Selasa Februari 1, 2011
PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 36, yang berpengalaman hampir 18 tahun dalam bidang seni menegur sikap segelintir artis yang suka berbalah melalui media untuk memburukkan antara satu sama lain.
Mengulas tentang sikap segelintir artis yang sering mencanangkan isu peribadi dan ketidakpuasan terhadap seseorang secara terbuka itu, Erra berkata, artis berkenaan seharusnya peka dengan status mereka sebagai figura awam yang sentiasa diperhatikan.
"Sebagai artis, kita kena sentiasa faham diri kita adalah figura awam yang menjadi perhatian umum. Apa jua kata-kata atau tindak-tanduk kita diperhati dan dinilai oleh masyarakat.
"Seharusnya artis perlu tahu menjaga batas mereka apabila hendak menyuarakan ketidakpuasan hati atau keluhan tentang sesuatu perkara secara terbuka. Bukannya bertindak mengikut perasaan semata-mata," katanya.
Tambah Erra, ada kalanya memilih untuk berdiam diri adalah lebih bijak daripada mudah melenting tentang sesuatu perkara atau provokasi yang tercetus.
"Artis perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk bercakap dan bila waktu terbaik untuk berdiam diri. Biar buruk atau pedih mana sekalipun sesuatu cerita atau kenyataan yang timbul tentang diri kita, berdiam diri adalah tindakan yang baik.
"Sekalipun kita berasa aib atau disalahtafsirkan oleh orang lain tentang cerita yang timbul itu, Tuhan mengetahui perkara yang sebenarnya," katanya.
Bukan menuding jari pada mana-mana artis, namun pelakon filem Anak ini sekadar menegur perkara tersebut demi kebaikan bersama agar imej artis tanah air dihormati oleh masyarakat.
"Artis perlu tahu apa yang hendak mereka luahkan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya menerusi media atau laman sosial yang menjadi trend masyarakat hari ini.
"Setiap kata-kata atau luahan artis terhadap artis lain berhubung isu tertentu kebanyakannya akan memburukkan lagi keadaan. Sebaiknya, fikirlah dalam-dalam sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata," ujarnya.
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan