DUNIA seni kita sekarang semakin dibanjiri oleh ramai pelakon cilik yang tampil dengan pelbagai keistimewaan tersendiri. Ada diantaranya jadi tumpuan kerana selain petah bercakap, muka pula kiut miut sehinggakan ada yang teringin mendapat anak secomel mereka. Malah ada peminat yang sangat fanatik dengan pelakon cilik ini sehinggakan sanggup buat kelab peminat dalam laman Facebook.
Walaupun kurang senang kanak-kanak dijadikan pelakon atau penyanyi, SS tak kisah bakat cilik ini dicungkil asalkan kena dengan gayanya dan tak menjejaskan kehidupan mereka. Mungkin pada pendapat ibu bapa mereka, cara ini boleh membantu mengembangkan minda anak-anaknya. Terserahlah pada penilaian masing-masing.
Yang SS nak sentuh sekarang, apabila berlaku lambakan pelakon cilik, maka jadilah persaingan di kalangan mereka dalam menerima tawaran berlakon. Yang menang pula sudah semestinya pelakon yang comel dan mempunyai bilangan peminat yang ramai. Mungkin itulah kelebihan pelakon cilik ini.
Bagaimanapun kelebihan ini disalah guna oleh ibu bapa kanak-kanak ini. Mula-mulanya mungkin mereka kata hanya mahu mencuba mendedahkan bakat anak-anak mereka, tapi apabila didatangi tawaran demi tawaran, mereka mulalah kelam mata dengan wang dan mula demand harga.
Perkara ini dialami oleh seorang sumber SS yang bekerja dengan sebuah produksi terkenal. Katanya kerana melihat pada populariti seorang pelakon kanak-kanak ini, pihaknya teringin ambil dia berlakon dalam satu produk terbitan mereka. Lalu dia pun menghubungi bapa kanak-kanak ini bagi menyatakan hasrat itu.
Sumber ini ingatkan harga yang diminta munasabah kerana watak yang diberikan bukan besar sangat dan hanya membabitkan beberapa scene. Bagaimanapun dia terkejut apabila bapa kanak-kanak itu meletakkan harga yang agak tinggi dan sukar diterima akal. Apa taknya harga itu setaraf dengan yang diterima oleh pelakon bernama besar dan popular.
SS percaya bapa pelakon cilik ini alasan tersendiri berbuat demikian. Mungkin dia berasakan populariti anaknya bersifat sementara kerana kita sedia maklum pelakon cilik bersilih ganti dan lama-kelamaan akan dipinggirkan apabila meningkat usia. Jadi sementara boleh, dia tentunya mahu mencari wang untuk simpanan masa depan anaknya.
Sumber : Metro harian hiburan
nota kaki: Kasihan dengan anak2 yang kecil yang hidup mereka dicorakkan oleh mak bapa dorang yang begitu kejarkan glamour dunia dan wang ringgit. Zaman sekarang memang ramai mak pak yang beriya-iya jadikan anak mereka pelakon, penyanyi,penari,pengacara dan sebagainya.
Apapun semoga anak-anak saya tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan beriman dan minta dijauhkan daripada terlibat dengan sebarang pekerjaan seperti diatas...AMIN YA RABIL ALAMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan