula sambutan dan order yang diterima masih lagi tidak putus-putus walaupun saya dah lama tak updated blog dan katalog. Alhamdulillah pada YANG MAHA PEMURAH ALLAH YANG ESA yang memberi rezeki pada saya.

Buat pelanggan semua, terima kasih tak terhingga saya ucapkan kerana masih lagi sudi email,call ,YM dan sms saya untuk mendapatkan produk-produk yang saya jual dan iklankan selama ini.