Jumaat, 11 Februari 2011

Solat-solat Sunat

1.Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)

Adab Iktikaf:
Membaca Al-Quran, berzikir, shalat, atau duduk diam. Jauhi pada berbual atau apa saja yang bersangkutan dalam hal-hal keduniaan.


Niat Iktikaf
Sahaja aku iktikaf dalam masjid kerana Allah Ta'ala.
Lafaz Niat Solat Sunnat Tahiyat Masjid

"Sahaja aku sembahyang sunnat tahiyat masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


2.Solat Sunat Dhuha

Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :


"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."

3. Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah



"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

4. Solat Sunat Awwabin

Dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya', didahului dengan 2 rakaat sunnat Maghrib dan 2 rakaat sunnat Awwabin, dan 2 rakaat lagi sunnat Awwabin (jumlah 6 rakaat). Sedangkan fadhilah sembahyang sunat 6 rakaat setelah sembahyang maghrib dengan tidak ada bicara di antaranya sama dengan beribadah 12 tahun.

Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Ta'ala
Bersabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'H.R. ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat tersebut : 




"Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."



5.Solat Sunat Tahajjud

Jumlah rakaat solat tidak ada ketentuan yang pasti, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat.
Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala




"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

6. Solat Sunat Hajat

Lafaz Niat Solat Sunnat Hajat
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala



"Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Halim (Tidak segera menurunkan seksa) lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah Tuhan (Yang Memelihara) arash yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Aku memohon kepadaMu kepastian rahmatMu kepastian maghfirahMu, kemenangan dari tiap-tiap kebaikan selamat dari dosa.
(Ya Allah) jangan engkau biarkan diriku berdosa melainkan Engkau ampuni, tiada ada kesusahan melainkan Engkau bukakan jalan keluar dan tiada sesuatu yang Engkau redhai melainkan Engkau luluskan, Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang."
HR Turmuzi dan Ibn Majah.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

7.Solat Tasbih

Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup!

Bacaan tasbih itu ialah :



Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Caranya ialah :
1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.
2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.
3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.
4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.
5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali
6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali
7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.


Doa Sunat Sembahyang Tasbih




"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."




8.Solat Sunat Witir

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Jumlah solat witir itu ialah 11 rakaat, dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Zikir Selepas Solat Witir

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :


Doa Solat Witir



"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


Sumber : perjalanan suci.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan