Selasa, 15 Februari 2011

Shah Rukh Khan ke Langkawi pula

Selasa, 15 Februari 2011

KEDATANGAN artis Bollywood atau Hollywood menjalani penggambaran filem di negara kita memang sudah biasa kita dengar. Tapi sejak akhir-akhir ini SS rasa agak jarang juga berbanding sebelum ini.
Kalau sebelum ini memang banyak juga terutama lakonan Shah Rukh Khan hingga dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka kerana sumbangan besarnya mempromosikan negeri bersejarah itu di mata dunia melalui filem Don.

Walaupun menerima pelbagai maklum balas daripada peminat dan pengkritik dunia seni, namun gelaran berkenaan sememangnya membuka lembaran baru bagi hero filem My Name Is Khan itu.
Tidak dinafikan populariti pelakon, pengarah dan penerbit itu menjadi ikutan kebanyakan peminat di negara kelahirannya India termasuk seluruh dunia. Secara tidak langsung, penganugerahan berkenaan memperkenalkan Melaka di India. SS pasti memang ramai peminat filem dari Bollywood kerana penceritaan, lagu dan barisan pelakonnya yang meninggalkan impak tersendiri bagi penonton. Seperti selebriti lain, SS percaya kunjungan selebriti antarabangsa termasuk dari Bollywood cukup dinanti-nantikan masyarakat tempatan. Masing-masing turut menantikan peluang melihat lebih dekat bintang pujaan mereka.

Kini, Shah Rukh kembali ke Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya, Don 2, sekuel filem yang popular pada 2006. Bintang kacak itu tiba di Kuala Lumpur kelmarin bersama Priyanka Chopra dan 60 orang kru filem berkenaan. SS dengar, bintang kacak tanah air, Adi Putra juga turut berlakon.

Lebih menggembirakan, Shah Rukh tidak hanya menjalani penggambaran di negara bersejarah Melaka, malah pulau legenda Langkawi juga bakal menyambut ketibaan Shah Rukh pada Sabtu ini selepas selesai penggambaran di Melaka.

SS difahamkan oleh rakan yang kini bercuti di Langkawi, berita ketibaan Shah Rukh di pulau itu sudah menjadi buah mulut penduduk Langkawi sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, bukan Shah Rukh saja malah bersama dua lagi bintang hebat, Amitabh Bachchan dan aktres jelita, Rani Mukherjee. Hotel lima bintang yang terkenal di Tanjung Rhu dikatakan menjadi pilihan bintang Bollywood ini sepanjang berada di Langkawi. SS tidak pasti pula berapa lama mereka berada di sana. Tentunya ramai orang Langkawi ingin mengambil peluang melihat lebih dekat pelakon pujaan mereka itu dan berharap mereka tidak menghampakan harapan penduduk Langkawi. Maklumlah, ketika sibuk menjalani penggambaran, mereka tidak suka diganggu tapi kalau sedang berjalan-jalan di pulau itu, apa salahnya kan.


Sumber : metro hiburan

nota kaki : Hmm...betul ka ramai orang langkawi yang dok pi tunggu ....???
Kalau saya..hmm tak kuasa aih nak p berjemoq tengah panas semata-mata nak tengok shah rukh khan ni....setakat minat camtu jer cukup lah....Jangankan artis hindustan, artis malaysia yang tahap DIVA pun tak ingin saya nak tunggu semata-mata nak menatap mereka...huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan