yusmizal@hmetro.com.my
MINTA SIASAT...penduduk menggesa MPKj kenal pasti sama ada peniaga ada lesen atau tidak.
KAJANG: Mengejutkan. Tapi itulah kenyataannya apabila tujuh daripada 12 lot kedai di Taman Sri Indah, Balakong, dekat sini, yang disediakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diusahakan warga asing. Sebahagian daripada mereka sudah mengumpul kekayaan dengan memiliki kenderaan sendiri dan rumah yang selesa sedangkan pada masa sama ramai di kalangan penduduk tempatan terpaksa bertarung dengan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan sesuap nasi.
Kelibat warga asing kelihatan di mana-mana, malah mereka memonopoli ruang niaga terutama pada waktu tengah hari seolah-olah berada di negara mereka.
Tinjauan Metroplus di kawasan itu mendapati, medan selera berkenaan dipenuhi warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.
TUMPUAN...penduduk mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat kehadiran peniaga asing.
Ada di antara mereka menjalankan perniagaan kedai menjual makanan dan minuman manakala di satu sudut lain kelihatan peniaga runcit warga Myanmar turut menjual sirih yang mengakibatkan kawasan persekitaran di situ kotor dan tidak terurus.
Difahamkan, mereka turut menjadikan flat berhampiran sebagai kawasan berkumpul kerana majoriti penduduk yang tinggal di situ adalah pendatang dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan rakyat tempatan.
Sumber : metro online
Komen saya :
Memang Malaysia ni dah macam tubuh manusia yang ada penyakit yang kritikal lebih kurang macam kanser tahap 4 dah...Nak berubat memang tak boleh nak sembuh pun. Begitulah perumpaan Malaysia ni penuh dengan pelbagai warga asing, setiap hari makin bertambah-tambah warga asing dari pelbagai negara.
Kebanyakkan warga asing yang masuk negara kita ni banyak yang jenis takde pendidikan dan dari kawasan ulu yang miskin dan tahap kesihatan mereka memang meragukan. Salah satu faktor pembawa jangkitan penyakit adalah daripada warga asing ni.
Kita sendiri memang rasa tak aman terpaksa hidup dengan kehadiran warga asing ni.Mereka ni datang dari pelbagai negara dan budaya yang mereka bawa masuk memang banyak yang kebanyakkannya jenis tak ikut undang-undang. Mereka buat macam negara mereka sendiri.
Kita sebagai peniaga pun dah susah nak cari makan. Apa taknya sana-sini kena bersaing dengan warga asing yang kalau berniaga mereka akan offer harga murah. Maklumlah warga asing ni tak perlu nak bayar cukai itu dan ini kan....Kita orang Malaysia ni memang banyak benda harus dibayar dan banyak komitmen.
Apapun dalang dlm kes ni adalah pihak berkuasa Malaysia juga kan...kalau tidak takkan mudah sangat warga asing boleh masuk negara kita ni???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan