Khamis, 12 Mei 2011

Urgent,Tanah Di Lembah Klang Dicari Untuk Dibeli.

Ok ni ada lagi orang nak tanah...baru dapat call petang tadi...

buyer nak secepat mungkin!!!

Tanah di lembah klang diperlukan segera. 

Kalau boleh nak  tanah yang berkeluasan besar ya

sape2 owner tanah di lembah klang sila hubungi atau email saya segera ya..

dan bagi broker tanah yang ada tanah di lembah klang yang nak bekerjasama dengan saya juga dialu-alukan.


Sila call atau emailkan butiran tanah tersebut. 

Selasa, 10 Mei 2011

Peralatan kedai makan dan restoran untuk dijual

Saya nak let go peralatan kedai makan dan bagi yang nak tambah peralatan dapur di restoran anda juga pun boleh. Al-kisahnya dulu suami pernah buka bisnes kedai makan, tapi tak bertahan lama sebab bukan rezeki kami melalui perniagaan restoran kot....kita fikir positiflah kan(walaupun puncanya ada kaitan dengan sikap orang melayu kita yang suka berdengki dan gunakan ilmu yang salah disisi agama).

Restoran kami bertahan setakat 2 bulan lebih jer...jadi segala peralatan tu sempat guna selama 2 bulan lebih sajalah. Peralatan dapur tu memang dijaga elok (semua disimpan dalam kotak) dan mesti anda semua tahu kan sekarang ni semua barang dah naik harga. Masa saya beli dulu RM4000 lebih gak. Tapi saya nak let go murah jer coz dah malas nak simpan dalam rumah lagipun dalam proses nak pindah rumah ni.

HARGA JUAL RM2000.00

Ok peralatan dapur yang nak dijual macam kat bawah ni;-
1.Bekas masak air aluminium dan pelapiknya besi.
2.Set pinggan mangkuk plastik(warna biru)
3.Gelas kaca dan gelas plastik
4.Periuk sup(besar), periuk sederhana dan kecil
9.Senduk,sudu dan garfu
10.Kain kanvas biru besar-2 unit (jenis tebal)
11.Kain kanvas putih besar-2 unit
12.Bekas basuh tangan -teko plastik dan bekasnya
13.Dapur (yang jenis berat tu) -2 unit
14.Dan lain2 keperluan dapur

Berminat nak beli dan nak tengok barang sila call atau sms saya nak lihat barang. Hanya yang betul-betul nak beli sahaja yer coz saya takde banyak masa bagi yang cuma nak lihat atau survey dulu. HARAP MAKLUM. TQ.

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Hari ni macam semua tahu kan...HARI IBU SEDUNIA.

Jadi saya amek peluang ni nak ucapkan selamat hari ibu pada semua yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu (yang tengah mengandung tu)....

Semoga para ibu sentiasa ceria dan bahagia dalam menjalani kehidupan anda seharian disamping anak-anak dan suami tercinta.

Dikesempatan ini juga saya ingin ucapkan "Selamat Hari Ibu buat mak saya yang amat saya kasihi dan hormati".

Mak saya ni adalah idola saya dalam mendidik anak-anak saya, saya ingin jadi seperti mak saya yang serba boleh ni....

Beliau seorang yang lemah lembut, tidak gemar bercakap hal orang kampung (dalam maksud lain tidak suka bergossip dan bawa mulut), sampaikan ada orang kampung yang suka datang rumah dan bercerita rahsia dorang kat mak saya...huhu, pandai memasak, pembersih, sukakan rumah yang sentiasa kemas dan berhias (walaupun bajet tak banyak) tapi rumah mak saya sentiasa bersih dan terhias indah hasil dekorasi mak saya. Ada kawan-kawan ayah saya suka bertandang rumah dan mereka kata sejuk mata dan tenang bila dok dalam rumah tu.

Lagi satu mak saya masa saya kecik2 dulu macam2 kerja yang dia buat untuk bantu ayah saya dalam membesarkan saya dan adik-adik. Dari kerja bendang, menoreh getah, buat kuih-muih,nasi lemak dan segala jenis makanan ringan dan berat untuk dijual, beliau juga pergi ke bukit cari kayu dan pikul kayu getah sendiri untuk dipotong dan dibuat kayu api. Banyak lagi kerja2 lain yang mak saya amek upah untuk bantu ayah saya masa saya masih bersekolah dulu.

Kalau nak diceritakan memang banyak kelebihan mak saya ni, tapi nanti ada yang kata saya ni `over` pulak kan...huhuhu

Namun dalam mendidik kami , mak saya sentiasa ingatkan kami adik-beradik agar jika kita dah berjaya dan menjadi orang yang bijak serta jadi kaya raya janganlah kita sombong, riak dan lupakan jasa baik orang yang pernah berbudi pada kita sebelum ni.

Alhamdulillah, saya dan adik2 sentiasa ingat pesanan mak saya tu. Berkat didikan dan kesabarannya dalam mendidik kami anak-anaknya , ramai orang kampung yang 'respek' dengan cara mak membesarkan anak-anaknya. Ini saya dengar dari mulut kawan sekampung dan orang-orang tua di kampung masa saya balik bercuti.

Apapun mak saya memang yang terbaik, beliau adalah seorang ibu, sahabat yang boleh berborak dan bergurau senda macam kawan karib, dan segalanya....

MAK....I LOVE U SO MUCH

Semoga mak sihat selalu,dijauhkan segala penyakit, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, bertambah amal ibadat dan akan sentiasa dilindungi dan dipelihara sentiasa oleh ALLAH YANG MAHA AGONG...AMIN YA ROBBIL ALAMIN.