Puding Roti Marble
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air
- 2 sudu besar milo (boleh juga guna sebuk koko)
Cara-cara
- Didihkan 3 cawan air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
- Blendkan roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yg sudah dimasak tadi( tunggu hingga ia mendidih bru masukkan).
- Masukkan butter/marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan serbuk milo atau serbuk koko. Kacau cepat-cepat hingga sebati (pastikan ia tak berketul, utk senangkan saya lebih suka bancuh milo dengan air panas dulu)
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar-agar nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Sedap dan enak dimakan ketika sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan