Khamis, 8 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum semua...

Rasanya kita ni masih lagi dalam suasana hari raya kan..maklumlah masih lagi di bulan Syawal kan...

Jadi sempena tu saya nak amek kesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya,mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis dalam blog saya ni dan juga buat semua para pelanggan saya.

Tanpa anda semua, siapalah saya yang berniaga kecil-kecilan ni yer...huhu

Harap anda semua gembira dan ceria menyambut hari raya bersama keluarga dan anak-anak tercinta.

p/s: Setelah berhari-hari menyambut hari raya dengan menikmati segala macam hidangan yang menambahkan lagi berat badan yang sedia ada ni, tibalah masanya kita pakat start diet semula.

Adehh...pedihnya hati ni bila tengok jarum timbangan berat telah menambah bilangan hampir 2kg pagi ni....fuhhh siksanya nak buang semula kolestrol dan lemak dibadan yang telah ditambah sempena bulan puasa dan hari raya ni...

Jenuh lah nak kena g jogging ni....huhuhu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan