Isnin, 14 Februari 2011

Lempeng Berinti Daging

Alkisahnya, sabtu lepas baru jer pestime makan kat taman, beli kat akak yang menjual disitu. Bila makan rasa sedaplah pulak...jadinya pagi tadi mulalah mencuba buat sendiri utk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah...huhu

Jom saper nak cuba boleh buat....

inti daging belum gaul ngan kobis

Lempeng dah siap dan boleh dimakan

Bahan untuk inti;
300 gm daging lembu-dipotong kecil/dicincang
3 biji bawang merah-dikisar
2 biji bawang putih-dikisar
2 biji cabai kering-dikisar
1cm halia-dikisar
1 sudu besar lada hitam-dikisar
2 sudu besar sos tiram
3 cawan air
1/4 Kobis-dibersihkan dan dicincang halus

Caranya ;
-Tumiskan bahan kisar tadi dengan sedikit minyak
-Sampai naik minyak masukkan air dan  sos tiram
-Kacau hingga kering (kiranya ramuan tu dah sebati ngan daging)
-Angkat dan gaulkan daging bersama dengan kobis yang telah dicincang

Bahan Utk Buat Lempeng ;
1/2 kg tepung gandum
2 cawan susu UHT ducth lady (nak brand lain pun takpe..janji susu segar)
2 cawan air suam
1 biji telur (jgn lupa basuh dulu sebelum pecahkan telur)
1 sudu besar mentega
Sedikit garam (lebih kurang 1 sudu teh)

Caranya ;
-Satukan semua bahannya dan gaul hingga sebati (adunannya macam cair dan likat yer)
-Panaskan kuali, taruk sikit jer minyak (lebih kurang 1 sudu teh jer)
-Tuangkan adunan tadi dlm kuali dan leperkan jadi bulat dan nipis
-Dah masak angkat dan bolehlah terus masukkan inti tadi dan gulung
-Ulang hingga habis adunan tadi

Tips:
-kalau nak tekstur lempeng yang menarik elok guna kuali non-stick
-kalau nak tukarkan ngan ayam pun boleh.


Nota kaki: Masa buat tadi,anak-anak tak sabar nak makan, panas-panas dah masuk mulut. Masa nak g sekolah siap pesan suruh simpan bakinya nanti balik sekolah nak makan lagi...hehe





Tiada ulasan:

Catat Ulasan