Malam kelmarin sebab salah makan sayur peria(peria ni angin, saya ni pulak dalam badan banyak angin), sampai semput dan sangat susah nak bernafas saya dibuatnya. Allah saja yang tahu betapa teruknya keadaan saya masa tu, jenuh suami dok urut bila tengok saya yang macam nyawa-nyawa ikan masa tu. Jam 4.00 pagi baru boleh tidur....Puas saya dok cari ubat yang betul2 mujarab selain ubatan moden dan produk kesihatan yang banyak dipasaran sekarang ni. Khasnya produk alpha lipid yang saya dok amalkan dan jual sekarang ni....
Saya nak cari ubatan yang khasiatnya berfungsi merawat dan mencegah pelbagai penyakit untuk keseluruhan tubuh ni. Akhirnya dalam dok survey kat internet, saya terpk akan madu asli. Jadi dengan tak membuang masa saya pun mencari khasiat dan kehebatan madu asli ni yang sememangnya sudah tertulis dalam Al-Quran akan khasiatnya itu.
Semalam kemuncaknya, saya dah berangan-angan nak minta suami tolong belikan keesokkan hari (hari ni lah). Setelah puas dok godek sana sini kat satu blog ke blog lain dan website berlainan untuk membuat keputusan nak order madu asli tu akhirnya jumpalah penjual madu yang saya rasa memang madu asli. Siap isi form order lagi tu punya bersemangat...huhu
So lepas dah order tu...tunggulah cik abang yang kuar jumpa kawannya sekejap tu balik rumah. Tak sabar nak maklumkan kat dia berkenaan ngan khasiat madu asli ni..hehehe...
Jam 10.00 malam, suami pun balik. Bila dia buka pintu jer, nampak dia pegang botol yang macam berisi madu?... So tanyalah dia ," apa tu bang?"
Dia cakap, "madu asli, halim (kawan rapat suami yang saya juga kenal) yang bagi"....
Aikk macam tahu2 jer apa yang saya dok terpk nak cari sebelum ni....huhuhu
Saya pun citerlah yang saya pun memang dok tengah plan nak suh suami beli madu esok hari. Suami pun tersenyum dan dia cakap memang Halim bagi untuk saya sebab suami citer yang saya alami resdung dan batuk yang teruk sejak minggu ni.
Alhamdulillah...memang rezeki sungguh. Terima kasih saya ucapkan kat Halim tu.
Ni lah madu asli yang tinggal separuh diminum oleh kami sekeluarga anak beranak...huhu
Maka start dari semalam, saya dan suami pun bertekad akan terus mengamalkan madu asli ni sebagai ubatan harian untuk kami sekeluarga, insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan