Selasa, 25 Januari 2011

Petua tradisional untuk diketahui dan diamalkan.

1.Bawang Putih Penawar Batuk dan Lelah
*Bakar dua atau tiga ulas bawang putih tanpa dibuang kulit sampai kekuningan. Buang kulit dan amalkan memakan bawang putih untuk hilangkan batuk dan lelah

2.Kain Batik Tidak Luntur
*Agar kain batik tidak luntur warnanya, ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas masukkan kain batik dan rendam semalaman. Selepas itu, cuci seperti biasa.

3.Menghilangkan Bengkak Payudara
*Bagi ibu yang baru melahirkan anak, ambil 10 hingga15 daun keledek. Tumbukkan daun tersebut hingga lumat dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan di sekitar payudara dan insya Allah, bengkak akan berkurangan.

4.Lengkuas Ubat Kurap
*Ambil sebuku lengkuas muda dan bersihkan sebelum ditumbuk halus. Campurkan dengan asam jawa dan gaul hingga sebati. Sapukan campuran tersebut pada kurap dan lakukan sekali sehari.

5.Kilatkan Kuku
*Ambil sebiji buah belimbing buluh dan gosokkan pada kuku. Insya Allah kuku anda akan kelihatan lebih berseri-seri.

6.Menghilangkan Jerawat
*Rendam sedikit daun pudina,daun teh,bunga melati,daun cempedak dan beras semalaman. Kemudian giling hingga lumat. Sapu gilingan tadi pada bahagian berjerawat. Biar sebentar baru dicuci dengan air bersih. Lakukan setiap hari. Jika kulit berminyak sapu sebelum tidur malam dan bilas keesokan hari.

7.Hilangkan Tompok-Tompok Hitam
*Gosok seluruh muka dengan kulit pisang emas ranum terutama pada bahagian bertompok hitam 5 minit. Kemudian bancuh telur putih bersama tepung gandum hingga rata. Sapu bancuhan pada seluruh muka dan biar 15 minit baru dicuci dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.

8.Awet Muda
*Jika ingin sentiasa awet muda, cuba minum air perahan ibu kunyit yang dimasak mendidih bersama air asam jawa dan gula merah hingga menjadi segelas sahaja. Minum ramuan ini setiap hari.

9.Menanggalkan Daki di Badan
*Untuk membersih dan melembutkan kulit badan, cuba bancuh dua camca besar tepung kacang hijau bersama dua camca besar tepung kacang kuda. Jangan terlalu cair,l umurkan bancuhan pada seluruh badan dan biar sebentar. Apabila separuh kering baru digosok supaya daki pada seluruh badan tanggal. Lakukan setiap kali sebelum mandi. Pasti kulit akan terasa segar dan bersih.

10.Melebatkan Rambut
*Perah sebiji kelapa parut bersama sedikit asam jawa dan sedikit air. Ambil semangkuk santan pekat dan bancuh bersama sebiji putih telur. Apabila sebati masukkan sebiji air limau nipis. Kacau rata dan sapu bancuhan pada seluruh kepala. Ketika menyapu bancuhan hendaklah dipicit kulit kepala supaya meresap. Biar 2 jam baru dicuci bersih. Lakukan sebulan sekali.

11.Hapuskan Jeragat
*Ambil biji betik muda dalam anggaran 5 biji, sedikit beras, 3cm kunyit hidup dan kulit kayu manis. Rendam kesemua bahan ini selama satu minggu, kemudian ditumbuk dan dijadikan bedak sejuk. Sapu ke muka selepas mandi. Insya Allah pasti merasai perubahannya.

12.Menegangkan Kulit Muka
*Tumbuk halus sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Sapukan 2 kali seminggu pada muka dan leher sebelum tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan