Ahad, 13 Februari 2011

Cerita Cicak Tokke atau Pokke atau Gecko

Hmm..banyak juga alkisah ngan haiwan yang bernama Tokke ni....yang pasti khabarnya saper yang dapat jual Tokke ni memang akan jadi kaya raya...hehehe

Saya dulu pun langsung tak percaya, tapi bila dapat tahu makin ramai yang begitu semangat dok cari cicak ni, rasa macam nak percaya gak...Dan bila surf internet , cicak tokke ni memang ramai yang dok iklan dan jadi topik bualan hangat...hmmm akhirnya percayalah jadinya...huhuhu....

Apa tak percayanya, kalau dah ada kenalan suami yang dah 2 kali dapat hasil dari jualan cicak tokke ni... rezeki dia lah kan....

Ada juga yang kata tak halal, pelik juga kenapa tak halal kan? bukannya kita jual untuk dimakan atau untuk buat perkara tak baik. Lagipun kalau tak halal dah lama JAKIM akan keluarkan fatwanya kan....


Cicak Tokke

Ok jom baca  antara topik hangat pasal cicak tokke ni (ni tahun 2010 punyer berita) :-

BERITA 1

Oleh Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my
2010/08/05



Cicak RM30,000
PENDANG: Segelintir penduduk kampung di beberapa daerah di negeri ini dikatakan sibuk mencari sejenis haiwan daripada spesies cicak sejak dua bulan lalu yang didakwa boleh dijual dengan harga mencecah RM30,000 untuk dijadikan ubat tradisional.

Namun, reptilia yang dikenali sebagai cicak gekko-gecko itu didakwa sukar dijumpai dan ditangkap, tetapi terdapat penduduk kampung yang berjaya menangkap dan menyimpannya.

Daud Derani, 50, dari Kampung Paya Mat Inson, dekat sini, adalah antara penduduk yang berjaya menangkap haiwan terbabit yang turut dikenali dengan nama ‘Pok-Ke’ di kalangan penduduk berikutan ia mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya itu dan boleh didengari dalam jarak hampir satu kilometer.

Daud ketika ditemui berkata, dia menangkap haiwan itu di dalam hutan di sekitar Nami, dekat sini kira-kira dua bulan lalu, namun dia hanya memperoleh saiz yang kecil iaitu kira-kira 20 sentimeter panjang dengan berat kira-kira 80 gram.

Difahamkan, reptilia berwarna kelabu keputihan itu hanya boleh dijual jika beratnya melebihi 300 gram.

“Saya tidak ada niat untuk menjualnya kerana saiznya agak kecil, tetapi saya difahamkan ada penduduk di Gajah Mati, dekat sini yang berjaya menangkap haiwan itu dengan saiz yang agak besar ditawarkan harga kira-kira RM30,000 oleh seorang tauke dari Sabah dan Ipoh kira-kira dua bulan lalu.

“Saya tidak tahu untuk apa kegunaannya, tetapi saya difahamkan ia boleh dijadikan ubat untuk penyakit tertentu,” katanya. Daud berkata, penduduk di beberapa kampung di Sik dan Baling turut sibuk mencari haiwan terbabit, namun belum pernah mendengar mana-mana penduduk yang sudah menjual haiwan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Rahim Ahmad berkata, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya.

“Habitat haiwan itu ialah di dalam belukar di sekitar rumah dan juga hutan, tetapi memang agak sukar dijumpai,” katanya.

BERITA 2

Biawak dijual dengan harga RM64 juta

Nunukan, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.

Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.

Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.

“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.

Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.

“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar.

“Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.

Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.

Kemas kini:
Sudah dijual dengan harga RM64 juta.

nota kaki : Hmm kalau saya ada tokke ni boleh gak jual...untung-untung jadi jutawan segera...huhu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan