Nazri Abdullah |
LABIS, 30 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala menyeru masyarakat agar keluar mengundi awal walaupun hujan lebat turun sejak awal pagi tadi. Beliau berkata demikian ekoran khuatir beberapa kampung yang berkawasan rendah, akan dilanda banjir jika hujan lebat berterusan. Difahamkan beberapa tempat sudahpun dilimpahi air termasuk kawasan kampung sekitar Lembah Bakti, Tenang Stesen dan Pekan Air Panas. Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi. SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing. Ditanya adakah hujan akan menyebabkan peratusan keluar mengundi terjejas, beliau berkata masyarakat Dun Tenang diyakini tetap akan keluar mengundi. "Saya yakin walapun hari ini hujan turun agak lebat dan cuaca mungkin membatsakan segalanya, tetapi dengan keyakinan pengundi akan melakukan perubahan, saya percaya pengundi akan keluar mengundi juga demi untuk memilih wakil rakyat untuk membawa suara dan permasalahan mereka ke Dun Johor," katanya. Sehingga jam 11 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan pengundian adalah 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi biasa di Dun Tenang adalah seramai 14,554 manakala 119 lagi adalah pengundi pos yang telah menunaikan tanggungjawab sama sebelum ini. Pengundi akan memilih antara calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru manakala calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah. Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh yang turut bersama mengiringi calon ketika ditemui berharap hujan yang melanda Labis sejak beberapa hari lalu membawa kebaikan kepada rakyat di Dun ini. Keadaan hujan juga turut memaksa proses merayu undi oleh penyokong kedua-dua parti agak terbatas. Mereka terpaksa berpayung dan berbaju hujan dan sesetengahnya rela basah kuyup. Sumber : Berita harakah |
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Ahad, 30 Januari 2011
Mengundi dalam hujan lebat, banjir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan