Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Isnin, 14 Februari 2011
Daging Masak Cabai
Bahan-bahan ;
1/2kg daging lembu-dipotong dadu
10 biji cabai kering-dikisar
5 biji bawang merah-dikisar
3 biji bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1 inci lengkuas-dikisar
3 batang serai-diketuk @ dikisar (mana-mana pun boleh)
6 biji buah pelaga
5 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
4-5 cawan air (bergantung pada kepekatan)
Garam dan gula secukup rasa
Caranya ;
-Panaskan kuali dan masukkan daging dahulu, goreng tanpa minyak dahulu (utk lembutkan daging)
-Masak daging hingga air daging kering, ketepikan daging baru masukkan minyak ditengahnya
-Tumiskan bahan kisar tadi termasuk serai dan buah pelaga hingga naik minyak
-Masukkan air, sos cili serta kacau sekali dengan daging tadi
-Apabila mendidih masukkan garam, gula dan daun limau purut yang dicarikkan
-Kacau hingga kuahnya pekat dan hampir kering
-Bila dah secukup rasa, kira dah masaklah tu dan bolehlah dihidangkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan