Jumaat, 11 Februari 2011

Solat-solat Sunat

1.Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)

Adab Iktikaf:
Membaca Al-Quran, berzikir, shalat, atau duduk diam. Jauhi pada berbual atau apa saja yang bersangkutan dalam hal-hal keduniaan.


Niat Iktikaf
Sahaja aku iktikaf dalam masjid kerana Allah Ta'ala.
Lafaz Niat Solat Sunnat Tahiyat Masjid

"Sahaja aku sembahyang sunnat tahiyat masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


2.Solat Sunat Dhuha

Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :


"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."

3. Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah



"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

4. Solat Sunat Awwabin

Dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya', didahului dengan 2 rakaat sunnat Maghrib dan 2 rakaat sunnat Awwabin, dan 2 rakaat lagi sunnat Awwabin (jumlah 6 rakaat). Sedangkan fadhilah sembahyang sunat 6 rakaat setelah sembahyang maghrib dengan tidak ada bicara di antaranya sama dengan beribadah 12 tahun.

Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Ta'ala
Bersabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'H.R. ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat tersebut : 




"Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."



5.Solat Sunat Tahajjud

Jumlah rakaat solat tidak ada ketentuan yang pasti, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat.
Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala




"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

6. Solat Sunat Hajat

Lafaz Niat Solat Sunnat Hajat
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala



"Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Halim (Tidak segera menurunkan seksa) lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah Tuhan (Yang Memelihara) arash yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Aku memohon kepadaMu kepastian rahmatMu kepastian maghfirahMu, kemenangan dari tiap-tiap kebaikan selamat dari dosa.
(Ya Allah) jangan engkau biarkan diriku berdosa melainkan Engkau ampuni, tiada ada kesusahan melainkan Engkau bukakan jalan keluar dan tiada sesuatu yang Engkau redhai melainkan Engkau luluskan, Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang."
HR Turmuzi dan Ibn Majah.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

7.Solat Tasbih

Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup!

Bacaan tasbih itu ialah :



Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Caranya ialah :
1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.
2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.
3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.
4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.
5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali
6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali
7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.


Doa Sunat Sembahyang Tasbih




"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."




8.Solat Sunat Witir

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Jumlah solat witir itu ialah 11 rakaat, dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Zikir Selepas Solat Witir

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :


Doa Solat Witir



"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


Sumber : perjalanan suci.com

Takde Air Lah Pulak!...

Hari ni, bangun kul 5 pagi tadi...buka paip, air tak kuar...heran gak...apsal tak kuar ni....
Hmmm..dia buat dah..air takde lagi...minggu lepas pun takde air gak....

Adoilah...geram tul!!!..Apa taknya dah ler air dlm bekas takungan abis dikerjakan oleh anak2. Langsung takde tinggal setitik pun air dlm tong besar tu....

Mana nak solat subuh lagi...hmm nampaknya kena tebalkan muka pegi rumah budak bujang kat belakang rumah, tumpang amek air  sembahyang.

Alamatnya anak-anak 3 orang ponteng sekolah lagi hari ni...huhu...Nak tumpang mandi kat rumah bujang tak tergamak sebab hampir semua orang kat area ni semua pakat dok p tumpang situ....sib baiklah rumah bujang ni satu-satunya rumah yang bekalan air tak terputus.

Masa ni mulalah sakit hati tul ngan pihak SYABAS ni...bila call asyik bagi alasan paip pecah kat jalan. Masalahnya minggu lepas kat tempat lain, minggu ni kat tempat lain lak. Pehtu nak repair siaplah kul 4 petang nanti baru siap.

Apsal mudah sangat pecah sana-sini dan kenapa lambat sangat nak repair???
Bil bulanan kemain mahal yang amat....lambat bayar sikit mulalah nak potong. Walhal kalau tukang baca meter terlebih baca(atau buat2 tersilap baca meter), takde lak dorang nak bayar semula kat kita duit yang terlebih tu.

Tahun lepas korang bayangkan, bil air saya kena sampai RM75 sebulan....selama hampir 7-8 bulan. Padahal kami sekeluarga semua kuar bekerja , anak2 lak dok rumah pengasuh. Hari minggu jer baru dok lama kat rumah. Bila komplen, dorang kata ada kebocoran. Tapi bukan kita tak tau, mana ada kebocoran dah check serba serbi pun. Selalu bil air cuma RM30 lebih jer sebulan.

Bila dah 2-3 kali komplen, boleh lak dorang senyap dan yang peliknya sekarang ni boleh lak bil air turun jadi RM43 sebulan. Walhal hari-hari dok rumah (dah tak kerja...huhu).

Memang SYABAS ni menkedarah duit rakyat betul....

Berbalik pada air takde tadi, memanglah seksa dibuatnya. Kena lak anak yang setahun lebih 2 kali lak berak hari ni....korang bayangkanlah. Kakak-kakak dan abangnya yang nak buang air besar terpaksa kena suruh tahan...huhu

Tadi terpaksalah pergi ambil passport ngan tak mandinya...just basuh muka dan gosok gigi jer guna air suam semalam...huhu.

Last-last tadi lepas amek Passport,kami sekeluarga terpaksalah pergi Hentian PLUS Sg.Buloh. Pakat g mandi-manda kat situ...hahaha.....

nota kaki : Agak2 KL ni akan dapat air free cam Selangor tak???

Khamis, 10 Februari 2011

Kuih Lompang



Bahan-bahan:-
½ biji kelapa
1 cawan gula putih
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur
½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat

Cara menyediakan:-
1) Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit.
2) Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata.
3) Tuangkan air gula yang masih panas dan kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan.
4) Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai.
5.Ketika menghidangkannya, taburkan sedikit kelapa parut yang digaul dengan garam di tengah-tengah kuih tersebut.

Ikan Bakar Guna Aluminium Foil

1. Ikan Panggang Ala Portugis

Tengah Bakar

Dah siap...guna ikan kembung jer...

Bahan-bahan kisar ;-
100gm bawang merah
60gm bawang putih
40gm kunyit
2 batang serai
40gm lengkus
15gm belacan
60gm cili kering (direndam dalam air panas)

Bahan lain ;-
500gm ikan dory / ikan pari/ ikan kembung
20gm sos ikan
5gm garam dan bahan perasa
30ml jus limau kasturi
Bendi (potong serong)
Daun pisang
Kertas pembalut aluminium

Cara-caranya:
1.        Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2.        Masukkan garam dan bahan perasa serta jus limau.
3.        Ambil kertas pembalut aluminium dan letakkan daun pisang diatasnya
4.        Letakkan sedikit sos ikan di atas daun pisang kemudian letakkan ikan diatasnya
5.        Tuangkan bahan kisar yang telah ditumis tadi ke separuh atas daun pisang dan separuh lagi atas ikan, 
           letak sedikit sos ikan kemudian taburkan hirisan bendi.
6.        Balut pembalut aluminium dengan rapi bagi mengelakkan udara terkeluar.
7.        Masak diatas dapur arang atau ketuhar selama 15 minit hingga masak.

2. Ikan Bakar


Bahan-bahan :-
1 ekor ikan bawal atau ikan merah -ikan dibersihkan dan dikelar
3 batang serai-ketuk
5 helai daun limau purut
3 sudu besar jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil

Bahan mesin/tumbuk :-
5 biji cili api
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam

Caranya ;-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
3. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
5. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan dalam kuali non-stik pada api paling kecil (sehingga ikkan masak )dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan.
8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini

Allhamdulillah, Semoga Semuanya Berjalan Lancar

Alhamdulillah, hari ni dapat berita baik dari suami. Harapnya semoga semuanya berjalan lancar hendakNYA..AMIN.

Syukur sangat , Ya Allah sememangnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.

Hmmm...rasanya esok macam nak start diet semula...huhu. Dah lama rasanya makan main belasah jer. Asyik bertekad nak diet tapi akhirnya terkantoi sebab nak habiskan makanan anak-anak....(alasan jer tu...huhuhu).

Tak boleh jadi ni, kena ketatkan displin camni....dan kena amalkan semula SD2...dah 2 minggu tak minum coz hari tu balik kampung lupa bawa balik...sampai hari ni masih leka tak minum....

Apapun, esok kena start semula...azam nak turun 3 kg dlm masa sebulan....PASTI BOLEH!!!

nota kaki : nampak gaya nak kena sentiasa update dlm blog ni, menu makan...bukan apa utk ingatkan diri sendiri apa yang telah dimasukkan dalam perut...nak kena seimbang kalori ni...hahaha

Serlahkan bakat atau jual anak?

DUNIA seni kita sekarang semakin dibanjiri oleh ramai pelakon cilik yang tampil dengan pelbagai keistimewaan tersendiri. Ada diantaranya jadi tumpuan kerana selain petah bercakap, muka pula kiut miut sehinggakan ada yang teringin mendapat anak secomel mereka. Malah ada peminat yang sangat fanatik dengan pelakon cilik ini sehinggakan sanggup buat kelab peminat dalam laman Facebook.

Walaupun kurang senang kanak-kanak dijadikan pelakon atau penyanyi, SS tak kisah bakat cilik ini dicungkil asalkan kena dengan gayanya dan tak menjejaskan kehidupan mereka. Mungkin pada pendapat ibu bapa mereka, cara ini boleh membantu mengembangkan minda anak-anaknya. Terserahlah pada penilaian masing-masing.

Yang SS nak sentuh sekarang, apabila berlaku lambakan pelakon cilik, maka jadilah persaingan di kalangan mereka dalam menerima tawaran berlakon. Yang menang pula sudah semestinya pelakon yang comel dan mempunyai bilangan peminat yang ramai. Mungkin itulah kelebihan pelakon cilik ini.

Bagaimanapun kelebihan ini disalah guna oleh ibu bapa kanak-kanak ini. Mula-mulanya mungkin mereka kata hanya mahu mencuba mendedahkan bakat anak-anak mereka, tapi apabila didatangi tawaran demi tawaran, mereka mulalah kelam mata dengan wang dan mula demand harga.

Perkara ini dialami oleh seorang sumber SS yang bekerja dengan sebuah produksi terkenal. Katanya kerana melihat pada populariti seorang pelakon kanak-kanak ini, pihaknya teringin ambil dia berlakon dalam satu produk terbitan mereka. Lalu dia pun menghubungi bapa kanak-kanak ini bagi menyatakan hasrat itu.

Sumber ini ingatkan harga yang diminta munasabah kerana watak yang diberikan bukan besar sangat dan hanya membabitkan beberapa scene. Bagaimanapun dia terkejut apabila bapa kanak-kanak itu meletakkan harga yang agak tinggi dan sukar diterima akal. Apa taknya harga itu setaraf dengan yang diterima oleh pelakon bernama besar dan popular.

Sumber SS ini bukan bekerja dengan syarikat produksi yang kecil tapi sebuah produksi yang memang dikenali dengan drama hebat arahan pengarah popular. Biarpun cuba mengadakan perbincangan lanjut, bapa kanak-kanak tadi tetap bertegas dengan harga yang dimahukan. Akhirnya sumber SS ini enggan melayan dan terus melupakan impian menggunakan khidmat pelakon kanak-kanak itu.

SS percaya bapa pelakon cilik ini alasan tersendiri berbuat demikian. Mungkin dia berasakan populariti anaknya bersifat sementara kerana kita sedia maklum pelakon cilik bersilih ganti dan lama-kelamaan akan dipinggirkan apabila meningkat usia. Jadi sementara boleh, dia tentunya mahu mencari wang untuk simpanan masa depan anaknya.

Sumber : Metro harian hiburan

nota kaki: Kasihan dengan anak2 yang kecil yang hidup mereka dicorakkan oleh mak bapa dorang yang begitu kejarkan glamour dunia dan wang ringgit. Zaman sekarang memang ramai mak pak yang beriya-iya jadikan anak mereka pelakon, penyanyi,penari,pengacara dan sebagainya.

Apapun semoga anak-anak saya tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan beriman dan minta dijauhkan daripada terlibat dengan sebarang pekerjaan seperti diatas...AMIN YA RABIL ALAMIN.

Lelaki Dipercayai Terlibat Dalam Lapan Kes Ragut Ditahan

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang disyaki terlibat dalam lapan kes ragut di sekitar Petaling Jaya, ditahan di Taman Maju Jaya, di sini, Rabu.
Penganggur yang mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dua kes ragut dan tiga berkaitan dadah itu ditahan di rumahnya pada pukul 10.15 pagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis kini menyiasat sama ada lelaki itu terlibat dalam kejadian ragut di Pangsapuri Permai di taman berkenaan yang menyebabkan seorang wanita maut selepas tiga hari koma.

"Lelaki itu ditahan satu kilometer dari lokasi kejadian Zabedah Abas, 46, diragut. Polis turut merampas motosikal lelaki itu selepas mendapati ia adalah motosikal curi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Zabedah, meninggal dunia 6 Februari lepas, setelah tidak sedarkan diri sejak tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal selepas diragut di Taman Sri Manja pada 3 Februari.
Tun Hisan berkata hasil risikan, polis percaya terdapat seorang individu yang menyaksikan kejadian ragut itu dan beliau meminta saksi itu tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, beliau menafikan kawasan Taman Maju Jaya merupakan kawasan panas, tetapi tidak menolak ia adalah kawasan bermasalah.

Pada tahun lepas sebanyak enam kes ragut dilaporkan di kawasan itu dan polis telah mengadakan tiga sesi dialog bersama penduduk dalam usaha memerangi jenayah terutama ragut. - BERNAMA

Sumber : mstar berita jenayah

Rabu, 9 Februari 2011

Resepi Gulai Ayam

Gulai Ayam (Versi Kelantan)


Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka
1 biji santan kelapa
2-3 cawan air (bergantung pada kepekatan kuahnya)
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 biji kunyit hidup -ditumbuk ( blh juga guna serbuk kunyit-1 sudu besar)
4 biji cabai kering-ditumbuk
3 biji bawang merah-ditumbuk
2 biji bawang putih-ditumbuk
1 cm halia-ditumbuk
2 biji cili hijau-dibelah tengah
Garam dan sedikit gula secukup rasa
*Bagi yg suka ajinomoto blh letakkan sedikit ajinomoto

Caranya:-
-Masukkan santan dan air dalam periuk dan panaskan api.
-Masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi, kacau selalu agar tak meruap
-Bila mendidih, masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa.
-Kacau hingga masak, hingga ayam dah empuk masukkan cili hijau.
-Dah masak boleh makan dengan nasi dan dicicah ngan roti.

PAKAIAN KANAK-KANAK JENAMA BABY GAP

Pyjama Baby Gap Blue Rocket
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20

Pyjama Baby Gap Safari
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20 


Pyjama Baby Gap Pink
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20

Pyjama Baby Gap Polkadot
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20
 

Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

OFFER!!! :-
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!

Boros : Pemimpin Negara Sudah Buta Hati

Hafizi Pauzi   

IPOH, 8 Feb: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.

“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandai matematik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Negara juga, katanya sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib membiarkan isterinya menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar negara baru-baru ini.

“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, pembaziran seperti itu tidak dapat diterima, ditambah harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.

“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.
Khalil menempelak respons Najib terhadap situasi Mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat.

Ini, katanya kerana telah timbul rasa khuatir BN jika rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.
“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya.
Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ditukar melalui PRU 13 di mana ia medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.

Mangsa Kekerasan Polis Pertama Kali Sertai Demonstrasi

Khairil Abdul Rahim   

TEMERLOH, 8 Feb: Pengalaman dipukul, digari dan disumbat ke dalam lokap oleh polis tidak mudah dilupakan oleh seorang anggota Unit Amal yang menyertai himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Lebih-lebih lagi insiden buruk itu berlaku pada kali pertama beliau menyertai perhimpunan dan bertugas sebagai Unit Amal.

Sebelum ini, Hafizuddin Kamaruddin, 26, yang baru menyertai Unit Amal dari Kawasan Temerloh itu beranggapan pasukan polis mesra dan berhemah dengan orang ramai sebagaimana slogan digunakan pihak berkuasa itu.

“Namun apa yang saya alami sendiri Jumaat lalu tidak menggambarkan sedemikian,” katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Hafizuddin ialah salah seorang daripada tujuh peserta himpunan menyerahkan memorandum di kedutaan Amerika Syarikat yang telah diberkas polis selepas perhimpunan tersebut.

Menceritakan detik itu, beliau pada sebelah paginya pada hari tersebut  bersama 20 orang Pemuda PAS Temerloh memakai seragam Unit Amal pergi ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk berkawal dan mengawal ketegangan tanpa sedikit pun terlintas untuk melakukan sebarang kekerasan.

Katanya, polis cuba menghalang perarakan daripada masjid lagi tetapi dengan kekentalan semangat Amal mereka bergerak dalam satu rantaian berjaya melepasi hadangan polis untuk ke kedutaan Amerika.

“Pada masa perhimpunan dan menyerahkan memorandum semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Tetapi semasa sudah bersurai dan mula beredar pulang ada polis berpakaian biasa dan berseragam polis tiba-tiba menyemburkan sejenis asap pedih. Termasuk yang menjadi sasaran ialah muslimat.

“Ia berlaku 100 meter daripada bangunan kedutaan Amerika. Saya berada di barisan belakang ketika itu dan bersama rakan-rakan lain terpaksa menerpa menghulurkan air mineral kepada muslimat yang sedang kepedihan mata dan panik.

“Kemudian polis sembur lagi kali kedua yang membuatkan orang ramai menjadi marah. Bila saya cuba menyelamatkan muslimat tiba-tiba lima ke enam orang polis pakai seragam serang saya. Saya kena tumbuk, disepak, terajang dan dipukul dengan cota sehingga bengkak di kepala, luka di bibir dan cedera di siku, katanya.

Menceritakan pengalamannya, Hafizuddin berkata, beliau kemudiannya ditahan di dalam sebuah trak polis bersama enam lagi yang ditangkap.
 “Satu jam setengah kami berada dalam Black Maria, kira-kira jam 6 petang kami dihantar ke lokap Balai Polis Dang Wangi untuk diambil kenyataan,” tambahnya.

Kata Hafizuddin, selepas sembahyang Maghrib berjamaah dalam lokap barulah mereka diambil biodata peribadi. Tetapi apabila pegawai polis bertanya tentang demonstrasi mereka memilih untuk berdiam diri kerana banyak soalan-soalan provokasi yang ditanyakan.

Selepas itu mereka disoal siasat pula oleh pegawai penyiasat bernama Inspektor Lydia.

“Semasa disoal siasat kami disuruh duduk bersila atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi, terasa betapa hinanya kami sedangkan kami tidak lakukan apa-apa jenayah. Masa itu kami desak untuk jumpa peguam tapi tidak dibenarkan. Dah lama barulah kami ditemukan dengan lima orang peguam.

“Kira-kira jam 11 malam kami diberitahu dapat jaminan mulut dan boleh balik.”

Jelas Hafizuddin, kenangan pahit dan pedih yang dialaminya tidak akan dilupakannya sepanjang hayat kerana sebelum ini mati-mati beliau beranggapan mesra rakyat dan bersifat pelindung.

“Kenapa apabila berhadapan dengan rakyat tiba-tiba mereka melakukan kekerasan? Sedangkan kami bukannya membawa senjata malah kami memang dah mula bersurai.

“Lagipun kami turun ke Kuala Lumpur kerana sensitif dengan pergolakan yang berlaku di kalangan negara umat Islam. Jadi kenapa sanggup perlakukan kekerasan terhadap kami?”, soalnya.

Sumber : Harakah daily online

nota kaki : Dashyat betul yer polis kat Malaysia ni.....

Selasa, 8 Februari 2011

PAKAIAN KANAK-KANAK JENAMA LAURA ASHLEY

Dress Laura Ashley 3pcs-oren
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 65.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM52.00

Dress Laura Ashley 3pcs-pink brown
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 65.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
 

Dress Laura Ashley 3pcs-pink
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 65.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM52.00 

Laura Ashley Cotton Halter
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 57.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM45.60 


Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;

H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata

Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)

Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.

OFFER!!!
 PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!

'Modest' & Jaket Berhud Eksklusif Heliza-Yasalma

Heliza memperagakan 'modest' berkonsepkan pakaian tradisional Korea dan tudung yang digayakan dengan reben. - Foto koleksi HELIZA

KUALA LUMPUR: Selepas menubuhkan syarikat sendiri iaitu Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP), penyanyi Heliza Helmi mengorak langkah ke satu cabang perniagaan baru iaitu menjual busana eksklusif seperti modest, jaket berhud dan tudung.

Semuanya bermula apabila pelakon filem Syurga Cinta itu berjumpa dan bergabung idea dengan pereka fesyen Yasalma dengan menghasilkan produk tersebut atas jenama Heliza Helmi by Yasalma.
Biarpun perniagaan yang baru dilakukan sejak beberapa bulan itu belum beroperasi sepenuhnya, namun ia tidak menghalang niat finalis Akademi Fantasia 5 (AF5) itu untuk bercerita tentang produk terbarunya itu.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, dia sedang mencari pembekal produk tersebut dan setakat ini menjalankan perniagaan tersebut menerusi laman web Facebook atau emel.


Heliza menggayakan jaket berhud.

Katanya, pelanggan sudah boleh membuat tempahan dengan melayari Facebook Heliza Helmi atau menghantar emel kepada helizahelmiyasalma@gmail.com.

“Saya masih baru melakukan perniagaan ini dengan kerjasama Yasalma selaku pereka fesyen. Setakat ini, saya telah mengilhamkan idea busana modest berkonsepkan pakaian tradisional Korea dan jaket berhud.
“Saya suka pakai kardigan. Biasanya kardigan yang terdapat di pasaran agak singkat dan tidak sesuai untuk fesyen muslimah. Jadi, saya minta dia reka pakaian yang nampak sopan dengan konsep kardigan labuh paras lutut.

“Selain dari pakaian, saya juga menjual tudung, reben, skirt panjang dan inner tudung. Setiap produk dijual berasingan bagi memudahkan pelanggan kami gabung padan reben dengan inner tudung atau sebagainya,” ujarnya kepada mStar Online.

Produk tersebut dijual pada harga bermula RM25 hingga RM350. Setiap produk dihasilkan secara eksklusif dan terhad.

“Saya merasakan setiap produk itu dijual pada harga berpatutan kerana kuantitinya yang terhad dan dijual secara eksklusif. Kami akan memperkenalkan lebih banyak rekaan terbaru lagi dari semasa ke semasa. Insya Allah,” katanya yang turut tampil dengan single Cuma Aku, Kau Selamanya dan Chord G.

Selepas ini dia merancang untuk menghasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan.
Selain itu, dia bersedia menerima tawaran berlakon di sekitar Kuala Lumpur dan dalam Semenanjung Malaysia.

Mesir : Pelajar Kongsi Pengalaman Cemas Sebelum Diselamatkan


Isnin, 7 Februari 2011

Jom try Radix Fried Chicken

Minggu lepas masa kat kampung ( masih lagi berkisar di Kelantan...biasalah dah bercuti lama kat sana kan, mestilah banyak kisahnya...hehe).

Masa tengah round-round sekitar Kubang Kerian tu, terpandanglah Radix Fried Chicken, jadi teringinlah juga nak try macam mana rasanya....adakah lebih sedap dari KFC ?

Jom tengok.....

Bangunan Restoran Radix Fried Chiken (memang besar)

Antara menu yang diorder...

ayam organik berempah lagi...memang best

Kentang goreng....layan...

Kesukaanku..tortilla...yummy!!!


Adik montel...suka betul ngan kentang goreng...

Ok dari penilaian kami sekeluarga....cewahhh..siap buat penilaian lagi...huhu
RFC ni memang best menunya dan murah lak tu. Kebersihannya dan status halalnya tak perlu diragui lagi. Kita sebagai orang Islam Malaysia patut berbangga dan menyokong produk Islam ni dan  insya Allah suatu hari nanti RFC akan  setaraf  KFC.

Radix Fried Chicken ni yang kita tau pengasasnya adalah org melayu Islam dan tentunya orang Malaysia kan...Kalau tak silap asalnya dari Kedah (anak syarikat HPA).

Jika RFC ni ada kat KL, memang kami sekeluarga takkan pergi KFC atau mana-mana restoran makanan segera yang lain. Pasti RFC jadi pilihan utama kami.

nota kaki : Amboi kemain lagi cek dok promote yer...macamlah kerja ngan RFC ni...huhu....

Agar Tidak Selalu Merasa Lebih Dari Orang Lain

1. Agar kita tidak merasa lebih baik dari orang lain atau 'ujub dalam beribadah ada beberapa cara yang harus kita tempuh. Diantaranya adalah dengan melihat orang yang
lebih baik kualiti agamanya dari kita, baik orang-orang yang ada pada zaman sekarang
atau dari orang-orang yang terdahulu, terutama para salafus shalih, seperti para nabi,
para sahabat, para tabi’in, ulama dan sebagainya. Jika kita bandingkan ibadah kita
dengan mereka, maka ibadah kita tidak ada apa-apanya. Bahkan Rasulullah pernah
bersabda; " Andaikan kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud tidak akan
menyamai satu mud atau setengah mud infak mereka. "

2. Menyedari bahawa tidak ada yang diuntungkan dengan ibadah kita selain diri kita
sendiri. Ertinya jangan mempunyai pemahaman bahawa kita telah berjasa kepada Allah,
Islam, Rasulullah, dan lain-lain dengan ibadah yang kita lakukan. Yang diuntungkan
dengan ibadah kita adalah kita sendiri, juga jika kita tidak beribadah tidak ada yang
dirugikan selain diri kita sendiri.

3. Menghayati ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah yang menjelaskan bahawa
berbangga dan 'ujub dengan ibadah adalah perkara yang akan merosakkan ibadah itu
sendiri. Di antara dalil-dalilnya adalah sebagai berikut :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan ( pahala amal ) sedekah kamu dengan
perkataan membangkit-bangkit dan ( kelakuan yang ) menyakiti, seperti ( rosaknya pahala
amal sedekah ) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk
kepada manusia ( riak ) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka
bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu
ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin ( tidak bertanah lagi ). ( Demikianlah
juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu ) mereka tidak akan mendapat sesuatu
( pahala ) pun dari apa yang mereka usahakan dan ( ingatlah ), Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada kaum yang kafir. "
Q.S Al-Baqarah : 264

Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Tiga perkara yang membinasakan: Sifat kikir yang dituruti,
hawa nafsu yang diikuti dan seseorang merasa bangga dengan dirinya. ”
HR. Abu Daud dan Ibnu Majah

4. Berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar kita diselamatkan dari sifat
tersebut. Semuga Allah menyelamatkan kita semua dari penyakit hati yang akan
merosakkan seluruh usaha dan pengorbanan yang kita lakukan agar kita menjadi orang
yang beruntung di dunia dan akhirat. Amiin.

nota kaki : Untuk peringatan saya sendiri.

Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan

1. Rumah orang-orang yang mensucikan diri dan ingat kepada Allah.
2. Rumah orang-orang yang rukuk dan sujud.
3. Rumah orang yang benar dan memenuhi janji.
4. Rumah yang makanannya halal.
5. Rumah orang yang menjaga silaturrahim.
6. Rumah orang yang berbuat baik kepada orang tua.
7. Rumah yang berisi isteri solehah.
8. Rumah orang yang memenuhi hak dan kewajiban.
9. Rumah orang yang menjaga rahsia.
10. Rumah orang yang tidak melakukan hal-hal yang diharamkan.
11. Rumah orang yang menolak bid`ah.
12. Rumah orang yang tawadhu`.
13. Rumah orang yang selalu memaafkan dan berbuat baik.
14. Rumah orang yang menolak kehinaan.
15. Rumah orang yang mencintai dan taat kepada Allah.
16. Rumah isteri yang solehah.

PAKEJ UMRAH VIP & EKSEKUTIF 2011

Ada menyediakan Pakej Umrah VIP pada bulan Mac 2011.

PENERBANGAN PADA 5 MAC & 19 MAC 2011

Harga Pakej adalah seperti dibawah:-

1.PAKEJ VIP

-DOUBLE : RM7,950.00
-TRIPLE : RM7,750.00 (Keluarga Sahaja)

Penginapan:-

-MADINAH : ARAMAS (5 bintang)
-MAKKAH : HILTON TOWER (5 bintang)

Penerbangan : SAUDI dan MAS

2.PAKEJ UMRAH EKSEKUTIF

-DOUBLE : RM7,100.00
-TRIPLE : 6,900.00 (KELUARGA SAHAJA)

PENGINAPAN

-MADINAH : FAYROUZ HOTEL (3 bintang)
-MAKKAH : HILTON TOWER (5 bintang)

Penerbangan : SAUDI dan MAS

---------------------------------------------------------------

Harga Pakej Termasuk:

*Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik KUL-DXB-MED-JED-KUL.
*Cukai lapangan terbang KLIA dan sebagainya.
*Pengangkutan untuk 'transfer' terminal ke terminal, 'airport' ke hotel, Madinah ke Mekah dan lawatan sekitar Madinah dan Mekah.
*Penginapan di hotel yang disenaraikan untuk bilangan malam seperti di dalam aturcara.
*Makan 3 kali sehari (sarapan, makan tengahari dan makan malam)
*Khidmat Mutawif dan sebagainya.
*Beg silang.
*Buku panduan Umrah.
*Air zam-zam 10 liter seorang.
Program Umrah ini dikendalikan oleh DARUSSALAM MANAGEMENT & REGAL HOLIDAYS
Berminat, sila hubungi wakil kami : 012-3662351 (Saupi)


Nota: Untuk bulan lain, sila hubungi saya bagi mendapatkan jadual tersebut.

Sup Ikan

Tempoh hari masa balik kampung, tok mertua beli ikan kerisi...lepas tu dia tanya nak masak apa ngan ikan ni...Hmm...saya pun cakap lah....goreng pun sodap!!...hehehe

Tapi bila dok tengah menggoreng ikan ni, timbul lak idea nak buat sup ikan ni...dan mulalah saya mengeledah peti sejuk periksa bahan-bahan mentah yang ada...huhu....

Sup Ikan




Bahan-bahan :-
 1 ekor ikan kerisi/ikan merah sederhana besar- disiang dan dibersihkan
2 batang serai - diketuk
2 biji tomato - dipotong/dibelah
2 biji bawang putih-ditumbuk kasar
3 biji bawang merah-ditumbuk kasar 
1 cm  halia-ditumbuk kasar
2 sudu sos tiram
2 biji cili padi-diketuk
Garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup dan daun bawang- dihiris
*Bagi yang suka taruk ajinomoto bolehlah masukkan sedikit ajinomoto

Caranya;
-Ikan digaulkan dengan garam serta kunyit dan digoreng (tak perlu sampai garing). Bila siap angkat dan toskan
-Panaskan minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih, halia dan serai hingga kekuningan dan naik baunya.
-Masukkan air utk kuahnya, ikut suka nak kuah banyak mana.
-Setelah mendidih masukkan sos tiram, tomato, ikan yang telah digoreng, garam(jangan taruk banyak sebab ikan dah masin), dan sedikit gula. 
-Masukkan cili padi .
-Bila dah masak, tutup api dan taburkan daup sup dan daun bawang tadi


Cubalah buat, kalau nak tau mak saya suka buat resepi ni. Mak saya selalu buat dengan ikan kerapu dan jenahak (Ikan segar dari laut yang dipancing sendiri oleh ayah saya)...memang sedap!!!



Ahad, 6 Februari 2011

Buah Katak Puru

Sebelum tu nak gelak dulu....hahaha....
Mesti Ada yang tak pernah tau dan tengok adanya Buah Katak Puru kan ??...

Serious!!!...saya pun pertama kali dalam hidup baru jer tau dan tengok ni...huhuhu....
Ada yer rupanya Buah Katak Puru....rupanya memang ada rupa katak puru sikit-sikit...

Bentuk dan warnanya seakan serupa katak puru....tapi jangan tak tahu rasanya boleh tahan sedap gak... Rasanya yang masam manis tu memang syok bila cicah ngan sambal belacan ataupun `colek` (bahasa kelate)...
Memang `layan` habis bila makan buah katak puru ni, lebih kurang macam kita makan buah pelam/mangga/pauh cicah ngan sambal belacan ataupun kuah rojak....




nota kaki : Ada orang tua bagitau, buahnya yang masih putik elok dimakan utk ubati penyakit kencing manis.

Tengok Design Banglo-banglo Mewah Buat Ilham

Masih lagi cerita berkisarkan di Kelantan...huhu

Sebenarnya setiap kali balik Kelantan, saya memang suka berjalan-jalan di area kampung mertua sambil melihat Design banglo-banglo mewah yang tersergam indah di kawasan kampung.

Lokasinya yang menarik dan rekaan banglo mewah yang begitu `kelas` buatkan saya terdetik nak ambil gambar sebagai koleksi sendiri. Mungkin bila dikumpul semuanya, insya Allah ada rezeki nanti saya pun ada juga angan-angan nak bina banglo mewah di kampung. Bolehlah buat ilham dan inspirasi daripada semua gambar-gambar koleksi banglo mewah tersebut bila ada rezeki nanti.

Oklah jom berkongsi cuci mata dengan himpunan gambar-gambar banglo mewah yang sempat saya ambil ni...mungkin korang pun boleh juga buat ilham dengan gambar-gambar banglo ni.


Banglo 1


Banglo 2



Banglo 3


Banglo 4 

Banglo 5 

Banglo 6


Banglo 7
Masih dalam proses nak bina pagar, bila siap pagar mesti lagi cantik... 

Banglo 8




Itulah gambar yang sempat saya `snap`...sebenarnya berlambak-lambak lagi banglo mewah yang designnya memang `meletop' dan `mantop` kat kelantan ni...tapi yelah takkan semuanya saya nak `snap` kan...huhu

Tengoklah lain kali bila balik kampung , saya akan ambil gambar banglo-banglo mewah kat  lain lak...
Sepanjang saya dok pergi sana-sini di negeri-negeri di semenanjung ni, apa yang boleh saya katakan kalau nak cari banglo-banglo yang rekaannya `kelas` dan `terkini` tempatnya adalah di Kelantan. 

Hampir di setiap kampung di Kelantan ni anda akan dapati banyak banglo-banglo mewah tersergam indah sepanjang jalan dan dalam kawasan pendalaman. Tak percaya??? silalah berkunjung sendiri ke Kelantan yer.... 


nota kaki:  Semoga saya pun akan memiliki banglo mewah yang tersergam indah nanti...amin.