Jumaat, 8 Julai 2011

Kek Batik

Kek Batik
Bahan-bahannya:-

2 biji telur
1 ketul butter
1 cawan gula
1 packet biskut marie original-dipatahkan empat( jangan guna yang perisa koko)
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1 tin susu cair (sebarang brand)

Caranya:
1. Pukul butter, gula dan telur
2.Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata.
3.Kemudian panaskan api dan masukkan butter,susu cair serta kesemua bahan-bahan tadi dalam periuk.
4.Kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati dan pekat (15 minit).
5.Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie kacau hingga sebati.
6.Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik, tekan hingga padat.
7.Sejukkan dalam peti ais hingga keras.
8.Bila dah keras baru boleh potong dan sedap dimakan.

p/s: Suami dan anak2 memang suka sangat makan kek batik ni...memang sedap dan yummy..

Ok memandangkan ada yang sms saya tanya boleh order tak kek batik ni...jadi saya dengan senang hati sedia menerima tempahan order..huhu.
Pada yang berminat nak order boleh call atau sms saya yer. Keterangan untuk membuat tempahan macam dibawah;

Kek Batik = RM30
Berat = 1kg

-Tempahan perlu dilakukan 3 hari awal sebelum nak ambil kek tu.
-Penghantaran hanya dilakukan pada hari sabtu dan ahad sahaja.
-Caj penghantaran untuk luar Kuala Lumpur ialah RM10
-Jika nak ambil sendiri, boleh berjumpa di area segambut.
-Perlu membayar deposit dahulu jika ingin menempah(untuk elakkan pembatalan di saat akhir).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan