Masa tengah round-round sekitar Kubang Kerian tu, terpandanglah Radix Fried Chicken, jadi teringinlah juga nak try macam mana rasanya....adakah lebih sedap dari KFC ?
Jom tengok.....
Bangunan Restoran Radix Fried Chiken (memang besar)
Antara menu yang diorder...
ayam organik berempah lagi...memang best
Kentang goreng....layan...
Kesukaanku..tortilla...yummy!!!
Adik montel...suka betul ngan kentang goreng...
Ok dari penilaian kami sekeluarga....cewahhh..siap buat penilaian lagi...huhu
RFC ni memang best menunya dan murah lak tu. Kebersihannya dan status halalnya tak perlu diragui lagi. Kita sebagai orang Islam Malaysia patut berbangga dan menyokong produk Islam ni dan insya Allah suatu hari nanti RFC akan setaraf KFC.
Radix Fried Chicken ni yang kita tau pengasasnya adalah org melayu Islam dan tentunya orang Malaysia kan...Kalau tak silap asalnya dari Kedah (anak syarikat HPA).
Jika RFC ni ada kat KL, memang kami sekeluarga takkan pergi KFC atau mana-mana restoran makanan segera yang lain. Pasti RFC jadi pilihan utama kami.
nota kaki : Amboi kemain lagi cek dok promote yer...macamlah kerja ngan RFC ni...huhu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan