Ahad, 3 Julai 2011

Penangan Samsung Galaxy S2



Sekarang ni mesti ramai penggemar hp di Malaysia ramai yang tergila-gilakan handphone canggih yang cantik iaitu Samsung Galaxy S II. Begitu juga ngan suami saya yang sorang tu...huhuhu...

Sejak bulan lepas lagi, masa pelancaran Samsung S2 ni kat Mid Valley, dia nak beli tapi masih lagi tak dapat-dapat.

Apa taknya berebut-rebut orang dok beratur masa lauch kat Mid Valley tempohari ...walhal yang disediakan masa tu cuma 300 biji jer. Yang beratur tu lebih dari 300 orang....punyalah ramai mana ler cik abang saya sempat nak beli...Tapi kalau dapat  beli masa tu memang rezeki betullah , apa taknya masa tu harganya cuma RM799 jer....

Jadinya sebab tak sempat nak beli masa promosi hari tu, adalah juganya alternatif lain kalau masih nak beli dengan harga murah iaitu RM1199 hanya di maxis centre jer. Kalau beli kat tempat lain harga pasaran ialah RM2099 atau mungkin lebih lagi, memang masih untung kalau dapat beli kat maxis centre kan....

Sejak hari tu, cik abang pun jika tak outstation, saban hari mulalah jadi antara yang terawal dok tercegat di maxis centre kat mid valley tu (kalau ikutkan memang dia paling tak suka masuk dalam mid valley tu, walaupun opisnya memang kat luar mid valley tu jer....sebabnya dia tak suka ngan kepadatan manusia dalam tu...huhu). Kul 9.30 pagi dah tercegat kat situ, walaupun kul 10.00 pagi baru buka. Tapi bukan dialah yang awal...ada lagi ramai orang lain yang dok beratur kat depan maxis centre tu...hahaha. Jadinya masih lagi tak dapat nak beli sebabnya hanya 10 biji jer stok yang disediakan dalam sehari.

Last-last dah fed-up g cari kat mid valley tu, cuba lak cari kat maxis centre di area selayang...pun takde stok gak.

Sebab minat punya pasal, petang tadi dia g terus HQ maxis tu di KLCC. Punyalah semangat nak memiliki samsung Galaxy S II ni sampai lautan manusia yang begitu ramai di KLCC pun sanggup dia harungi demi kerana hp tu....hehehe (dah bertahun tak g KLCC coz sebelum ni dok ajak g bersiar-siar ngan anak2 di KLCC pun dia tak nak pergi sebab serabut ngan orang ramai...huhuhu).

Bila sampai kat HQ maxis di KLCC punyalah terkejut coz stok dah abis. Dan dimaklukan oleh staff kat situ yang sekarang ni dok ada 300 orang dalam list menunggu hp tu....fuhhh dasyat tul!!!

So suamiku pun dengan penuh harapan pun jadilah orang yang ke 3++ tulis nama dan hp nya dalam buku list menunggu hp tu...dengan harapan dalam tempoh 3 minggu lagi staff maxis di HQ KLCC tu akan call dia bila stok Samsung Galaxy S II dah ada nanti....sabar jelah...huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan