Ahad, 23 Januari 2011

JENAHAK MASAK MASAM MANIS (SWEAT & SOUR)

Ok masakan ni kalau nak tau, saya buat masak balik kampung bulan November 2010. Jangan terkejut yer ikan jenahak ni memang besar, beratnya seingat saya 8kg lebih. Memang sedap..sebab ikan ni fresh coz ditangkap sendiri oleh ayah saya (ayah saya suka g memancing dan memukat di laut...hobi dia lah ni).

 Ikan Jenahak Selepas Goreng

 Dah siap

Raja Hidangan...huhu



Bahan-bahannya :-

A. Ramuan untuk goreng ikan
1 ekor ikan jenahak (siakap dan kerapu pun blh)
2 sudu besar tepung jagung (utk ikan yg saya buat ni saya taruk 4 1/2 sudu besar sebab besar)
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

B. Ramuan untuk kuah
1 biji cili bengala hijau-potong kiub
1 biji cili bengala kuning-potong kiub
4 biji bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
1 inci halia-dihiris panjang2
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
sedikit serbuk maggi @ 1/2 kiub maggi
1/2 lobak merah - dipotong dadu
1/2 timun - dipotong dadu
sedikit kobis bunga - dipotong dadu
1/2 biji nenas - dipotong dadu ( kalau nak buat 1/4 pun takpe terpulanglah yer, saya suka banyak nenas)
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka (jika suka)

Caranya:-
-Perapkan semua Ramuan A tadi bersama ikan yang telah disiangkan selama 5 minit.
-Goreng dan angkat
-Tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik bau dan kekuningan
-Masukkan tomato dan goreng hingga tomato masak betul
-Masukkan cili bengala hijau dan kuning, tambahkan air untuk lembutkan cili bengala tu
-Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, cuka, kiub maggi, garam dan gula secukup rasa
-Akhir sekali bila dah masak dan semua rasa dah ok tuangkan kuah tadi keatas ikan yang telah digoreng tadi
-Boleh dihiaskan dengan menabur daun sup (dihiris halus) dan cili merah yang dibelah 5 sebagai bunga.

p/s: cubalah mesti sedap....hehehe





Tiada ulasan:

Catat Ulasan