Saya masih di kampung bercuti...biasalah sempena raya cina ni...huhu. Hari Isnin lepas kami sekeluarga saja lah keluar bersiar-siar di Pantai Senok (Kelantan). Tempat kesukaan kamilah tu...hehe
Masa ni kat Kelantan memang musim tengkujuh, angin memang kuat. Apabila sampai di Pantai Senok, memang terkejut bila tengok air laut tengah pasang dan dah naik begitu dekat ngan kedai-kedai makan kat tepi pantai tu ( pantai memang dah abis tak nampak pun sebab air laut dah naik paras tinggi dah).
Kiranya air laut tu dah hampir sama paras dengan tembok yang dibina...fuhhh memang gerun dan takut bila tengok laut yang tengah bergelora dengan ombak yang kasar dan besar menghempas tembok tu.
Tapi bila tengok orang-orang kat situ masih selamba makan macam biasalah, saya pun rasa legalah sikit( namun dalam hati memang gerun sangat ). Saya cakap ngan suami jom lah kita balik, risau betul tengok ombak laut dengan angin yang macam ribut tu...huhu.
Tapi suami saya cakap, takpe air laut tu takkan naik sampai kat kedai tu (walaupun teramatlah dekat)
Oklah jom tengok keadaan air pasang yang sempat saya rakam ni.....
Dalam takut-takut tu sempat juga saya pesan bihun goreng dan mee goreng serta kopok lekor utk kami sekeluarga menjamu selera kat kedai tu....hehehe
nota kaki: model dlm gambar tu adalah anak-anak sendiri...huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan