Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Sabtu, 12 Februari 2011
Jakim Jelas Tentang Sambutan Hari Valentine
Sabtu Februari 12, 2011
PUTRAJAYA: "Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Februari tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.
Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.
"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.
Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.
"Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan di luar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya," ujarnya.
Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.
Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.
"Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat," katanya.
Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.
Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, "majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir," katanya.
"Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.
Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.
"Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.
"Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal," katanya.
Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.
"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ianya adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad. - BERNAMA
Sumber : mstar berita
Menu Diet: Hari ke-2
7.30 pagi
Secawan air suam
Minum 150ml SD2
10.30 pagi
Mineral water 1/2 botol
Teh O suam secawan
Lempeng gulung inti ayam berlada 1 1/2 biji
2.30 petang (baru nak makan tengahari sebab balik lambat lepas bershopping)
Air masak segelas
Nasi putih (penuh pinggan tu, lapar punya pasal) + ikan kembung panggang ala portugis + taugeh&sawi masak kicap
5.00 petang
Teh O Panas secawan
Biskut Chipsmore 2 keping
7.00 petang
Air suam secawan
Ratah taugeh&sawi masak kicap semangkuk kecil
Ratah ikan panggang separuh
Limau mandarin sebiji
nota kaki : Rasanya hari ni agak puashatilah coz tadi g jogging...huhu
Secawan air suam
Minum 150ml SD2
Slim Diet II yang telah digoncang
10.30 pagi
Mineral water 1/2 botol
Teh O suam secawan
Lempeng gulung inti ayam berlada 1 1/2 biji
2.30 petang (baru nak makan tengahari sebab balik lambat lepas bershopping)
Air masak segelas
Nasi putih (penuh pinggan tu, lapar punya pasal) + ikan kembung panggang ala portugis + taugeh&sawi masak kicap
5.00 petang
Teh O Panas secawan
Biskut Chipsmore 2 keping
7.00 petang
Air suam secawan
Ratah taugeh&sawi masak kicap semangkuk kecil
Ratah ikan panggang separuh
Limau mandarin sebiji
nota kaki : Rasanya hari ni agak puashatilah coz tadi g jogging...huhu
Kuih Keria
Siap untuk digoreng
Selepas goreng
Dah siap disira dan bolehlah dimakan (sorry tak berapa nak menarik...huhu)
Bahan-bahan;
1 kilo keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan air
Minyak menggoreng
Cara membuatnya;
-Kupas kulit dan rebus keledek sehingga empuk bersama sedikit garam
-Setelah masak angkat, toskan kemudian dilenyek hingga hancur
-Uli keledek bersama tepung gandum sehingga sebati (jika adunan lembik boleh lebihkan tepung bergantung kpd jenis keledek)
-Bulat-bulatkan kuih tersebut dan buatkan lubang ditengahnya, goreng sehingga kekuningan
-Setelah masak ketepikan
-Masak gula bersama air sehingga pekat dan likat (berbuih-buih) dan sira semua kuih keria
-Gaul sehingga sebati dan menjadi keras keputihan
Pulut Kuning
Pulut Kuning
Contoh hidangan bersama rendang ayam
Bahan-bahan;
2 cawan beras pulut (dibasuh & ditoskan)
air yang mencukupi untuk meliputi pulut
1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan)
2 ulas bawang putih
air yang mencukupi untuk meliputi pulut
1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan)
2 ulas bawang putih
¼ sudu garam
1 ¾ cawan santan
2 helai daun pandan
1 ¾ cawan santan
2 helai daun pandan
Cara menyediakan;
-Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam.
-Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu.
-Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut dan daun pandan.
-Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak dan kering.
-Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan .
-Sedap dimakan dengan sebarang lauk seperti rendang ayam,rendang daging, gulai ayam ataupun daging dan apa-apa jer.
p/s: Ramuan hidangan ni sesuai utk 4-6 orang jer.
p/s: Ramuan hidangan ni sesuai utk 4-6 orang jer.
Start Jogging Semula
Setelah hampir sebulan tak jogging, pagi tadi dengan azam baru start jogging semula...huhu
Dah lama tak g jogging, semputlah jadinya....Macam biasa masa yang diambil selama satu jam utk berjogging.
Tapi disebabkan dah lama tak jogging, banyaklah juga jalan kaki dari berjogging....hehehe (Jogging 40% + Jalan Kaki 60% = 1 jam).
Bila dah selesai berjogging, berehat dan santai ngan anak-anak dulu. Dalam dok rileks tu sesaja amek gambar anak bongsu...bila tengok balik tadi...eh..eh...macam photo yang selalu orang dok buat `gimik` tu.....
Perasan tak gambar jauh, ada pompuan dok atas kerusi tu? Bila tengok semula nampak cam adik montel pegang pompuan tu. Kiranya kalau buat gimik, cam raksasa tengah pegang manusia..Cuma posisi adik montel tu patut ke belakang sikit utk nampak pompuan tu betul2 atas tangan dia (kalau perasan tadi, mungkin boleh buat...hahaha)
Masa ni, adik montel dah boring ni...buat hal nak ajak balik...
Masa nak balik macam biasa singgah gerai yang jual kat parking keta tu. Selalunya mesti beli goreng pisang...tapi sebab dah mula berdiet tak nak lagi beli goreng pisang yang ranggup tu...(sedap memang sedap, tapi minyaknya tu akan kantoikan diet....huhu).
Kebetulan pagi tu nampak ada akak yang baru meniaga kat situ (sebelum ni takde pun), dia dok promote kuih.. Saja pergi tengok dlm bekasnya tu...ingatkan popia basah. Rupanya akak tu gitau , lempeng berintikan ayam.
Hmm macam menarik , sebab tengok tak berminyak sangat. Jadi beli 3 biji, satu RM1.50 X 3 = RM4.50.
Tanya anak2 nak tak, kalau nak, boleh beli tambah...masing2 geleng kepala taknak...huhu (sebab dorang nak benda lain sebenarnya...)
Bila makan lempeng ni , sedap jugak rupanya....
lempengnya halus dan lembut...syok jer makan
Inti ayam berlada+kobis...lazat!!!
Anak-anak yang mulanya jual mahal taknak tadi, bila tengok ibu dorang makan ngan syoknya...mula terliur. Bila kasi, baru dorang tau sedap dan berebut-rebut nak lempeng ni....`hah tulah tadi tak nak sangat`...
Nampak gaya nak kena buat gak lempeng gulung berintikan ayam ni....anak-anak pun suka. Boleh juga buat untuk makan tengahari gantikan nasi (hanya untuk ibu dorang yang berdietlah...nak kurangkan makan nasi).
nota kaki: Puashati hari ni sebab tadi berjogging sampai macam mandi..peluh kuar mencurah-curah (sebab lemak dah lama terhimpun)

Jumaat, 11 Februari 2011
Menu Hari Pertama Start Diet
8.30 Pagi
Air Suam
Teh O panas secawan
Sebiji limau mandarin
Roti canai setengah biji cicah ngan dalca
10.30 Pagi
Teh O suam secawan
Karipap sebiji
1.00 tengahari
Air masak sejuk
Nasi ayam separuh + ayam goreng 1/2 ketul + sosnya dan kicap
1/2 biji limau mandarin
4.30 petang
Teh ais (kantoi minum ais..huhu)
Karipap sebiji
Kopok ikan 4 keping cicah sos
8.00 malam (esok nak kena makan awal sikit, sebelum kul 7 petang)
Air suam segelas
Maggi rebus separuh ( semua perasanya dibuang , cuma boh 1/2 kiub ayam maggi dan sos cili jer)
nota kaki : hmm..kalau tengok dari menu tu, kiranya misi diet hari ni gagal!!!

Solat-solat Sunat
1.Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid) Adab Iktikaf: Membaca Al-Quran, berzikir, shalat, atau duduk diam. Jauhi pada berbual atau apa saja yang bersangkutan dalam hal-hal keduniaan. Niat Iktikaf | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sahaja aku iktikaf dalam masjid kerana Allah Ta'ala. Lafaz Niat Solat Sunnat Tahiyat Masjid "Sahaja aku sembahyang sunnat tahiyat masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala." 2.Solat Sunat Dhuha
3. Solat Istikharah
4. Solat Sunat Awwabin
5.Solat Sunat Tahajjud
8.Solat Sunat Witir
Sumber : perjalanan suci.com |
Takde Air Lah Pulak!...
Hari ni, bangun kul 5 pagi tadi...buka paip, air tak kuar...heran gak...apsal tak kuar ni....
Hmmm..dia buat dah..air takde lagi...minggu lepas pun takde air gak....
Adoilah...geram tul!!!..Apa taknya dah ler air dlm bekas takungan abis dikerjakan oleh anak2. Langsung takde tinggal setitik pun air dlm tong besar tu....
Mana nak solat subuh lagi...hmm nampaknya kena tebalkan muka pegi rumah budak bujang kat belakang rumah, tumpang amek air sembahyang.
Alamatnya anak-anak 3 orang ponteng sekolah lagi hari ni...huhu...Nak tumpang mandi kat rumah bujang tak tergamak sebab hampir semua orang kat area ni semua pakat dok p tumpang situ....sib baiklah rumah bujang ni satu-satunya rumah yang bekalan air tak terputus.
Masa ni mulalah sakit hati tul ngan pihak SYABAS ni...bila call asyik bagi alasan paip pecah kat jalan. Masalahnya minggu lepas kat tempat lain, minggu ni kat tempat lain lak. Pehtu nak repair siaplah kul 4 petang nanti baru siap.
Apsal mudah sangat pecah sana-sini dan kenapa lambat sangat nak repair???
Bil bulanan kemain mahal yang amat....lambat bayar sikit mulalah nak potong. Walhal kalau tukang baca meter terlebih baca(atau buat2 tersilap baca meter), takde lak dorang nak bayar semula kat kita duit yang terlebih tu.
Tahun lepas korang bayangkan, bil air saya kena sampai RM75 sebulan....selama hampir 7-8 bulan. Padahal kami sekeluarga semua kuar bekerja , anak2 lak dok rumah pengasuh. Hari minggu jer baru dok lama kat rumah. Bila komplen, dorang kata ada kebocoran. Tapi bukan kita tak tau, mana ada kebocoran dah check serba serbi pun. Selalu bil air cuma RM30 lebih jer sebulan.
Bila dah 2-3 kali komplen, boleh lak dorang senyap dan yang peliknya sekarang ni boleh lak bil air turun jadi RM43 sebulan. Walhal hari-hari dok rumah (dah tak kerja...huhu).
Memang SYABAS ni menkedarah duit rakyat betul....
Berbalik pada air takde tadi, memanglah seksa dibuatnya. Kena lak anak yang setahun lebih 2 kali lak berak hari ni....korang bayangkanlah. Kakak-kakak dan abangnya yang nak buang air besar terpaksa kena suruh tahan...huhu
Tadi terpaksalah pergi ambil passport ngan tak mandinya...just basuh muka dan gosok gigi jer guna air suam semalam...huhu.
Last-last tadi lepas amek Passport,kami sekeluarga terpaksalah pergi Hentian PLUS Sg.Buloh. Pakat g mandi-manda kat situ...hahaha.....
nota kaki : Agak2 KL ni akan dapat air free cam Selangor tak???

Khamis, 10 Februari 2011
Kuih Lompang
Bahan-bahan:-
½ biji kelapa
1 cawan gula putih2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur
½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat
Cara menyediakan:-
1) Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit.
2) Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata.
3) Tuangkan air gula yang masih panas dan kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan.
4) Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai.
5.Ketika menghidangkannya, taburkan sedikit kelapa parut yang digaul dengan garam di tengah-tengah kuih tersebut.
Ikan Bakar Guna Aluminium Foil
Bahan-bahan kisar ;-
100gm bawang merah
60gm bawang putih
40gm kunyit
2 batang serai
40gm lengkus
15gm belacan
60gm cili kering (direndam dalam air panas)
Bahan lain ;-
500gm ikan dory / ikan pari/ ikan kembung
20gm sos ikan
5gm garam dan bahan perasa
30ml jus limau kasturi
Bendi (potong serong)
Daun pisang
Kertas pembalut aluminium
Cara-caranya:
1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan garam dan bahan perasa serta jus limau.
3. Ambil kertas pembalut aluminium dan letakkan daun pisang diatasnya
4. Letakkan sedikit sos ikan di atas daun pisang kemudian letakkan ikan diatasnya
5. Tuangkan bahan kisar yang telah ditumis tadi ke separuh atas daun pisang dan separuh lagi atas ikan,
letak sedikit sos ikan kemudian taburkan hirisan bendi.
6. Balut pembalut aluminium dengan rapi bagi mengelakkan udara terkeluar.
7. Masak diatas dapur arang atau ketuhar selama 15 minit hingga masak.
2. Ikan Bakar
Bahan-bahan :-
1 ekor ikan bawal atau ikan merah -ikan dibersihkan dan dikelar
3 batang serai-ketuk
5 helai daun limau purut
3 sudu besar jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil
Bahan mesin/tumbuk :-
5 biji cili api
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam
Caranya ;-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
3. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
5. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan dalam kuali non-stik pada api paling kecil (sehingga ikkan masak )dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan.
8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini
Allhamdulillah, Semoga Semuanya Berjalan Lancar
Alhamdulillah, hari ni dapat berita baik dari suami. Harapnya semoga semuanya berjalan lancar hendakNYA..AMIN.
Syukur sangat , Ya Allah sememangnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
Hmmm...rasanya esok macam nak start diet semula...huhu. Dah lama rasanya makan main belasah jer. Asyik bertekad nak diet tapi akhirnya terkantoi sebab nak habiskan makanan anak-anak....(alasan jer tu...huhuhu).
Tak boleh jadi ni, kena ketatkan displin camni....dan kena amalkan semula SD2...dah 2 minggu tak minum coz hari tu balik kampung lupa bawa balik...sampai hari ni masih leka tak minum....
Apapun, esok kena start semula...azam nak turun 3 kg dlm masa sebulan....PASTI BOLEH!!!
nota kaki : nampak gaya nak kena sentiasa update dlm blog ni, menu makan...bukan apa utk ingatkan diri sendiri apa yang telah dimasukkan dalam perut...nak kena seimbang kalori ni...hahaha

Serlahkan bakat atau jual anak?
DUNIA seni kita sekarang semakin dibanjiri oleh ramai pelakon cilik yang tampil dengan pelbagai keistimewaan tersendiri. Ada diantaranya jadi tumpuan kerana selain petah bercakap, muka pula kiut miut sehinggakan ada yang teringin mendapat anak secomel mereka. Malah ada peminat yang sangat fanatik dengan pelakon cilik ini sehinggakan sanggup buat kelab peminat dalam laman Facebook.
Walaupun kurang senang kanak-kanak dijadikan pelakon atau penyanyi, SS tak kisah bakat cilik ini dicungkil asalkan kena dengan gayanya dan tak menjejaskan kehidupan mereka. Mungkin pada pendapat ibu bapa mereka, cara ini boleh membantu mengembangkan minda anak-anaknya. Terserahlah pada penilaian masing-masing.
Yang SS nak sentuh sekarang, apabila berlaku lambakan pelakon cilik, maka jadilah persaingan di kalangan mereka dalam menerima tawaran berlakon. Yang menang pula sudah semestinya pelakon yang comel dan mempunyai bilangan peminat yang ramai. Mungkin itulah kelebihan pelakon cilik ini.
Bagaimanapun kelebihan ini disalah guna oleh ibu bapa kanak-kanak ini. Mula-mulanya mungkin mereka kata hanya mahu mencuba mendedahkan bakat anak-anak mereka, tapi apabila didatangi tawaran demi tawaran, mereka mulalah kelam mata dengan wang dan mula demand harga.
Perkara ini dialami oleh seorang sumber SS yang bekerja dengan sebuah produksi terkenal. Katanya kerana melihat pada populariti seorang pelakon kanak-kanak ini, pihaknya teringin ambil dia berlakon dalam satu produk terbitan mereka. Lalu dia pun menghubungi bapa kanak-kanak ini bagi menyatakan hasrat itu.
Sumber ini ingatkan harga yang diminta munasabah kerana watak yang diberikan bukan besar sangat dan hanya membabitkan beberapa scene. Bagaimanapun dia terkejut apabila bapa kanak-kanak itu meletakkan harga yang agak tinggi dan sukar diterima akal. Apa taknya harga itu setaraf dengan yang diterima oleh pelakon bernama besar dan popular.
SS percaya bapa pelakon cilik ini alasan tersendiri berbuat demikian. Mungkin dia berasakan populariti anaknya bersifat sementara kerana kita sedia maklum pelakon cilik bersilih ganti dan lama-kelamaan akan dipinggirkan apabila meningkat usia. Jadi sementara boleh, dia tentunya mahu mencari wang untuk simpanan masa depan anaknya.
Sumber : Metro harian hiburan
nota kaki: Kasihan dengan anak2 yang kecil yang hidup mereka dicorakkan oleh mak bapa dorang yang begitu kejarkan glamour dunia dan wang ringgit. Zaman sekarang memang ramai mak pak yang beriya-iya jadikan anak mereka pelakon, penyanyi,penari,pengacara dan sebagainya.
Apapun semoga anak-anak saya tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan beriman dan minta dijauhkan daripada terlibat dengan sebarang pekerjaan seperti diatas...AMIN YA RABIL ALAMIN.
Lelaki Dipercayai Terlibat Dalam Lapan Kes Ragut Ditahan
Rabu Februari 9, 2011
PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang disyaki terlibat dalam lapan kes ragut di sekitar Petaling Jaya, ditahan di Taman Maju Jaya, di sini, Rabu.
Penganggur yang mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dua kes ragut dan tiga berkaitan dadah itu ditahan di rumahnya pada pukul 10.15 pagi.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis kini menyiasat sama ada lelaki itu terlibat dalam kejadian ragut di Pangsapuri Permai di taman berkenaan yang menyebabkan seorang wanita maut selepas tiga hari koma.
"Lelaki itu ditahan satu kilometer dari lokasi kejadian Zabedah Abas, 46, diragut. Polis turut merampas motosikal lelaki itu selepas mendapati ia adalah motosikal curi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.
Zabedah, meninggal dunia 6 Februari lepas, setelah tidak sedarkan diri sejak tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal selepas diragut di Taman Sri Manja pada 3 Februari.
Tun Hisan berkata hasil risikan, polis percaya terdapat seorang individu yang menyaksikan kejadian ragut itu dan beliau meminta saksi itu tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk membantu siasatan.
Sementara itu, beliau menafikan kawasan Taman Maju Jaya merupakan kawasan panas, tetapi tidak menolak ia adalah kawasan bermasalah.
Pada tahun lepas sebanyak enam kes ragut dilaporkan di kawasan itu dan polis telah mengadakan tiga sesi dialog bersama penduduk dalam usaha memerangi jenayah terutama ragut. - BERNAMA
Sumber : mstar berita jenayah

Rabu, 9 Februari 2011
Resepi Gulai Ayam
Gulai Ayam (Versi Kelantan)
Bahan-bahan :-
1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka
1 biji santan kelapa
2-3 cawan air (bergantung pada kepekatan kuahnya)
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 biji kunyit hidup -ditumbuk ( blh juga guna serbuk kunyit-1 sudu besar)
4 biji cabai kering-ditumbuk
3 biji bawang merah-ditumbuk
2 biji bawang putih-ditumbuk
1 cm halia-ditumbuk
2 biji cili hijau-dibelah tengah
Garam dan sedikit gula secukup rasa
*Bagi yg suka ajinomoto blh letakkan sedikit ajinomoto
Caranya:-
-Masukkan santan dan air dalam periuk dan panaskan api.
-Masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi, kacau selalu agar tak meruap
-Bila mendidih, masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa.
-Kacau hingga masak, hingga ayam dah empuk masukkan cili hijau.
-Dah masak boleh makan dengan nasi dan dicicah ngan roti.
PAKAIAN KANAK-KANAK JENAMA BABY GAP
Pyjama Baby Gap Blue Rocket
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20
Pyjama Baby Gap Safari
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20
Pyjama Baby Gap Pink
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20
Pyjama Baby Gap Polkadot
Saiz : 2Y-4Y
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 15%
Selepas Diskaun : RM27.20
Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;
Email : adhz_permata@yahoo.com
H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata
Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)
Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.
OFFER!!! :-
PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!
Boros : Pemimpin Negara Sudah Buta Hati
Hafizi Pauzi
IPOH, 8 Feb: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.
“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandai matematik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” katanya.
Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Negara juga, katanya sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib membiarkan isterinya menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar negara baru-baru ini.
“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, pembaziran seperti itu tidak dapat diterima, ditambah harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.
“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.
Khalil menempelak respons Najib terhadap situasi Mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat.
Ini, katanya kerana telah timbul rasa khuatir BN jika rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.
“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya.
Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ditukar melalui PRU 13 di mana ia medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.
Sumber : Harakah Daily Online
Mangsa Kekerasan Polis Pertama Kali Sertai Demonstrasi
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 8 Feb: Pengalaman dipukul, digari dan disumbat ke dalam lokap oleh polis tidak mudah dilupakan oleh seorang anggota Unit Amal yang menyertai himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Lebih-lebih lagi insiden buruk itu berlaku pada kali pertama beliau menyertai perhimpunan dan bertugas sebagai Unit Amal.
Sebelum ini, Hafizuddin Kamaruddin, 26, yang baru menyertai Unit Amal dari Kawasan Temerloh itu beranggapan pasukan polis mesra dan berhemah dengan orang ramai sebagaimana slogan digunakan pihak berkuasa itu.
“Namun apa yang saya alami sendiri Jumaat lalu tidak menggambarkan sedemikian,” katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Hafizuddin ialah salah seorang daripada tujuh peserta himpunan menyerahkan memorandum di kedutaan Amerika Syarikat yang telah diberkas polis selepas perhimpunan tersebut.
Menceritakan detik itu, beliau pada sebelah paginya pada hari tersebut bersama 20 orang Pemuda PAS Temerloh memakai seragam Unit Amal pergi ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk berkawal dan mengawal ketegangan tanpa sedikit pun terlintas untuk melakukan sebarang kekerasan.
Katanya, polis cuba menghalang perarakan daripada masjid lagi tetapi dengan kekentalan semangat Amal mereka bergerak dalam satu rantaian berjaya melepasi hadangan polis untuk ke kedutaan Amerika.
“Pada masa perhimpunan dan menyerahkan memorandum semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Tetapi semasa sudah bersurai dan mula beredar pulang ada polis berpakaian biasa dan berseragam polis tiba-tiba menyemburkan sejenis asap pedih. Termasuk yang menjadi sasaran ialah muslimat.
“Ia berlaku 100 meter daripada bangunan kedutaan Amerika. Saya berada di barisan belakang ketika itu dan bersama rakan-rakan lain terpaksa menerpa menghulurkan air mineral kepada muslimat yang sedang kepedihan mata dan panik.
“Kemudian polis sembur lagi kali kedua yang membuatkan orang ramai menjadi marah. Bila saya cuba menyelamatkan muslimat tiba-tiba lima ke enam orang polis pakai seragam serang saya. Saya kena tumbuk, disepak, terajang dan dipukul dengan cota sehingga bengkak di kepala, luka di bibir dan cedera di siku, katanya.
Menceritakan pengalamannya, Hafizuddin berkata, beliau kemudiannya ditahan di dalam sebuah trak polis bersama enam lagi yang ditangkap.

“Satu jam setengah kami berada dalam Black Maria, kira-kira jam 6 petang kami dihantar ke lokap Balai Polis Dang Wangi untuk diambil kenyataan,” tambahnya.
Kata Hafizuddin, selepas sembahyang Maghrib berjamaah dalam lokap barulah mereka diambil biodata peribadi. Tetapi apabila pegawai polis bertanya tentang demonstrasi mereka memilih untuk berdiam diri kerana banyak soalan-soalan provokasi yang ditanyakan.
Selepas itu mereka disoal siasat pula oleh pegawai penyiasat bernama Inspektor Lydia.
“Semasa disoal siasat kami disuruh duduk bersila atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi, terasa betapa hinanya kami sedangkan kami tidak lakukan apa-apa jenayah. Masa itu kami desak untuk jumpa peguam tapi tidak dibenarkan. Dah lama barulah kami ditemukan dengan lima orang peguam.
“Kira-kira jam 11 malam kami diberitahu dapat jaminan mulut dan boleh balik.”
Jelas Hafizuddin, kenangan pahit dan pedih yang dialaminya tidak akan dilupakannya sepanjang hayat kerana sebelum ini mati-mati beliau beranggapan mesra rakyat dan bersifat pelindung.
“Kenapa apabila berhadapan dengan rakyat tiba-tiba mereka melakukan kekerasan? Sedangkan kami bukannya membawa senjata malah kami memang dah mula bersurai.
“Lagipun kami turun ke Kuala Lumpur kerana sensitif dengan pergolakan yang berlaku di kalangan negara umat Islam. Jadi kenapa sanggup perlakukan kekerasan terhadap kami?”, soalnya.
Sumber : Harakah daily online
nota kaki : Dashyat betul yer polis kat Malaysia ni.....

Selasa, 8 Februari 2011
PAKAIAN KANAK-KANAK JENAMA LAURA ASHLEY
Dress Laura Ashley 3pcs-oren
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 65.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
Dress Laura Ashley 3pcs-pink brown
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 65.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
Dress Laura Ashley 3pcs-pink
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 65.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
Laura Ashley Cotton Halter
Saiz : 12M,18M,24M
Harga Asal : 57.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM45.60
Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;
Email : adhz_permata@yahoo.com
H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata
Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)
Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.
OFFER!!!
PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!
'Modest' & Jaket Berhud Eksklusif Heliza-Yasalma
Selasa Februari 8, 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Sumber : mstar hiburan
Nota kaki : Bagus Heliza ni, otak bisnes. Walaupun tak tahu sangat lagu apa yang dia nyanyi tapi suka dengan penampilan dia yang menutup aurat serta sopan. Setakat ni dia bersih dari gossip murahan, pandai budak Heliza ni bawa diri dan jaga maruahnya sebagai wanita Islam.
Hmm...saper nak beli bolehlah email dia...hehe...nampak cantik busana tu...berkenanlah pulak....
Mesir : Pelajar Kongsi Pengalaman Cemas Sebelum Diselamatkan
Published: Isnin Februari 7, 2011 MYT 5:01:00 PM
Updated: Isnin Februari 7, 2011 MYT 8:40:59 PM
Updated: Isnin Februari 7, 2011 MYT 8:40:59 PM
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
SEPANG: Rakaman menerusi telefon bimbit rusuhan oleh penunjuk perasaan di Kaherah menjadi igauan ngeri seorang pelajar sepanjang berkurung di rumah sebelum diselamatkan oleh seorang rakan.
Pelajar tahun satu jurusan Perubatan di Universiti Al-Azhar, Zuain Najwa Zuhan, 19, berkata, rakaman tersebut terpaksa ditonton berulang kali sebagai peringatan kepadanya supaya mengambil langkah berjaga-jaga pada setiap masa.
“Rakaman itu dilakukan pada hari pertama rusuhan namun terpaksa dihentikan apabila mata berasa sakit mungkin disebabkan terkena gas pemedih mata.
“Saya tidak percaya melihat keadaan itu meskipun dari jarak apartmen di tingkat tujuh kerana sebelum ini keadaan itu hanya dilihat menerusi media dan Internet sahaja,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini, Isnin.
Sebelum itu seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan penuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.
Rakaman berdurasi selama 3 minit dan 36 saat itu memaparkan keadaan ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan dalam pertembungan dengan pro kerajaan di Mesir.
Rusuhan yang berlaku pada hari pertama di sepanjang Jalan Rob’ah di Kaherah itu membabitkan mereka yang bersenjatakan kayu, besi dan pisau.
Zuain yang berasal dari Machang, Kelantan berkata, namun selepas petang itu dia bersama seorang teman serumah mula mendengar bunyi tembakan bertalu-talu.
“Kami berdua takut dan hanya mampu berdiam diri di dalam rumah dan terpaksa bergelap pada waktu malam kerana tidak mahu diancam oleh mereka.
“Tiga rakan serumah yang lain sudah ‘selamat’ kerana melancong ke luar negara. Kami berdua hanya berada di rumah sepanjang masa menunggu masa sesuai untuk keluar.
“Mujur kami sudah membeli makanan lebih awal sebelum rusuhan berlaku, dapat menampung untuk beberapa hari,” katanya.
Menurut Zuain, selepas berkurung selama tiga hari mereka akhirnya dibantu dibawa keluar oleh seorang rakan lain ke rumah negeri di mana tempat semua pelajar berkumpul sebelum dibawa keluar ke Jeddah, Arab Saudi.
Katanya, keadaan pada ketika itu masih belum cukup reda kerana teksi yang dinaiki mereka untuk ke rumah negeri ditahan oleh penduduk tempatan.
“Kami kurang faham apa yang dikatakan mereka namun tidak lama selepas pemeriksaan dilakukan, pemandu teksi dibenarkan meneruskan perjalanan.
“Kawasan di sekitar apartmen begitu sunyi sepi selepas tiga hari tetapi masih menakutkan kerana bila-bila masa sebarang perkara boleh berlaku,” ujarnya.
Zuain merupakan salah seorang daripada 778 pelajar dan rakyat Malaysia dalam kumpulan pertama yang tiba dari Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.
Sementara itu, pelajar Sarjana Pengajian Islam di Universiti Kaherah, Salman Al-Farisi Selamat, 26, pula berkata, dia menghadapi saat getir apabila dalam tempoh rusuhan berlaku dikejutkan oleh ketukan pintu rumah pada pukul 4.30 pagi.
Dia kurang pasti siapa ‘tetamu’ yang tidak diundang itu kerana lebih memikirkan untuk melindungi isteri, Fatimah Zahrah Ramli dan anaknya, Ezzat Salman yang baru berusia sembilan bulan.
“Saya lebih risaukan keadaan isteri dan anak. Itu yang lebih penting bagi saya dan hanya mampu berdoa supaya tidak ada sesiapa yang memecah masuk rumah kami.
“Kami juga diminta untuk berdiam diri sebagai langkah keselamatan. Saya amat bersyukur kerana pintu yang diketuk kuat hanya berlaku beberapa minit,” katanya.
Bagi Nurul Aishikin Kamaruddin, 23, dia masih tidak dapat melupakan peristiwa dia diacukan pisau oleh penunjuk perasaan sewaktu keluar bersama rakan-rakan.
Namun dia yang menuntut dalam jurusan Pengajian Syariah Islam di Universiti Al-Azhar itu bernasib baik kerana tidak diapa-apakan memandangkan statusnya sebagai pelajar.
“Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu lebih-lebih lagi apabila kami diminta untuk turut serta dalam perhimpunan itu.
“Saya tak pasti siapa mereka. Mungkin penunjuk perasaan yang anti kerajaan. Kami dibenarkan beredar kerana mengetahui keadaan kami yang ketakutan,” katanya.
Sumber : mstar berita
Langgan:
Catatan (Atom)