Khamis, 17 Februari 2011

Mahligai pendatang

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

HILANG...Azhari menunjukkan alat penghawa dingin pejabatnya yang dicuri.

AMPANG: Sekurang-kurangnya empat rumah kedai dikenal pasti diubah suai menjadi tempat kediaman warga asing secara haram bagi mengaut keuntungan atas angin berikutan kadar sewa yang dikenakan pemiliknya mencecah RM2,000 setiap lot.
Pemilik kedai, Azhari Yaacob, 34, berkata dia hairan bagaimana pemilik rumah kedai di Taman Putra, di sini, sewenang-wenangnya mengubah suai premis mereka kepada rumah sewa sedangkan ia disediakan bagi tujuan komersial.

Katanya, tindakan itu bukan saja menimbulkan kekeliruan, malah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku termasuk peningkatan kes jenayah ragut dan pecah rumah.
“Saya hairan kerana lesen yang diberikan bagi menjalankan perniagaan atau pemilik boleh menjadikan tingkat atas sebagai pejabat operasi mereka saja.

“Pemilik lot terbabit berani bertindak demikian kerana tiada pemantauan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Katanya, setiap lot rumah terbabit diubah suai dengan menggunakan papan penghadang yang memuatkan 10 bilik kecil manakala kadar sewanya kira-kira RM200 sebilik.

BERTABURAN...Azahari menunjukkan coli dan seluar dalam wanita yang ditemui
 di bumbung rumah kedai.

“Kebanyakan penghuni warga asing yang menyewa di situ terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.

“Bermula dengan satu lot kini jumlahnya semakin bertambah, sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai penempatan ‘rasmi’ mereka,” katanya yang memberitahu kadar sewa asal RM1,000 hingga RM1,200.

Menurut Azhari, tambah membimbangkan apabila kehadiran warga asing itu menyebabkan berlakunya peningkatan kadar jenayah di kawasan berkenaan.

“Sudah empat kali pejabat saya dipecah masuk. Baru-baru ini, berlaku lagi, malah pelbagai peralatan dicuri seperti tiga set komputer dan satu laptop termasuk wang RM100,” katanya.

Selain itu, katanya, kehadiran mereka juga menyebabkan perniagaan warga tempatan terjejas teruk apabila mereka semakin monopoli aktiviti perniagaan termasuk di pusat beli-belah berhampiran.

Lebih menjijikkan, mereka turut menjadikan bahagian bumbung rumah kedai itu sebagai tempat melepaskan nafsu kerana atap rumah terbabit lapang tanpa halangan.

Tinjauan Metroplus di kawasan itu menemui pakaian dalam wanita bertaburan di bumbung rumah kedai dan disyaki dijadikan sebagai jalan pintas untuk memadu asmara.


nota kaki : Apa nak heran, seperti yang kita semua tau..sebenarnya secara umumnya MALAYSIA adalah SYURGA PENDATANG....semua warga asing boleh didapati di Malaysia ni. Yang sadisnya warga asing yang besepah kat Malaysia ni kebanyakkannya yang tiada pendidikan, pembawa penyakit ,tak bertamadun serta banyak gak jadi samseng kat MALAYSIA ni....

Kerajaan Malaysia memang suka bawa masuk segala mak nenek warga asing ke negara kita...maklumlah kita  kan 1 MALAYSIA .....

Hmm...apsal aku rasa cakap tak serupa bikin ni?....Alamak baru teringat aku sendiri sekarang terpaksa berjiran ngan Indon a.k.a boyan!!!!....hari2 terpaksa mendengar puak-puak boyan ni berborak dengan bahasa boyan mereka. Cakap berdegar-degar macam dah kampung mereka dah kat Segambut ni.....rasa macam nak bom jer tuan rumah sewa tu...yang ko pegi bagi indon sewa rumah tu buat per??? 

Siaplah Malaysia nanti, dah lah hampir seluruh Segambut ni dipenuhi ngan boyan...sekarang ni pun penuh ngan bohjan dan bohsia keturunan boyan..... 

Oklah to be continue...kalau citer pasal warga asing ni memang berjela-jela...huhu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan