Sabtu, 7 Mei 2011

Jeritan sayu ibu sebelum rentung

KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.

Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.

Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.

Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.

Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.

Suami Rafidah, Zamri Ahmad, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah semasa kejadian kerana bertugas menghantar bekalan makanan di Perak. Rafidah pula bekerja di Hospital Kuala Krai di sini.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa memberitahu, dia terkilan kerana hanya sempat mendengar teriakan sayu anaknya meminta tolong tanpa dapat membantu.

Katanya, dia cuba berjalan laju tetapi gagal ekoran masalah kesihatan yang dialaminya dan dalam keadaan termengah-mengah dan semput, dia gagahkan juga ke rumah anaknya.
"Ketika saya sampai, saya lihat api sudah marak dan jeritan anak saya sudah tiada lagi. Namun, tiga cucu saya dapat diselamatkan.

"Memang sedih apabila mengenangkan keadaan itu apatah lagi teriakan sayu Rafidah masih terngiang-ngiang di telinga saya," ceritanya sambil menangis semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdullah Mohamed, 58, pula berkata, daripada cerita jiran yang didengarinya, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu manakala pintu jeriji berkenaan berkunci.

"Api itu datang dari arah dapur dan terus menyambar ruang tamu. Rafidah yang panik gagal mencari kunci menyebabkan dia memecahkan cermin dan membengkok besi tingkap untuk mengeluarkan anak-anaknya," ceritanya yang tidak mengetahui bagaimana mangsa membengkokkan besi tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Abdul Rahman memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 20 minit kemudian namun gagal menyelamatkan mangsa kerana api marak.

Selepas memadamkan api dan memotong besi jeriji, pasukannya menemui mayat Rafidah dalam keadaan rentung lebih 50 peratus dekat pintu tersebut.

"Pada tingkap itu terdapat kesan dipecah manakala besinya pula telah dibengkokkan dipercayai dilakukan oleh mangsa untuk mengeluarkan anak-anaknya," katanya yang memberitahu pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan punca kejadian.

Sumber : kosmo

P/s: Al Fatihah untuk arwah, moga ditempatkan dikalangan beriman disisiNYA. 

Azam Dan Matlamat Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran

Sempena dengan hari ulang tahun kelahiran ni...saya amat bersyukur kerana  diberikan kesihatan diri yang baik oleh ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI AGONG.

Amat-amat terharu dengan limpahan rezeki yang ALLAH berikan pada diri saya yang kerdil lagi hina ini.

Dengan umur yang makin meningkat ni, mempunyai suami dan anak-anak disisi dalam apa jua keadaan amatlah dihargai dan disyukuri.


Tidak juga saya minta atau syaratkan apa-apa hadiah dari suami kerana itu semua tak penting bagi saya. Dan selalu saya ingatkan diri sendiri agar tidak terikut-ikut dengan budaya zaman sekarang ni (khasnya segelintir golongan artis melayu islam kita yang suka hebohkan hadiah yang diberikan oleh suami..nampak macam riak lak...). Minta dijauhkan lah ...jangan ler saya jadi camtu...Amin Ya Robil Alamin.

Dengan penambahan umur ni, saya amatlah bertambah-tambah rasa cinta pada ALLAH YANG MAHA PENGASIH.

ALLAH memberikan saya tubuh badan yang sihat, suami yang beriman dan bertanggunjawab, anak-anak yang sihat dan semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehan. Alhamdulillah saya bersyukur kerana memiliki keluarga yang penyayang,bahagia, tenang,ceria dan saling bertolak ansur...AMIN YA ROBIL ALAMIN.

Azam saya sempana hari lahir ni selain menambahkan amal ibadat padaNYA...saya nak berjaya dalam segala apa juga bisnes yang saya usahakan selama ini selain nak kuruskan badan yang makin berat ni....apa taknya dah lama tak berjogging dan bersenam..huhuhu....

Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri

Hari ni 6 mei 2011 genaplah umur saya 34 tahun...huhu....dah tua ek....hahaha

Nampaknya macam biasalah tetiap tahun memang kena ingatkan cik abang pasal my besday ni....sekurangnya dia ucapkan 'selamat hari lahir` pun dah cukup. Kalau tak ingatkan memang kena ucapkan selamat hari lahir untuk diri sendirilah ...huhuhu

Hmm...lagi satu kena beli kek hari jadi untuk diri sendiri juga...adoi kesiannya....

Apa taknya my hubby ni memang bab-bab ni dia kurang amek tahu...apa taknya tarikh lahir dia sendiri dan kekadang umur sendiri pun dia lupa...kena saya yang selalu ingatkan kalau besday dia pun.

Sampai satu peringkat, kalau dia nak isi apa-apa borang , boleh dia call tanya saya umur dia berapa sekarang...huhuhu

Apapun saya nak nyanyi sikit untuk diri sendiri....

SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADI TO ME......

Semoga Allah kurniakan tubuh badan dan kesihatan yang baik dan jauhkan segala penyakit yang berbahaya padaku, murahkan rezekiku dan keluargaku, majukan perniagaanku dan bukakan hatiku untuk sentiasa beribadat pada MU YA ALLAH. AMIN YA ROBBIL ALAMIN.