Paling penting cuba amalkan macam kat bawah:-
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah jogging atau berenang.
Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;
1.Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan
Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan
menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.
2.Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau
Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit
Habis, Badan Tetap sama.
3.Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet
Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah
Lebih Selamat.
4.Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
5.Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu,
Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat
Dapat Membakar Lemak.
6.Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan
Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik
Dalam Masa Yang Singkat.
7.Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada
Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak
Lebih Sekali Dalam Seminggu.
8. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
9.Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau
jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah
minuman yang kurang gula.
10. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .
11.
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan
nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang
berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa
untuk berdiet .
12.
Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi,
didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja
meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
13.
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh
adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan
sedikit lemak.
14.
Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar
dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali
anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan
anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat
catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau
perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga
boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet
anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
15. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa
panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada
untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan
memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
16.
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda
boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak
masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
17.
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan
piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian
baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya
sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan
jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin
menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
18.
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan
itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna.
Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus
dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.
19.
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut
kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin
membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai
makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang
benar-benar memerlukannya.
20.
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan
lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk
permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan
penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil
dan cantik.
21. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
22. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.