Ahad Januari 30, 2011
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
LABIS: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.05 Tenang bermula pada sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi tadi.
Pertandingan di DUN Tenang menyaksikan saingan satu lawan satu membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azhar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.
Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang.
Biarpun cuaca mendung dan hujan turun dengan lebat di sekitar bandar Labis dan kawasannya sekitarnya, penduduk Tenang tetap keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.
Seawal pukul 8 pagi, pengundi sudah mula berbaris di pusat-pusat pengundian termasuk golongan warga emas dan Orang Asli di Kampung Juaseh.
Calon BN, Mohd Azhar akan turut membuang undi di Dewan Orang Ramai Kampung Paya Merah dijangka sebelum pukul 9 pagi.
Calon PAS, Normala yang bukan pengundi di DUN Tenang dijangka akan melawat beberapa pusat pengundian sejak awal pagi.
DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.
Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan sebanyak 12 pusat pengundian dengan 32 saluran mengundi bagi pilihan raya kecil kali ini.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.
Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis dan keputusan dijangka diumumkan oleh SPR seawal pukul 8 malam.
Sumber : mstar berita
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan