Alkisahnya pagi ahad semalam barulah saya berpeluang berlatih kereta sendiri dengan suami...hehehe...
Sebenarnya dah 2 minggu suami saya belikan kereta untuk saya, tapi tak berpeluang nak bawa kereta tu sebab suami sibuk. Selalu kalau bawa kereta saya tu, saya dok sebelah jer...huhu...
Ingat lagi dulu saya ada bagitau nak test kereta?...Alhamdulillah lulus juga setelah 2 kali test kereta..hahaha..
Lesen kereta dah dapat sebelum puasa lepas lagi, tapi lepas lulus tu , cuma bawa 2-3 kali jer kereta suami ( tu pun suami kena dok sebelah).
Memang kena berleter gak ngan suami semalam masa dia dok ajar tu...dia bagi markah 60% jer....wakaka...
Lagi satu masa dah lulus lesen kereta dulu pun, suami dah bagitau awal-awal yang saya perlu naik keta ngan suami sebanyak 30 kali dulu dengan dia dok sebelah saya untuk lulus kereta dengan dia...Haa amek kau!!..kena test ngan cik abang lak lepas lulus ngan JPJ...huhu...
Selepas cukup 30 kali test bawa keta ngan hubby, barulah dia bagi saya bawa keta sorang2 dan bawa anak2 sekali di jalan raya. Sekarang ni baru 2 kali bawa keta secara rasmi di jalan raya ( ada lak rasmi tak rasmi yer...hehe). Maksudnya yang sebelum2 ni ada gak bawa keta suami tu, tapi tak dikira lak sebab bawa sekejap jer tak sampai 1 jam. Yang rasmi ni kira bawa di jalan raya serta cara2 `reverse` keta, memotong di jalan raya, cara nak berhenti di bahu jalan raya dan sebagainya. Kiranya masa yang diambil dalam 3 jam jugalah di jalan raya, kawasan perumahan, kawasan kilang, kawasan jalan kecil, kawasan berlopak (cara nak elak lopak masa ada kereta depan dan belakang) dan banyak lagilah. Memang teliti hubby saya ni dan tegas oooo.. bila ajar keta ni...huhu....
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan