Khamis, 28 Julai 2011

Suami Dirampas Perempuan Indon

 TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya.

BANTING: “Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula  dia rampas,” rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.
  Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.

  “Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama berdekatan.
  “Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.    Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

  “Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu, saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah saya sambil menangis.

  “Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia tinggal bersama.


  “Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu,” kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.

  Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya.
  “Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja,” katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.

Sumber : HM

p/s: Pelik ngan perempuan ni apsal berani kutip indon tu bawa balik rumah...jangan ler percaya ngan orang asing yang kita belum kenal hati budi mereka.


Apapun saya memang langsung tak percaya ngan warga indon sama ada perempuan mahupun lelaki. Mereka ni memang dalam hati mereka ada agendanya.

Rabu, 27 Julai 2011

Bengkung Tali Dania


Pandangan hadapan

Bengkung Tali Dania
Saiz : S, M,L,XL 
Harga: RM47.00
Caj poslaju : RM6.00
Total : RM52.00

* stok terkini yang ada sekarang ialah saiz S dan XL sahaja.*

Butiran : -
Bengkung tali dania yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan. Rekaan yang mesra pengguna, sangat selesa kerana didalam lapisan kain krim tersebut ada span yang berfungsi untuk membantu membentuk potongan tubuh terutama perut dan punggung. Di hadapan iaitu bahagian tengah untuk menutupi perut dibuat dengan kain yang tebal bewarna merah hati untuk kejapkan lagi perut yang menggeleber dan tidak nampak comot akibat sapuan minyak angin atau herba yang disapu di perut.

Bengkung Zap Balqis


Bengkung zap balqis
Saiz : Free saiz (S-XL)
Harga : RM63.00
Caj Poslaju : RM6.00
Total : RM69.00

Butiran : Rekaan moden yang praktikal. Sangat mudah untuk pakai dan tanggalkan, jenis lekat sahaja(velcro). Bagus untuk kempiskan perut dan buang angin. elok untuk wanita lepas bersalin dan juga bagi sesiapa yang ingin kempiskan perut.

First time amek gambar artis

Saja jer nak kongsikan gambar artis yang pertama dalam hidup ni tergerak hati nak amek..hehehe...
Sebabnya sebelum ni langsung tak berminat dan takde nafsu pun nak amek gambar mana-mana artis di Malaysia ni...huhu...
Walaupun minat setakat dengar lagu jer.... masa muda2 dulu selalu jer tersempak ngan artis2 popular dok g bercuti kat Langkawi (kampung saya lah tu..hehe)....tapi buat tak tau jer....

Tapi hari tu masa join niaga kat bazar di PWTC (tahun lepas punya ni...dah lama pun...hehe)..kumpulan RABBANI ada datang situ dan mereka jadi jadi duta satu produk minyak wangi kat salah satu rakan bisnes yang kebetulan dok sebelah tapak niaga saya. Jadinya entah kenapa tingin lak nak amek gambar kumpulan RABBANI ni...lagipun saya memang respek cara mereka berdakwah melalui nasyid.

Jom layan....

p/s: ok sekeping dah ler...buat cuci mata...

Selasa, 26 Julai 2011

BLUEBERI BOULEVARD SUN FLOWER COTTON DRESS

BLUEBERI BOULEVARD SUN FLOWER COTTON DRESS
Saiz : 3Y,4Y,5Y 
Harga : RM40.00
No Diskaun.
Penghantaran secara percuma!!!

Butiran : Rekaan ringkas, moden dan cantik. 

PLACE jeans Girl

Place Jeans Girl
Saiz : 18M,24M
Harga : RM60.00
Diskaun: 15%
Selepas Diskaun: RM51.00
Caj poslaju : RM6.00
Jumlah semua : RM57.00

Butiran : Jeans yang cute untuk baby anda bergaya. Kain berkualiti dan original, sangat selesa dipakai.Tidak panas dan jenis serap peluh. Butangnya ada batu permata ditengahnya sangat eksklusif.

Isnin, 25 Julai 2011

T.shirt Blue Seven

T.Shirt Blue Seven (leher V)
Saiz 7T-14T
Harga : RM14.00
Poslaju : RM6.00
Harga Keseluruhan : RM20.00

Butiran : Kain sangat lembut dan sejuk.Sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Berminat sila call atau sms segera.

Sweater Kelabu

Sweater Kelabu untuk kanak-kanak perempuan

Saiz : 7T-14T
Harga : RM19.00
Poslaju : RM6
Jumlah Keseluruhan : RM25

Butiran : kain yang lembut ,sejuk dan selesa dipakai. 
Berminat sila call atau sms segera untuk order...