Rabu, 2 Februari 2011

Kenaikan Harga Barang : Kasihan Orang Kampung

Hmm...macam yang kita tau, negara kita Malaysia ni dari hari ke sehari, boleh dikatakan macam-macam barang dan perkhidmatan yang harganya semakin meningkat dalam tempoh tak sampai setahun harga satu-satu barang tu boleh meningkat 2 hingga 3 kali ganda.Bayangkan harga bawang besar boleh cecah RM5 sekilogram dari cuma seringgit lebih, lepas tu tiga ringgit lebih.  Dalam masa lebih kurang setahun sahaja, sekarang dah RM5 sekilogram  atau RM18 seguni berbanding sebelumnya RM5 sahaja seguni

Peningkatan harga barang dan perkhidmatan ni adalah berpunca dari kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan kita. Apa nak buat kita ni cuma rakyat biasakan, tak boleh nak buat apa....terpaksalah diperbodohkan dengan macam-macam ' alasan' oleh kerajaan kita yang sekadar pandai cakap jer.. Macamlah kita semua ni bodoh nak percaya 'alasan' mereka tu.

Oklah sebenarnya apa yang saya nak kongsikan adalah kesan kenaikan harga barang ni pada orang kampung. Bukan bermaksud kita yang tinggal kat bandar besar macam Kuala Lumpur ni tak terasa kesannya. Kalau nak ikutkan kita ni lagilah terasa kan...sebabnya kat KL dan bandar ni semua benda nak buat kena pakai duit. Dari nak masuk tandas, nak pergi kerja, nak bawa anak pergi bersiar-siar dan lain-lain termasuk keperluan wajib iaitu perbelanjaan sekolah anak-anak, bayaran segala mak nenek bil-bil bulanan,rumah, kereta dsb.

Namun, alhamdulillah kita masih ada kerja tetap sebagai sumber rezeki dan ada kelebihan lain yang dikurniakan oleh Allah S.W.T  untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan kita. Dok KL ni tak boleh nak harapkan kerja makan gaji semata-mata, kita kena ikhtiarkan cari sumber rezeki lain juga sebagai tambahan untuk keselesaan keluarga kita. Tak kisahlah dengan apa cara sekalipun, janji HALAL.

Berbalik pada tajuk saya tu, sebenarnya saya nak kongsikan cerita kat kampung saya ni (kampung suami dan cerita ni diceritakan oleh suami saya gak....huhu). Sekarang ni kami sekeluarga sedang bercuti di kampung.

Ok ceritanya, kelmarin suami dan abangnya pergi minum dan sarapan kat kedai kopi. Sedang mereka dok rancak berbual tu, adalah sorang lelaki orang kampung tu juga pergi sapa abang suami (abang D). Lelaki tu saya namakan 'Leman' lah yer....

Leman bagitau abang D, "Ada banyak kelapa kat pokok mak saudara dia, kalau nak bolehlah dia panjat pokok kelapa tu"..(Leman ni dalam 40-an umurnya dan kerjanya ambil upah panjat kelapa). Untuk makluman abang D ni ada kedai runcit dan sambil tu adalah juga jual santan kelapa ni.

Jadi, abang D pun tanpa banyak soal, setuju sajalah sebab dah kenal dengan Leman ni. Mereka pun bincanglah pasal harga dan bila masa sesuai nak pergi ambil kelapa yang dikatakan oleh Leman tu. Suami saya tukang dengar jer lah...huhu...

Dalam dok berborak dan berbincang tu dan dah capai persetujuan, Leman tetiba tanya abang D, " boleh bagi dulu RM10 kat dia tak, sebab dia nak sarapan dan minum ni...duit langsung takde". Abang D pun takpelah, ok jer ...bagi jer RM10 kat Leman tu. Bila dah bagi, Leman berterima kasih banyak kat abang D dan terus order minuman dan sarapan.

Suami saya tergamam jugalah dengan cara yang macam tu, sebabnya yalah kalau kita mesti malukan nak buat macam tu. Tapi abang D bagitau suami, Leman tu orang baik dan bukannya gila atau tak betul cuma dengan keadaan sekarang ni yang semua benda mahal dan kehidupan di kampung yang peluang kerja terhad macam tulah jadinya. Bila abang D terangkan , suami saya pula yang rasa kesian dan sedih kat Leman tu...hehe

Pernah juga abang D bagitau, masa dia pergi rumah Leman untuk tanya pasal kelapa, masa tu Leman tengah makan nasi sejuk dengan budu jer bersama anak-anaknya. Leman tu macam malu bila abang D tengok keadaan dia yang tengah makan macam tu. Sebab dari kejadian tulah abang D tahu masalah Leman dan jika ada peluang kerja yang sesuai dia akan cari Leman. 

Sebenarnya ada 2-3 orang lagi yang abang D akan cuba tolong bagi kerja yang ada kat kedai runcit dia . Bagi upah mereka angkat barang atau ambil barang, sekurang-kurangnya mereka dapat juga sedikit duit dari upah kerja tu untuk perbelanjaan harian.

Itulah sedikit cerita dari kampung kesan daripada kenaikan harga barang yang menggila sekarang ni. Saya pasti banyak lagi kisah lain yang lebih teruk dari kisah yang saya kongsikan ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan