Ahad, 13 Februari 2011

Taugeh + Sawi Masak Kicap


Bahan-bahan ;
4 batang pokok sawi-dipotong
1 Mangkuk Taugeh-dibersihkan
Sedikit daging-dipotong dadu
3 biji bawang merah-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap-(agak-agaklah ayer)
1/2 kiub pati ayam maggi
2-3 cawan air-(pun agak-agak juga nak kuah banyak atau sikit)

Caranya ;
-Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah serta bawang putih hingga kekuningan
-Masukkan daging kacau dan masukkan batang sawi
-Masukkan air kacau, sos tiram, kiub ayam dan kicap
-Bila dah mendidih masukkan daun sawi dan taugeh
-Kacau dan dah siap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan