Isnin, 31 Oktober 2011

Siakap Masam Manis

Bahan - bahan:
1 ekor Ikan siakap (saya buat separuh jer)
1 biji Bawang besar-dipotong dadu
2 ulas Bawang putih-dipotong dadu
1 tangkai cili merah - dihiris nipis-nipis
1 biji Timun - dipotong dadu
1 biji Nenas Kecil-dipotong dadu
1 biji Tomato-dipotong dadu
3 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar Sos cili

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kering yang ditumbuk atau cili boh
50ml Air
1 sudu kecil Air limau nipis
minyak masak
sedikit garam
sedikit gula
sedikit kunyit
*bagi yang nak taruk ajinomoto pun boleh( saya tak guna)

Cara menyediakan:
1. Ikan dibuang perutnya dan dibersihkan.
2. Keringkan ikan dan gaulkan dengan garam dan kunyit, perap selama 15minit.
3. Goreng ikan sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. Ketepikan.
4. Tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan.
5. Kemudian, masukkan semua sos,cili kering yang ditumbuk,air limau nipis dan air. Kacau sehingga mendidih.
6. Setelah cukup pekat, masukkan cili merah dan bahan yang telah dipotong tadi.
7. Angkat dan tuang diatas ikan sehingga rata.
8. Sedia dihidangkan.
* utk hiasan boleh taburkan hirisan daun sup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan