Rabu, 18 Januari 2012

Rumah Double Storey Bukit Beruntung Untuk Dijual

Salam...
Rumah teres double storey untuk dijual di Bukit Beruntung Seksyen BB7 

Harga : RM190K

Butirannya:

Rumah dijaga elok dan sekarang ada penyewa
Keluasan : 20 X 70
Bilik : 4 
bilik air: 2

Leasehold : 99 tahun
Non Bumi Lot
ruang tamu telah buat plaster ceiling
dapur ada table top konkrit
bilik air tingkat atas, mozek lantai telah ditukar semuanya
Belakang rumah : ada tanah 10 kaki lagi (semuanya telah disimen)
Parking : Muat 2 biji kereta
Lokasi : 5 km dari tol bukit beruntung
Kemudahan lain:
-dekat dengan sekolah kebangsaan bukit beruntung 2 (jalan kaki 2-3 minit sahaja)
-selang sebuah rumah ada taska
-masjid 1.5km dari rumah
-surau 100 meter dari rumah
-TESCO 1 km dari rumah
-Petronas 1 km dari rumah
-dekat dengan bandar dan banyak kedai makan 
-dekat dengan pasar malam
Kawasan majoriti penduduk melayu
kawasan yang tenang 

Berminat sila call atau sms atau email untuk temujanji lihat rumah.
012-9762351 

Selasa, 10 Januari 2012

Persoalan Agama : Besar Fadilat tunai solat dhuha



Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik

SAYA hendak kepastian mengenai solat dhuha. Bilakah waktu bermulanya dan bilakah waktu akhir bagi solat dhuha? Saya ada mendengar orang mengatakan solat dhuha ini lapan rakaat dan ada yang dua rakaat. Berapakah sebenarnya rakaat solat dhuha dan apakah surah yang dibaca dalam solat itu? Harap dapat disebut dalilnya. HAJI RAMLI, Kuantan, Pahang. 



BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”

Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:

“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.

Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”

Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.

Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”

Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”

Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).

Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga. Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah. Demikianlah, wallahualam.



Sumber: berita harian

Sabtu, 7 Januari 2012

Selamat menyambut tahun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nampaknya dah 7 hari kita berada di tahun baru 2012 yer...kejap saja masa berlalu, begitu pantas sekali.

Begitu jugalah dengan usia kita ni kan...hehe...makin meningkat.

Berbalik pada tahun baru ni pastinya semuanya ada azam tahun baru kan...macam2 planning dan angan-angan yang ingin dicapai. Semoga semuanya berjalan dengan sebaiknya dan lancar okey....

Walau apa juga dugaan dan halangan yang tiba nanti, kita hadapinya dengan tenang dan berusaha mencari punca penyelesaiannya.


Yang pasti selain berusaha kita jangan lupa beribadat dan memohon padaNYA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, PENGASIH,PENGAMPUN, PENGURNIA DAN MAHA AGONG.


Oklah sempena tahun baru ni saya nak utarakan dan meluahkan isi hati saya pada sesetengah orang melayu kita  ni....jom baca dan sama2 memahami dan janganlah kita  amalkan sikap dan sifat yang tak baik macam kenyataan saya kat bawah ni:-

Kenapalah orang melayu ada yang suka berdengki dan tak boleh tengok orang lain lebih dari mereka???
Sepatutnya kita patut tumpang bersyukur dan saling bekerjasama untuk memperolehi rezeki yang berkat serta sama-sama menaikkan taraf kehidupan dan ekonomi orang melayu. Dengan cara ini barulah kita boleh sama-sama bersaing dengan bangsa lain.


Rabu, 28 Disember 2011

Warga asing banjiri tempat awam merimaskan



Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my
2011/12/28


KUALA LUMPUR: Kehadiran puluhan warga asing dari pelbagai negara seperti Afrika, Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang melepak di sekitar Puduraya setiap hari tanpa mengira waktu, bukan saja merimaskan orang ramai, malah menakutkan warga tempatan terutama wanita yang bekerja atau berkunjung ke kawasan berkenaan.

Tinjauan Berita Harian kelmarin mendapati warga asing membanjiri kawasan sekitar Kotaraya dan Puduraya tanpa sebarang aktiviti dan berkumpul di kawasan tumpuan awam sehingga menyebabkan warga tempatan pula berasa seperti berada di negara asing.



Pekerja kedai serbaneka beroperasi 24 jam, Aisyah Yunus, 23, berkata kebanyakan warga asing berkenaan terutama dari Afrika dan Bangladesh gemar menghabiskan masa dengan melepak di depan kedai tempatnya bekerja bermula petang hingga dinihari, menyebabkan beliau takut kerana sering diusik.
Paling menyakitkan hati apabila warga asing ini berani mengusik wanita tempatan tanpa segan silu termasuk ibu yang membawa anak - Maryam Adnan, pelancong.
Beliau berkata, kehadiran warga asing di situ bukan perkara baru, menyebabkan warga tempatan sendiri takut untuk keluar sendirian.

“Mereka selalu berkumpul beramai-ramai pada Jumaat petang hingga lewat pagi di depan kedai saya bekerja dan sering bergaduh sesama sendiri, menyebabkan saya takut terutama apabila terpaksa bekerja sehingga lewat pagi.

“Warga asing dari Bangladesh dan Afrika paling ramai di sini. Ada sesetengahnya cuba berkomunikasi dengan saya dalam bahasa mereka tetapi apabila saya tidak memahaminya, mereka akan memarahi saya.

“Sebagai wanita, memang menakutkan apabila saya terpaksa berdepan situasi ini dan berharap pihak berkuasa bertindak menyekat mereka daripada berkumpul beramai-ramai sehingga lewat pagi,” katanya.
Maryam Adnan, 32, yang baru tiba untuk menghabiskan cuti umum di sini, turut melahirkan rasa terkejut dengan kehadiran warga asing yang ramai di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak selamat kepada warga tempatan.

“Saya tidak sangka pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur dipenuhi warga asing sehingga menyebabkan saya pula terasa seperti berada di Bangladesh. Kehadiran mereka yang melepak secara berkumpulan di bawah pokok, kawasan lapang dan tempat meletak kereta memang cukup menggerunkan.

“Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak selesa dengan kehadiran mereka yang gemar merenung golongan wanita dan cuba bercakap dalam bahasa tidak difahami. Saya rasa tiada jaminan keselamatan apabila wanita seperti saya keluar berjalan-jalan di sini,” katanya.

Sehubungan itu, Maryam mahu pihak berkuasa seperti polis termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tindakan sewajarnya termasuk memantau kehadiran warga asing di tengah bandaraya demi keselamatan warga tempatan.

“Paling menyakitkan hati apabila warga asing ini berani mengusik wanita tempatan tanpa segan silu termasuk ibu yang membawa anak.

“Jadi, rondaan lebih kerap serta pemeriksaan dokumen perjalanan mereka wajar dilakukan, selain mengenakan peraturan tidak membenarkan mereka berkumpul di tempat awam,” katanya.


sumber: http://www.bharian.com.

p/s: apa nak buat kerajaan malaysia memang suka bawa masuk segala jenis mak nenek warga asing kat Malaysia ni....

Sabtu, 10 Disember 2011

Sorry adik , ibu lupa wish besday

Assalamualaikum...

Hmmm macam biasa tak sempat nak updated blog...

Sampaikan hari ulang tahun kelahiran anak bongsu pun tak sempat nak wish dalam my blog ni..huhu

Sorry yer `adik montel` ibu tu...

Pada 27/11//2011 hari ahad bulan lepas genaplah 2 tahun anak bongsu saya....anak pompuan yang manja dan cerdik...hehehe


Rabu, 16 November 2011

Selamat Hari Lahir Angah

Hari ni tanggal 16/11/2011 bersamaan 20 Zulhijjah 1432 genap umur anak saya yang kedua 9 tahun.

Setakat ni memang belum buat apa2 sambutan lagi kat dorang berdua ni, alang  (pada 11/11/2011) dan hari ni angah pula. Tunggu hari lahir adik dorang yang bongsu pada 27/11/2011 ni baru nak buat sambutan sekaligus.

Tiga orang anak lahir pada bulan november...cuma anak sulung jer (along) lahir pada bulan jun (sama bulan ngan ayah dia...huhu).

Selamat Hari lahir Angah, semoga menjadi anak yang solehah, beriman, berjaya dalam bidang yang diceburi , dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur olehNYA..AMIN YA ROBBIL ALAMIN.

Selasa, 15 November 2011

Selamat Hari Lahir MAK

Hari ni hari lahir Mak saya....selamat hari lahir mak, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dijauhkan segala penyakit , dimurahkan rezeki, diperbanyakkan amal ibadat dan dipanjangkan umur olehNYA...amin.

Jumaat, 11 November 2011

Bulan November ni banyak yang sambut hari lahir dalam my family

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kek tahun lepas punya...ulang tayang..hehe...

Nampaknya dalam bulan ni, memang banyak yang sambut hari lahir dalam keluarga saya...

Alhamdulillah dikurniakan tubuh badan yang sihat dan umur yang panjang oleh ALLAH YANG MAHA ESA, sangat bersyukur dan insaf atas NIKMATNYA...AMIN YA ROBBIL ALAMIN.

Anak2 saya jer ada 3 orang yang semuanya lahir bulan November ni...memang selalu sambut sekaligus dorang bertiga ni...senang sikit...hehe...

Hari ni Jumaat, bertarikh 11 / 11 / 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432 genaplah umur anak lelaki saya yang sorang tu 7 tahun.  Muhamad Hasnul Fitri namanya anak saya yang sorang jer `hero` ni....yang lelain semua anak dara...hehe
Selamat Hari Lahir Alang, Ibu doakan Alang jadi anak yang soleh,beriman dan taat pada perintah ALLAH YANG ESA, patuh dan selalu dengar cakap ibu dan ayah serta menjadi insan yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi....AMIN YA ROBBIL ALAMIN.


Ada lagi 2 orang anak saya yang juga bakal menyambut hari lahir pada bulan November ni iaitu Angah akan genap umur 9 tahun pada 16 / 11 / 2011 (kakak pada Alang) dan anak yang bongsu yang kami sekeluarga gelarkan `si montel` ataupun adik akan genap umur 2 tahun pada 27 / 11 / 2011 nanti.

Meriahlah setiap kali sambutan hari lahir mereka bertiga ni. Kalau balik kampung selalunya kami akan buat sekali sambutan dengan tok dorang ( mak saya) dan pak sedara dorang (adik lelaki saya) yang juga sambut hari lahir pada bulan November ni. 

Khamis, 3 November 2011

Tips Untuk Kurus

Paling penting cuba amalkan macam kat bawah:-

1. Kurangkan  makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah jogging atau berenang.

Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;

1.Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.

2.Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.

3.Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

4.Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

5.Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

6.Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

7.Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

8. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

9.Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

10. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

11. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet .

12. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

13. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

14. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

15. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

16. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

17. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

18. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.

19. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

20. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

21. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

22. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.

Isnin, 31 Oktober 2011

Siakap Masam Manis

Bahan - bahan:
1 ekor Ikan siakap (saya buat separuh jer)
1 biji Bawang besar-dipotong dadu
2 ulas Bawang putih-dipotong dadu
1 tangkai cili merah - dihiris nipis-nipis
1 biji Timun - dipotong dadu
1 biji Nenas Kecil-dipotong dadu
1 biji Tomato-dipotong dadu
3 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar Sos cili

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kering yang ditumbuk atau cili boh
50ml Air
1 sudu kecil Air limau nipis
minyak masak
sedikit garam
sedikit gula
sedikit kunyit
*bagi yang nak taruk ajinomoto pun boleh( saya tak guna)

Cara menyediakan:
1. Ikan dibuang perutnya dan dibersihkan.
2. Keringkan ikan dan gaulkan dengan garam dan kunyit, perap selama 15minit.
3. Goreng ikan sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. Ketepikan.
4. Tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan.
5. Kemudian, masukkan semua sos,cili kering yang ditumbuk,air limau nipis dan air. Kacau sehingga mendidih.
6. Setelah cukup pekat, masukkan cili merah dan bahan yang telah dipotong tadi.
7. Angkat dan tuang diatas ikan sehingga rata.
8. Sedia dihidangkan.
* utk hiasan boleh taburkan hirisan daun sup.

Isnin, 24 Oktober 2011

Katakan` tidak` pada mi segera atau maggi


136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalammi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atasmenunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut MajlisPengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlahlemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada hadpengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?

Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate:Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci),bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas,penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycolelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane:

Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.Pewarna tiruan(contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Selasa, 18 Oktober 2011

Tanda-tanda Kecil Kiamat

Kontraktor ubahsuai rumah

Hai semua...

Ok buat sesiapa yang dok tengah cari kontraktor nak buat rumah atau ubahsuai rumah tu boleh lah call atau email saya.

Saya ada kenal kontraktor cina yang memang pakar dalam ubasuai dan buat rumah ni. Dia ni memang banyak buat projek rumah-rumah mewah.

Berminat contact saya k....

Ahad, 16 Oktober 2011

Salam semua

Salam semua.....

Nampaknya dah lama tak sempat update blog yang terbiar sepi ni..huhu

Maaflah selain sibuk berbisnes sekarang ni sibuk juga dok berdiet dan bersenam..almaklumlah lepas raya dulu berat badan bagai dipam-pam makin bertambah kilogram....huhu...

Tapi sib baik lah tersedar awal dah telah mengambil langkah2 yang sepatutnya untuk mebuang kembali lemak-lemak di tubuh yang makin nak bermaharajalela tu...

Selasa, 20 September 2011

Honda City 1.5 VTEC auto Facelift TIPTOP 2007

Honda City 1.5 VTEC auto Facelift TIPTOP 2007 ---> RM58,900.00

Reg. year: 2007
Mileage: 70 000 - 74 999
Transmission: Auto
Engine Capacity: 1500 cc
Accessories: Solar Film, CD Player, Airbag driver, Airbag passenger, ABS Brakes, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering

V-TEC
~1 Careful owner
~Original paint until now
~100% acc free
~maintain service
~very careful owner use..
~very low milleage
~engine and car very well maintain by owner
~clean and good interior
~sport rim
~air-bag
~full loan

TIP TOP CONDITION
NO NEED REPAIR

Perodua Kancil 850 Auto 04 Fuel Injection 2004

Perodua Kancil 850 Auto 04 Fuel Injection 2004--->RM17,200.00
Accessories: CD Player, Sport rims, Alarm
Engine Capacity: 850 cc
-Tip Top Condition
-100% Accident Free
-Clean Interior
-Metalic Silver
-Well Maintained
-Sport Rims
-One Careful Lady Owner
-No Need Repair
Accept Trade In

Sabtu, 17 September 2011

Perodua Kancil 850 EZi Auto Twincam Fuel injection 2006 RM17500K

Perodua Kancil 850 EZi Auto Twincam Fuel injection 2006 ---> RM17,500.00







Accessories: Solar Film, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering
Engine Capacity: 850 cc
--1 careful Ladys owner
--All original
--Enjin Injection & Twin Cam
--Enjin Gear Box Tiptop
--Paint Original (nothing paint before)
--Guarantee Acc-Free
--Tip Top condition
--Very Clean Interior
--Like new
--No need repair
--Very careful owner
--Low mileage
--service in PERODUA
--See to believe
--Trade In Welcome

Berminat sila call atau sms untuk temujanji lihat kereta : 012-9762351
Serius buyer sahaja ok...

Bagi yang nak cari keta lain, blh bagitau nak keta apa, insyaallah saya cuba cari....

Jumaat, 9 September 2011

Gamat Asli Langkawi Terbaru



Ada menjual gamat kering dari langkawi yang belum diproses. Bagus utk proses penyembuhan dalaman dan pelbagai khasiat. Gamat kering ni selepas dikeringkan ianya sebesar ibu jari tangan kita (maksudnya lebih besar dari gamat kering yang saya jual terdahulu, sila rujuk fotopages saya ;- )

Bagi yang tengah mencari gamat kering utk rawatan secara tradisional boleh order dan call saya.

Banyak khasiatnya, antaranya:
1.utk proses penyembuhan luka dalaman bagi yang lepas pembedahan.
2.utk wanita lepas bersalin, direbus dan dibuat sup gamat.
3.utk. tambah tenaga bagi lelaki dan wanita.
4.serta banyak lagi khasiatnya...

MAKLUMAN :-
SEBUNGKUS ADA 4 EKOR GAMAT KERING = RM54.00

CAJ POSLAJU=
SM:RM6.00
SS:RM8.00
SINGAPORE DAN BRUNEI : RM25.00
LAIN-LAIN NEGARA: SILA MAKLUMAN PADA SAYA NANTI SAYA BERITAHU KOSNYA

Khamis, 8 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum semua...

Rasanya kita ni masih lagi dalam suasana hari raya kan..maklumlah masih lagi di bulan Syawal kan...

Jadi sempena tu saya nak amek kesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya,mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis dalam blog saya ni dan juga buat semua para pelanggan saya.

Tanpa anda semua, siapalah saya yang berniaga kecil-kecilan ni yer...huhu

Harap anda semua gembira dan ceria menyambut hari raya bersama keluarga dan anak-anak tercinta.

p/s: Setelah berhari-hari menyambut hari raya dengan menikmati segala macam hidangan yang menambahkan lagi berat badan yang sedia ada ni, tibalah masanya kita pakat start diet semula.

Adehh...pedihnya hati ni bila tengok jarum timbangan berat telah menambah bilangan hampir 2kg pagi ni....fuhhh siksanya nak buang semula kolestrol dan lemak dibadan yang telah ditambah sempena bulan puasa dan hari raya ni...

Jenuh lah nak kena g jogging ni....huhuhu....

Selasa, 2 Ogos 2011

Apartment Untuk dijual

Apartment untuk dijual segera!!!
Lokasi adalah di port Dickson, sila lihat butiran dibawah;-










APARTMENT DI TIARA BEACH RESORT,PORT DICKSON

Property Type: Apartment
Tenure : Freehold
Title Type : Strata
Built-up: 615 sq.ft.
Asking Price : RM160,000.00 (nego sampai jadi)
Bedrooms : 2
Bathrooms : 2
Unit Type : Intermediate
Furnishing : Fully Furnished
Facilities : Barbecue Area, Business Centre, Cafeteria, Club House, Covered Parking, Gymnasium, Jacuzzi, Jogging Track, Mini Market, Playground, Sauna, Swimming Pool, Wading Pool

Berminat, sila email atau call saya segera untuk temujanji.

tel: 012-9762351
email: adhz_permata@yahoo.com
Hanya serius buyer sahaja, dikehendaki