- Supaya lipstik tahan lebih, gunakan bedak asas mengikut warna kulit dan sapukan sedikit bedak. Ini dapat membantu agar warna lipstik tidak berubah terutama jika disapu pada bibir berwarna gelap.
- Bagi menghalang lipstik disapu hingga terkeluar dari garis bibir, sapukan sedikit bedak di bahagian garis bibir. Selain itu, untuk menampakkan lipstik nampak rata dan kelihatan menarik, pastikan bibir anda bersih terutama dari sisa-sisa kulit mati dan kotoran. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkannya.
- Bagi menghindari lipstik terlekat pada gigi, bungkus jari telunjuk dengan tisu. Bentuk mulut seperti huruf O dan masukkan jari ke dalam mulutdan sisa lipstik yang berlebihan akan terlekat pada tisu tersebut.
- Jangan hanya tertumpu pada satu-satu jenis lipstik sahaja. Anda perlu bereksperimen dengan menggabungkan dua warna yang berbeza bagi mendapat hasil yang lebih menarik. Pertama, sapukan lipstik dengan warna lebih muda, lalu lekapkan tisu diantara kedua bibir bagi menghilangkan lipstik yang berlebihan. Kemudian barulah disapu warna lipstik kedua yang lebih tua. Untuk menampakkan kesan lebih natural, anda boleh menggunakan hujung jari untuk mengaplikasikan lipstik. Sapukan dan tepuk-tepuk perlahan secara merata keseluruhan bibir.
- Sesekali rehatkan bibir anda dan gunakan pengilat bibir warna bagi menonjolkan keindahan warna bibir anda. Jangan lupa memakai pembersih gincu setelah memakainya bagi membuang sisa yang tertinggal selain menjaga kebersihan kulit bibir.
Menjaga kelembapan bibir
-Menjaga kelembapan bibir boleh dilakukan setiap hari. Bersihkan sisa kosmetik pewarna bibir dengan menggunakan pembersih yang bersesuaian. Sapukan madu dan biarkan setiap hari dengan masa 15 minit sampai 20 minit atau seperti memakai lipstik seharian. Jika mahu dicuci, gunakan kapas yang sudah dimasukkan dalam air suam dan sapukan dengan lembut. Lakukan setiap hari, bibir akan lembap dan berseri.
Mengurangkan kulit mati
-Bagi jenis bibir yang terlalu kering dan mengelupas, ambillah tomato yang dipotong empat bahagian. Lalu gosokkan pada bibir secara perlahan, setelah itu cuci menggunakan air suam dan sapukan madu, biarkan sampai kering dan cuci lagi sekali juga menggunakan air suam.
Hindarkan pengelupasan kulit mati dengan menarik kulit bibir yang kering kerana ini akan menyukarkan anda ketika mahu meratakan gincu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan