Sabtu, 16 April 2011

Aksi Anak-anak

Nak dijadikan citer, bila dah petang barulah hujan berhenti. Jadinya lepas Asar bawa jelah anak-anak pegi main-main kat Taman dekat ngan Jalan Ipoh jer.....




















Nota kaki: banyak foto anak bongsu jer...maklumlah foto kakak-kakak dan abangnya dah berlambak-lambak...jadinya sekrang ni turn dialah pula jadi model pula...

Berkelah Dalam Rumah

Alkisahnya...semalam dok plan ngan suami nak bawa anak-anak berkelah pada hari ni sabtu. Sebabnya dah lama rasanya tak berkelah...walaupun sekadar berkelah di Taman Tasik Metropolitan Kepong (tempat yang tiap-tiap minggu dok jogging dan anak-anak dok main situ..huhu). Tak kisahlah janji bawa nasi dan lauk-pauk dari rumah dan makan kat situ...dah namanya berkelah kan....hehehe

Jadinya dengan semangat yang berkobar-kobar nak gembirakan hati anak-anak, bangun awal kemain pagi ni nak masak. Lepas jer solat Subuh (jam 6.15am), terus ke dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak.

Jam 6.45am anak-anak pun macam biasa dah bersiap sedia masing-masing  (memang rutin biasa hari minggu bersiap awal coz dorang tahu ibu dorang nak "berjogging"). Dalam dok sibuk memasak tu, hujan turun rintik2....hmm..dah terdetik dalam hati,  "camner nak jogging dan berkelah ni"....

Tapi dalam pada masa yang sama cuba fikirkan, mungkin kejap lagi hujan berhenti kot. Jam 8.30am baru siap memasak dengan  pelbagai menu yang rasanya memang best jika makan kat taman nanti....Antara menunya , nasi putih, sambal tumis kosong, sup ayam, ikan bilis goreng, telur dadar, ulam timun, tembikai, budu , keropok ikan dan air masak serta teh o ais yang siap dimasukkan dalam botol besar (bekas botol air berkabonat F&N). Fuhh..memang mengancam abislah. Semuanya telah siap dimasukkan dalam tupperware dan dimasukkan dalam beg berkelah. Lengkap semuanya dengan pinggan mangkuk, cawan dan jajan....huhu

Namun, hujan pula makin lebat macam tak nak berhenti jer....jadinya masing-masing bersantai dalam rumah dulu sambil layan tv. Ibunya yang berhempas pulas memasak tadi, bersantai di atas katil dulu sambil layan mata. Apa taknya hujan-hujan ni  rasa best jugak ni kalau tidur dulu sementara hujan berhenti.

Sedar jer dari tidur dah jam 10.30am, hujan masih tak berhenti....Apa citer ni?....Nak dipendekkan citer tunggu punya tunggu kul 12.00 tengahari hujan masih lebat. Masing-masing dah lapar nasi, apalagi akhirnya beg berkelah yang penuh dengan makanan tadi dibuka semula.

Tupperware-tupperware yang ada dalam beg tersebut diamek dan dihidangkan atas meja makan. Akhirnya berkelahlah kami sekeluarga di dalam rumah hari ini.....hahaha

Nota kaki: Hmm kononya nak jogging nak buang lemak-lemak degil ni, tapi tak dapat jogging so pergi tambah lagi lemak-lemak lain pula hari ni.....adoilah!!!

Rabu, 13 April 2011

Macam-Macam: Petani sorok wang RM30 juta di ladang



2011/04/13 

SEOUL :  Polis Korea Selatan semalam menahan seorang petani kerana menyembunyikan wang tunai AS$10 juta (RM30 juta) di sebuah ladang bawang putih.

   Saudara petani terbabit memperoleh wang itu dengan mengendali laman judi haram di internet. Polis merampas wang petani itu yang ditanam di ladangnya di Gimje, kira-kira 260 kilometer selatan ibu kota ini.   Petani dengan nama keluarga Lee itu ditahan kelmarin. Dua abang ipar Lee, seorang dalam penjara dan seorang lagi dalam buruan polis, memintanya menyembunyikan wang itu. –AP



Nota kaki: Bestnya kalau kita ada duit sebanyak tu kan?....huhu
Tapi diperolehi dari rezeki yang halal lah.

 

Isnin, 11 April 2011

Duit Lama Hendak Dijual


Saya mempunyai koleksi duit lama RM10 untuk dijual. Duit ni first edition tahun 1967 .
Harga buka untuk dijual ialah RM1,000.00
Siapa yang tawar harga paling tinggi saya jual padanya.

Untuk makluman juga, duit ni jika diangkat  ianya ada kepala harimau yer bukan kepala agung. Jadi harap para peminat duit lama tidak lagi tertanya-tanya nanti...

Sesiapa yang berminat boleh call saya untuk urusan jual beli.

p/s: Sebenarnya saya juga tengah mencari duit lama RM10 macam gambar diatas, tapi jika diangkat ianya ada kepala agong. Sape-sape yang ada koleksi tersebut dan ingin menjual bolehlah call atau sms saya. Kita jumpa dan tengok duit tu dulu. Jika betul duit tu ada kepala agong, bolehlah bincang pasal harganya.

Resepi Menyicah Perut Lembu


Bahan-bahan:-
250 gram perut lembu-dibersihkan
5 biji cili kering-dibersihkan dan direndam 5 minit dan ditumbuk
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 inci belacan-ditumbuk
2 batang serai-diketuk
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh gula
1 1/2 biji limau nipis-diperah ambil jus

Caranya :
-Perut lembu yang telah dibersihkan direbus bersama 1 sudu teh garam hingga empuk
-Setelah empuk, air rebusan jangan dibuang kerana digunakan sebagai kuahnya
-Perut lembu dipotong kecil-kecil
-Masukkan kedalam mangkuk air rebusan  bersama perut lembu tadi
-Cili kering,bawang merah, belacan yang telah ditumbuk dan serai yang diketuk dimasukkan dalam mangkuk tersebut
-Perahkan limau nipis, masukkan gula dan gaul hingga semua ramuan sebati
-Bila dan secukup rasa bolehlah dihindangkan bersama nasi dan hidangan lauk pauk lain.

nota kaki : ini makanan orang kelantan, memang best dan syok bila makan ngan nasi panas-panas...huhu