Jumaat, 22 April 2011

Kempen Anti Legging Buat Wanita Islam

Tadi terbaca kat forum kat internet pasal blog ni dan saya pun try masuk.

Hmm memang bagus tuanpunya blog ni, saya amat setuju dengan kempen yang mereka sedang lakukan.

Saya pun dah lama sakit mata dok tengok kaum wanita islam dan lelaki islam yang dok biarkan isteri dan anak-anak mereka berpakaian tetapi telanjang tu.

Saya sebagai wanita Islam , isteri orang dan ibu kepada anak-anak saya amat peka dalam hal berpakaian ni.

Alhamdulillah saya setakat ni masih mampu menjaga pemakaian pakaian yang menutup aurat wanita islam sejak sebelum berkahwin dan sehingga kini. Saya memang tak suka pakai ketat-ketat, malah baju dan seluar saya memang kebanyakkan besar dan longgar.

Sampaikan suami saya pun boleh pakai baju saya sekarang (baju masa zaman sekolah menengah dan zaman anak dara dulu...huhu..).

Mak saya dulu pun pernah sembunyikan baju-baju yang saya beli, sebabnya hampir semua baju yang saya beli jenis besar, tangan panjang dan labuh (yang kebanyakkan sesuai untuk remaja lelaki dan lelaki dewasa)....huhu

Sebab mak saya sembunyi, dia kata saya ni masa tu memanglah kurus pehtu pendek. Jadi bila pakai baju besar tu nampak lagi pendek...hahaha.

Oklah apa-apapun nak tau lebih lanjut jom masuk sini http://leggingseksi.blogspot.com/

Selasa, 19 April 2011

Tanah dicari area Selangor dan KL Untuk Dibeli, Pembeli Dah Ada.

1.Tanah 3-5 ekar dicari untuk dibeli. Buat pemilik tanah di Balakong ataupun Kajang, Selangor yang mempunyai tanah dan ingin menjual sila hubungi no.telefon saya yang tertera di sebelah yer. 


Ciri-ciri tanah yang dicari adalah tanah tepi jalan dan rata. Tidak berbukit sebab nak buat tempat parking bas.


Pembeli sedia ada.

Pada para broker yang ingin bekerjasama dengan saya juga boleh call  @ sms saya, dan harap dapat berikan harga yang munasabahlah ya. Maklumlah kita ni sama-sama broker kan.

info terkini: 21/4/2011

Sesiapa yang ada tanah di Selangor, macam di bawah juga boleh call segera ;

hulu langat batu 10 
hulu langat batu 11
hulu langat batu 12
hulu langat batu 13
hulu langat batu 14
silalah cepat2 berhubung dengan saya k...


Keutamaan adalah yang memiliki tanah seluar 5 ekar.

2. Tanah ladang kelapa sawit seluas 2000 ekar dicari untuk dibeli. Pembeli sedia ada. Hubungi segera jika ada.

Isnin, 18 April 2011

Gambaran hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak2nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Ahad, 17 April 2011

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Serangan Asid

Selasa Mac 29, 2011 

KUALA LUMPUR: Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian serangan cecair kimia di Bangsar dan Jalan Sultan Abdul Samad baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, setakat ini, tangkapan belum dilakukan memandangkan tidak ada bukti atau saksi yang tampil menyalurkan maklumat berhubung insiden itu.

"Saya yakin pasti ada individu yang melihat kejadian tersebut memandangkan kedua-dua kejadian berlaku di lokasi awam, justeru, kita minta saksi agar tampil memberikan maklumat kepada polis.
"Sehingga kini, belum ada lagi suspek yang dikenal pasti dan kesemua mangsa sendiri tidak dapat membantu banyak kerana mereka sendiri masih trauma dan hilang fokus akibat kejadian yang menimpa," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Pada 24 Mac lalu, Eksekutif Pemasaran Ruhainah Husin, 30, melecur di muka dan bahu selepas disimbah sejenis cecair kimia di depan sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Bangsar manakala rakan sekerjanya cedera ringan.
Esoknya, seorang guru cedera selepas disimbah cecair yang sama di luar sebuah sekolah rendah berhampiran Jalan Sultan Abdul Samad di sini pada jam 7 pagi oleh dua lelaki bermotosikal.

Ditanya sama ada kedua-dua kejadian dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama, Wan Abdul Bari berkata, perkara itu tidak dapat disahkan kerana sasaran dan lokasi yang berlainan.
Selain itu, katanya, motif serangan kedua-dua insiden juga tidak dapat dipastikan.
Menurutnya, pada tahun ini sahaja sebanyak 10 kes serangan cecair kimia dilaporkan di sekitar Lembah Klang dan dua daripadanya berlaku di daerah Brickfields.

"Rondaan dan kawalan, terutamanya di sekolah-sekolah dan kawasan-kawasan lain, dipertingkatkan dan kita minta orang awam, jika terlihat individu yang mencurigakan, agar menghubungi mana-mana balai polis atau IPD (Ibu pejabat Polis Daerah) Brickfields di talian 03-90516222 atau 03-90571086 dengan segera," katanya.

Nota kaki: mungkin berita ni dah agak lama, tapi suka saya ingatkan para wanita di luar sana, berhati-hatilah selalu agar tidak menjadi mangsa manusia laknat yang suka melihat orang lain menderita atas perbuatan mereka. Harap sangat pihak polis segera bertindak dan menangkat penjahat tu.