Isnin, 14 Februari 2011

Tomyam Ayam



Bahan-bahan ;
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
1 peket pes tomyam adabi
2 pokok sawi-dipotong (nak bubuh carrot,bunga kobis, putik jagung pun boleh)
5 biji cili kering-dikisar
2 biji tomato-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 cm halia-dikisar
2 batang serai-diketuk
1cm lengkuas-diketuk
2 biji cili padi-diketuk (kalau nak lebih pedas boleh taruh lebih)
1 biji bawang besar-dihiris
1/2 biji limau nipis-perah ambil jus
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
6 helai daun limau purut-dicarikkan
Minyak utk menumis
Air bergantung pada kuah yang dikehendaki

Caranya ;
-Panaskan minyak, tumis bahan kisar, lengkuas dan serai sehingga bau wangi
-Masukkan pes tomyam adabi , kacau dan masukkan air
-Kacau, masukkan ayam, gula dan garam
-Bila mendidih masukkan jus limau nipis dan daun limau purut
-Masukkan sawi ,hirisan bawang besar,cili padi , kacau dan bila dah secukup rasa bolehlah tutup api


nota kaki : Nak makan dengan mee maggi, mee kuning,bihun atau kuetiaw pun boleh. Saya boh sawi sebab sayuran yang biasa yang ada dlm ramuan tomyam takde, tinggal sawi jer dlm peti ais.....so boh sawi jelah....huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan