Sabtu, 12 Februari 2011

Kuih Keria

Siap untuk digoreng

Selepas goreng 

Dah siap disira dan bolehlah dimakan (sorry tak berapa nak menarik...huhu)


Bahan-bahan;
1 kilo keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan air
Minyak menggoreng

Cara membuatnya;
-Kupas kulit dan rebus keledek sehingga empuk bersama sedikit garam
-Setelah masak angkat, toskan kemudian dilenyek hingga hancur
-Uli keledek bersama tepung gandum sehingga sebati (jika adunan lembik boleh lebihkan tepung bergantung kpd jenis keledek)
-Bulat-bulatkan kuih tersebut dan buatkan lubang ditengahnya, goreng sehingga kekuningan
-Setelah masak ketepikan
-Masak gula bersama air sehingga pekat dan likat (berbuih-buih) dan sira semua kuih keria
-Gaul sehingga sebati dan menjadi keras keputihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan