Khamis, 3 Mac 2011

Sotong goreng kunyit berkuah


Bahan-bahan :
5 ekor sotong sederhana besar- dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang -dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1cm halia-dihiris
2 pokok daun kucai-dihiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 cawan air
Garam secukup rasa

Caranya :
-Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dah halia hingga kekuningan dan wangi
-Masukkan sotong dan kacau
-Masukkan serbuk kunyit, air dan sos tiram
-Apabila mendidih masukkan sedikit garam dan daun kucai
-Bila dah secukup rasa bolehlah tutup api dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan