Kek tahun lepas punya...ulang tayang..hehe...
Nampaknya dalam bulan ni, memang banyak yang sambut hari lahir dalam keluarga saya...
Alhamdulillah dikurniakan tubuh badan yang sihat dan umur yang panjang oleh ALLAH YANG MAHA ESA, sangat bersyukur dan insaf atas NIKMATNYA...AMIN YA ROBBIL ALAMIN.
Anak2 saya jer ada 3 orang yang semuanya lahir bulan November ni...memang selalu sambut sekaligus dorang bertiga ni...senang sikit...hehe...
Hari ni Jumaat, bertarikh 11 / 11 / 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432 genaplah umur anak lelaki saya yang sorang tu 7 tahun. Muhamad Hasnul Fitri namanya anak saya yang sorang jer `hero` ni....yang lelain semua anak dara...hehe
Selamat Hari Lahir Alang, Ibu doakan Alang jadi anak yang soleh,beriman dan taat pada perintah ALLAH YANG ESA, patuh dan selalu dengar cakap ibu dan ayah serta menjadi insan yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi....AMIN YA ROBBIL ALAMIN.
Ada lagi 2 orang anak saya yang juga bakal menyambut hari lahir pada bulan November ni iaitu Angah akan genap umur 9 tahun pada 16 / 11 / 2011 (kakak pada Alang) dan anak yang bongsu yang kami sekeluarga gelarkan `si montel` ataupun adik akan genap umur 2 tahun pada 27 / 11 / 2011 nanti.
Meriahlah setiap kali sambutan hari lahir mereka bertiga ni. Kalau balik kampung selalunya kami akan buat sekali sambutan dengan tok dorang ( mak saya) dan pak sedara dorang (adik lelaki saya) yang juga sambut hari lahir pada bulan November ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan