Jumaat, 28 Januari 2011

Kes Denggi Menurun, Indeks Pembiakan Aedes Masih Tinggi

 
KUALA LUMPUR: Kes demam denggi sepanjang minggu lepas turun 18 peratus dengan hanya 489 kes dilaporkan berbanding 596 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata indeks pembiakan nyamuk Aedes bagaimanapun masih tinggi, di mana daripada 111 lokaliti yang dipantau, 228 premis didapati positif dengan 507 tempat pembiakan nyamuk Aedes ditemui.

Beliau berkata jumlah terkumpul kes demam denggi sehingga Sabtu lepas ialah 1,606 kes, iaitu penurunan 47 peratus atau 1,424 kes berbanding 3,030 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu bagi penyakit Chikungunya pula tiada kes baru dilaporkan sepanjang minggu lepas.
"Jumlah terkumpul kes itu ialah dua, penurunan 99 peratus atau 209 kes berbanding 211 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, " katanya. - BERNAMA

Sumber : mstar berita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan